Showing posts with label masalah rambut gugur. Show all posts
Showing posts with label masalah rambut gugur. Show all posts

16.6.14

Hot oil treatment / rawatan minyak panas... (part 2)

Bismillah wal hamdulillah...

Ok sambung part 2... tak sudah2 lg... hehe :P en.abg pun letih drive kereta melayan si isteri cari barang2 nk buat hot oil treatment... nasib baik xdak la payah mana nk cari tp harga tuh mencengkam jiwa... sib baek ada org sponsor bila si isteri meraung takut botak...wakaka :P 

Mula2 sy pening nk guna minyak apa yg terbaik bersesuaian dgn masalah rambut sy... macam2 versi hot oil treatment... sbnrnya hot oil treatment semudah dan seasas panaskan minyak (apa2 jenis minyak... tp takkan nk guna minyak masak kot?huhu... yg plg mudah dpt olive oil atau vco) kaedah double boil (macam ala2 nk buat chocolate ganache tuh) pastu boleh terus apply kt rambut... simple jek... tp sy nk personalize hot oil treatment bersesuai dgn masalah rambut sy... dah alang2 kan... buat la sebaik mungkin... 

Apa itu hot oil treatment (rawatan minyak panas)

Secara umumnya rawatan minyak panas dilakukan untuk merawat pelbagai masalah rambut dan ia juga digunakan sebelum rambut dicuci menggunakan shampoo (yg mungkin mengandungi bahan2 kimia yg boleh merosakkan rambut) jadi rawatan minyak panas ni mampu melindungi rambut. Selain itu apa yg menariknya dgn rawatan minyak panas ni ia menggunakan bahan2 semulajadi dan diadun semula dgn menggunakan teknik pemanasan secara "double boil" selama beberapa jam atau sepantas 30minit agar khasiat dari pelbagai bahan semulajadi itu dapat diadun-sebati menjadi ramuan yg hebat untuk rambut anda!

Pemilihan jenis minyak bersesuai dengan masalah/jenis rambut

Mesti ada yg terfikir "rambut dah jenis berminyak kenapa nk kena guna minyak lg?" sebenarnya rawatan minyak panas ni adalah untuk semua jenis rambut... dan jenis minyak yg memainkan peranan penting. 
  • Jojoba oil - Pilihan yg terbaik bg mereka yg mengalami masalah rambut berminyak. Jojoba oil akan membuatkan rambut anda lembut, ringan tetapi ia tidak kelihatan berminyak
  • Coconut oil - Sangat sesuai untuk semua jenis rambut. Boleh membuatkan rambut menjadi lembut dan bersinar. Minyak kelapa dara adalah bonus untuk menghilangkan masalah kelemumur. (saya guna sebab sesuai utk semua jenis rambut & sy ada masalah kelemumur yg boleh tahan banyak)
  • Castor oil - Castor oil memiliki 1elemen "mengeringkan" jadi ia sesuai untuk masalah rambut berminyak. Tetapi castor oil juga adalah minyak yg paling sesuai untuk memberikan kekuatan kepada rambut terutamanya kepada mereka yg mengalami masalah rambut gugur dan mudah putus. (rambut sy jenis kering dan frizzy... pada masa yg sama mengalami masalah keguguran rambut jadi sy berkira2 nk guna castor oil yg ada elemen "mengeringkan" walaupun castor oil mampu menguatkan rambut... )
  • Sesame oil - Boleh digunakan sebagai perapi rambut utk rambut kelihatan bersinar. Ia juga sesuai digunakan oleh semua jenis rambut tetapi sejarahnya minyak bijan ini digunakan untuk mengurangkan masalah rambut gugur & dengan jayanya mampu mengurangkan masalah rambut nipis.
  • Avocado oil - adalah sejenis minyak yg paling mampu memberikan kelembapan seimbang kepada rambut. Jadi avocado oil sgt sesuai bg mereka yg mengalami masalah rambut kering dan menggerebang! (sepatutnya nak guna tapi cari tak jumpa pulak)
  • Almond oil - sangat tinggi dgn kandungan vitamin E dan mengandungi asid lemak yg sihat serta kaya jg dgn kandungan vitamin D, B dan A. Minyak badam mampu memberikan kesihatan kepada folikel rambut untuk mengatasi masalah rambut gugur & akar rambut menjadi kuat. Ia juga boleh menggalakkan pertumbuhan rambut baru. (saya guna sebab ia sgt sinonim dgn masalah keguguran rambut)
  • Olive oil - olive oil senang didapati dah skrg contohnya macam skrg femes dah olive oil keluaran negara palestine yg katanya bermutu tinggi sebab berasal daripada pokok zaitun antara yg tertua di dunia dan terbaik dari bumi anbia' seperti palestine. Salah satu kebaikkan minyak zaitun adalah ia mencegah hormon DTH (dihydrotestosterone) daripada dihasilkan oleh kulit kepala yg menjadi punca kepada masalah rambut seperti keguguran rambut, folikel rambut menjadi sempit yg mengelakkan rambut dari tumbuh dgn subur. Minyak zaitun tinggi dgn kadar antioksidan yg menghalang radikal bebas berada di atas kulit kepala agar kulit kepala menjadi subur dan sihat. Minyak zaitun jg merupakan antara agen antifungal yg baik dan boleh mencegah kelemumur, masalah kulit kepala akibat pertumbuhan kulat dan bakteria.
Herba yang sesuai untuk rambut

Parsley leaves - daun parsley kaya dgn bahan2 anti-inflammatory seperti leuteolin dan vitamin C yg mampu menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit kepala.
Peppermint leaves - dikenali sbg daun pudina. Daun pudina merupakan antiseptik yg baik untuk kulit kepala. Penggunaan yg kerap boleh menggalakkan pertumbuhan rambut.
Habatussauda' - memiliki bahan2 anti-fungal yg mampu merawat kulit kepala yg dijangkiti fungal dan mengakibatkan rambut bermasalah dan gugur. Seperti yg kita tahu habatussaudau' memiliki beberapa nutriens asas yg baik utk tubuh badan begitu jg dgn kesihatan rambut.
Untuk mencantikkan warna rambut - boleh gunakan teh hitam (black tea), serbuk kopi, rosemary, sage, kulit walnut tanah hitam (ground black walnut shells).
Untuk menguatkan rambut - chamomile, nettle, horsetail, arnica, burdock
Mencantikkan rambut - Rosemary, parsley, sage, nutmeg atau witch hazel
Melembabkan rambut - calendula, chamomile, catmint, kelopak mawar kering, atau daun lidah buaya
Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut - Peppermint (daun pudina), parsley, horsetail, sage, chamomile, halia dan kulit kayu manis. 
 
Cara saya menghasilkan DIY "hot oil treatment"


Seperti yg sy nyatakan dalam "part 1" saya marinate/perap minyak2 pilihan saya iaitu minyak zaitun, minyak bijan, minyak badam dan minyak kelapa dara dengan hirisan bawang putih & habbatussauda' selama 48jam atau 2hari berturut2... Hari ke3 baru sy start nk panaskan hot oil saya bersama herbs pula. Saya pilih peppermint dan parsley serta vitamin E shaklee... Panaskan kaedah "double boil" masukkan peppermint & parsley leaves dan biarkan selama lbh krg 1-2jam...

Kemudian!

Kehijau-hijauan sikit sbb dah campur herbs...
Sekarang dah boleh apply n basahkan rambut dgn hot oil nehs... saya "adunkan" kepala serata mungkin pada kulit kepala. Kemudian saya balut tuala panas (tuala yg diwapkan) selama lebih kurang 1-2jam... lagi bagus kalau biarkan semalaman. Kemudian shampoo dgn "Revitalizing Shampoo Shaklee" bersama2 "Lightweight Conditioner". Baru terasa kulit kepala tersangatlah segar... hilang gatal2 n 1-2x penggunaan hot oil treatment sy boleh kata hampir 60% masalah keguguran rambut sy makin pulih! Baru 2x... kalu 10x?insya allah boleh cure dgn izin ALLAH SWT...



Cadangan supplements Shaklee untuk masalah rambut

Saya konsisten ambil 3jenis produk ini sahaja... sy tahu mesti yg akan cakap byknya nk kena ambil... secara asas supplements utk rambut adalah zinc complex sahaja... tetapi saya tambah vitamin E dan alfalfa...

Simptom keguguran rambut dan rambut tidak sihat adalah antara simptom2 badan berasid dan bertoksik. Sudah sekian lama sy mengalami masalah ini jadi sy ambil keputusan utk konsisten ambil alfalfa utk neutralize kembali badan yg berasid dan menyingkirkan toksin

Satu lagi vitamin yang bagus untuk rawatan keguguran rambut anda adalah vitamin E. Vitamin E terkenal kerana keupayaannya untuk melembapkan. Ia benar-benar boleh membantu kulit kering anda serta rambut. Rambut anda berasal dari kulit kepala, mempunyai kulit kepala lembap boleh bukan sahaja memperbaiki keadaan rambut anda tetapi boleh membantu mencegah kehilangan rambut. Vitamin E juga membantu edaran di seluruh badan anda dan ini termasuklah kulit kepala yang benar-benar membantu anda untuk mendapat rambut sihat.

Kekurangan Zinc boleh menyumbang kepada rambut gugur kerana tanpa mineral zink dan lain-lain yang berkaitan, shaf rambut anda menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink manfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh..

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

15.5.14

Hair loss?Rambut gugur?Botak?Akar rambut rosak?

Bismillah wal hamdulillah... 

Saya merupakan antara wanita yg mengalami fasa keguguran rambut yg sgt dahsat sehingga menampakkan kulit kepala! Sy mempunyai keturunan sejak tokwan n moyang ada masalah kulit kepala, botak etc... masalah keguguran rambut ni ada kaitan jg dgn keturunan... cer cek family background ada yg tak yg jenis botak kt tengah ka, botak semua ka... 

Berikut adalah antara faktor2 serta sebab2 kenapa anda mengalami masalah keguguran rambut:


1) Selepas melahirkan anak - Fasa 3-4bulan selepas bersalin kerana penurunan paras hormon estrogen yg mendadak membuatkan anda mengalami masalah keguguran rambut - hal ini dikaitkan dgn bayi yg suka menyembur air liur dikalangan masyarakat melayu... baby suka main air liur atau tak hanya kebetulan sahaja sebab umur baby dalam 3-6bulan ni mmg suka main air liur dan pada waktu itu juga paras hormon estrogen ibu sedang mengalami penurunan secara mendadak.

2) Penyakit tiroid - Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil

3) Perubahan hormon/hormon tidak seimbang atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)- fasa perubahan hormon terutamanya bg wanita mengandung, menyusukan, menopause sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan kulit kepala dan rambut. Hormon yg 'bercelaru' dan tidak stabil menjadi punca kepada keguguran rambut dan rambut tidak sihat.
 
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti -  anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.

Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala.

Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.

4) Kekurangan protein dan nutrisi penting dalam diet seharian/tidak mengamalkan diet seimbang - Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti bijirin, buahan-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Vitamin B6, B12, vitamin A,  vitamin C dan E, iron, kalsium, copper, zinc, magnesium, omega-3 dan sebagainya penting utk kesihatan badan dan rambut.


Sumber: OneGoodThingByJillee

5) Genetik - Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan faktor genetik.

6) Sikap - Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7) Produk - Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Penggunaan shampoo dan pewarna rambut yg tinggi bahan kimia juga boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan gugur.


8) Aliran darah tidak sempurna - Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

9) Stress - Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya me
ngakibatkan rambut gugur

 Cadangan supplements Shaklee untuk masalah keguguran rambut







 
Sumber protein yg lengkap dgn 9asid amino penting untuk tubuh. Soyanya yg non-GMO yg tidak ragu2 lagi...
Shampoo dan set penjagaan rambut Shaklee





Nampak macam byk ja vitamin dan supplements yg kena ambil kan?apa2 pun itu cuma cadangan berdasarkan beberapa pembacaan yg sy buat... jadi kita ada tawarkan set basic utk kesihatan rambut... terpulang kepada anda :) jika anda dpt mengawal-atur diet dan pemakanan seharian anda untuk cukup nutriens2 yg diperlukan jadi tiada masalah... cuma perlu double-triple ambil makanan2 itu sebab nutriens mudah musnah dalam proses penyediaan dan memasak makanan tersebut.

Home natural remedies untuk keguguran rambut

Saya mmg sangat mementingkan rawatan cara natural tanpa melibatkan bahan2 kimia, drugs dan ubat-ubatan...serius tak suka! hehe :) jadi anda boleh try buat rawatan sendiri di rumah menggunakan bahan2 yg ada kt rumah shj... kesan dia mungkin ambil masa terpulang pada keadaan individu... yelah kita guna barang dan bahan semulajadi... jadi ambil masa sikit... boleh try mana tau sesuai...

1) Jus asli daripada bawang merah, bawang putih atau halia

Bawang merah/bawang putih atau halia merupakan elemen yg tinggi dgn sulfur. Sulfur berfungsi sebagai penggalak kolagen dan boleh membantu pertumbuhan rambut baru.

Cara-cara: Potong, racik, cincang bawang halus2 dan picit hingga mengeluarkan airnya. Lumur kulit kepala dgn jus bawang tadi. Biarkan selama lebih kurang 15minit atau kalau rajin biar semalaman. Cuci dgn air sejuk atau shampoo yg tiada bahan kimia serta diperbuat dari sumber asli.

2) Minyak kelapa dara/hot oil treatments

Khasiat minyak kelapa dara diketahui umum sekarang. Antara khasiatnya adalah ia tinggi dgn protein, asid lemak penting seperti asid laurik yang mampu membunuh bakteria, virus, fungus yg membuatkan kulit kepala bermasalah dapat dirawat daripada infections.

Gunakan minyak asli yg baik (selain minyak kelapa dara) seperti minyak canola, minyak lavender, minyak almond, minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Kemudian panaskan sedikit minyak tersebut tp jangan terlalu panas. Kemudia urut kulit kepala dgn minyak tadi. Biarkan semalaman.

3) Henna/inai

Inai bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna rambut yg digunakan turun-temurun oleh orang asia tetapi inai/henna ni mempunyai khasiatnya tersendiri dalam menjadikan rambut kuat dan sihat.

Cara-cara: Rujuk SINI untuk baca cara2 merawat rambut menggunakan inai... ada untuk rambut kelemumur, rambut gugur dan boleh melicinkan rambut

4) Bunga raya

Orang yg berasal dari Karala, India menggunakan minyak kelapa dara dan bunga raya sebagai bahan untuk mencantikkan rambut. Bunga raya mempunya  bahan2 rejuvenating yg boleh melembabkan, mengelakkan dari rambut pra-matang dan juga boleh merawata masalah kelemumur.

Cara-cara: Ramas beberapa keping kelopak bunga raya bersama minyak bijan atau minyak kelapa dara hingga menjadi paste yg boleh disapu di kepala. Sapu dan urut di kulit kepala dan biarkan beberapa jam sebelum membasuh rambut dgn air bersih.

5) Amla

Amla atau gooseberries

Amla tinggi dengan vitamin c dan agen antioksidan. 

Cara-cara: Ramas beberapa biji buah amla untuk mendapatkan jusnya. Kemudian lumur ke atas kulit kepala dan biarkan beberapa jam sebelum dicuci dgn air bersih

6) Telur

Telur juga tinggi dgn kandungan sulfur yg menggalakkan kolagen. Telur jg kaya dgn protein, minerals seperti selenium, iodine, phosphorus, iron and zinc yg baik untuk rambut. Telur 'berkerjasama' dgn baik bersama2 dgn minyak zaitun untuk menghasilkan remedy yg baik untuk rambut

Cara-cara: Ambil putih telur dari sebiji telur. Campurkan 1sudu kecil minyak zaitun kemudia pukul dgn mixer atau whisk sehingga campuran kelihatan paste-like consistency makna kata pekat dan boleh disapu diatas kepala. Sapu sehingga ke kulit kepala dan biarkan selama lebih kurang 15-20minit. Cuci bersih dgn air sejuk.


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

Sumber: TheHealthSite, OneGoodThingByJillee, TimesOfIndia, maszhealthboutique, CikguZamrud