16.6.14

Hot oil treatment / rawatan minyak panas... (part 2)

Bismillah wal hamdulillah...

Ok sambung part 2... tak sudah2 lg... hehe :P en.abg pun letih drive kereta melayan si isteri cari barang2 nk buat hot oil treatment... nasib baik xdak la payah mana nk cari tp harga tuh mencengkam jiwa... sib baek ada org sponsor bila si isteri meraung takut botak...wakaka :P 

Mula2 sy pening nk guna minyak apa yg terbaik bersesuaian dgn masalah rambut sy... macam2 versi hot oil treatment... sbnrnya hot oil treatment semudah dan seasas panaskan minyak (apa2 jenis minyak... tp takkan nk guna minyak masak kot?huhu... yg plg mudah dpt olive oil atau vco) kaedah double boil (macam ala2 nk buat chocolate ganache tuh) pastu boleh terus apply kt rambut... simple jek... tp sy nk personalize hot oil treatment bersesuai dgn masalah rambut sy... dah alang2 kan... buat la sebaik mungkin... 

Apa itu hot oil treatment (rawatan minyak panas)

Secara umumnya rawatan minyak panas dilakukan untuk merawat pelbagai masalah rambut dan ia juga digunakan sebelum rambut dicuci menggunakan shampoo (yg mungkin mengandungi bahan2 kimia yg boleh merosakkan rambut) jadi rawatan minyak panas ni mampu melindungi rambut. Selain itu apa yg menariknya dgn rawatan minyak panas ni ia menggunakan bahan2 semulajadi dan diadun semula dgn menggunakan teknik pemanasan secara "double boil" selama beberapa jam atau sepantas 30minit agar khasiat dari pelbagai bahan semulajadi itu dapat diadun-sebati menjadi ramuan yg hebat untuk rambut anda!

Pemilihan jenis minyak bersesuai dengan masalah/jenis rambut

Mesti ada yg terfikir "rambut dah jenis berminyak kenapa nk kena guna minyak lg?" sebenarnya rawatan minyak panas ni adalah untuk semua jenis rambut... dan jenis minyak yg memainkan peranan penting. 
  • Jojoba oil - Pilihan yg terbaik bg mereka yg mengalami masalah rambut berminyak. Jojoba oil akan membuatkan rambut anda lembut, ringan tetapi ia tidak kelihatan berminyak
  • Coconut oil - Sangat sesuai untuk semua jenis rambut. Boleh membuatkan rambut menjadi lembut dan bersinar. Minyak kelapa dara adalah bonus untuk menghilangkan masalah kelemumur. (saya guna sebab sesuai utk semua jenis rambut & sy ada masalah kelemumur yg boleh tahan banyak)
  • Castor oil - Castor oil memiliki 1elemen "mengeringkan" jadi ia sesuai untuk masalah rambut berminyak. Tetapi castor oil juga adalah minyak yg paling sesuai untuk memberikan kekuatan kepada rambut terutamanya kepada mereka yg mengalami masalah rambut gugur dan mudah putus. (rambut sy jenis kering dan frizzy... pada masa yg sama mengalami masalah keguguran rambut jadi sy berkira2 nk guna castor oil yg ada elemen "mengeringkan" walaupun castor oil mampu menguatkan rambut... )
  • Sesame oil - Boleh digunakan sebagai perapi rambut utk rambut kelihatan bersinar. Ia juga sesuai digunakan oleh semua jenis rambut tetapi sejarahnya minyak bijan ini digunakan untuk mengurangkan masalah rambut gugur & dengan jayanya mampu mengurangkan masalah rambut nipis.
  • Avocado oil - adalah sejenis minyak yg paling mampu memberikan kelembapan seimbang kepada rambut. Jadi avocado oil sgt sesuai bg mereka yg mengalami masalah rambut kering dan menggerebang! (sepatutnya nak guna tapi cari tak jumpa pulak)
  • Almond oil - sangat tinggi dgn kandungan vitamin E dan mengandungi asid lemak yg sihat serta kaya jg dgn kandungan vitamin D, B dan A. Minyak badam mampu memberikan kesihatan kepada folikel rambut untuk mengatasi masalah rambut gugur & akar rambut menjadi kuat. Ia juga boleh menggalakkan pertumbuhan rambut baru. (saya guna sebab ia sgt sinonim dgn masalah keguguran rambut)
  • Olive oil - olive oil senang didapati dah skrg contohnya macam skrg femes dah olive oil keluaran negara palestine yg katanya bermutu tinggi sebab berasal daripada pokok zaitun antara yg tertua di dunia dan terbaik dari bumi anbia' seperti palestine. Salah satu kebaikkan minyak zaitun adalah ia mencegah hormon DTH (dihydrotestosterone) daripada dihasilkan oleh kulit kepala yg menjadi punca kepada masalah rambut seperti keguguran rambut, folikel rambut menjadi sempit yg mengelakkan rambut dari tumbuh dgn subur. Minyak zaitun tinggi dgn kadar antioksidan yg menghalang radikal bebas berada di atas kulit kepala agar kulit kepala menjadi subur dan sihat. Minyak zaitun jg merupakan antara agen antifungal yg baik dan boleh mencegah kelemumur, masalah kulit kepala akibat pertumbuhan kulat dan bakteria.
Herba yang sesuai untuk rambut

Parsley leaves - daun parsley kaya dgn bahan2 anti-inflammatory seperti leuteolin dan vitamin C yg mampu menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit kepala.
Peppermint leaves - dikenali sbg daun pudina. Daun pudina merupakan antiseptik yg baik untuk kulit kepala. Penggunaan yg kerap boleh menggalakkan pertumbuhan rambut.
Habatussauda' - memiliki bahan2 anti-fungal yg mampu merawat kulit kepala yg dijangkiti fungal dan mengakibatkan rambut bermasalah dan gugur. Seperti yg kita tahu habatussaudau' memiliki beberapa nutriens asas yg baik utk tubuh badan begitu jg dgn kesihatan rambut.
Untuk mencantikkan warna rambut - boleh gunakan teh hitam (black tea), serbuk kopi, rosemary, sage, kulit walnut tanah hitam (ground black walnut shells).
Untuk menguatkan rambut - chamomile, nettle, horsetail, arnica, burdock
Mencantikkan rambut - Rosemary, parsley, sage, nutmeg atau witch hazel
Melembabkan rambut - calendula, chamomile, catmint, kelopak mawar kering, atau daun lidah buaya
Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut - Peppermint (daun pudina), parsley, horsetail, sage, chamomile, halia dan kulit kayu manis. 
 
Cara saya menghasilkan DIY "hot oil treatment"


Seperti yg sy nyatakan dalam "part 1" saya marinate/perap minyak2 pilihan saya iaitu minyak zaitun, minyak bijan, minyak badam dan minyak kelapa dara dengan hirisan bawang putih & habbatussauda' selama 48jam atau 2hari berturut2... Hari ke3 baru sy start nk panaskan hot oil saya bersama herbs pula. Saya pilih peppermint dan parsley serta vitamin E shaklee... Panaskan kaedah "double boil" masukkan peppermint & parsley leaves dan biarkan selama lbh krg 1-2jam...

Kemudian!

Kehijau-hijauan sikit sbb dah campur herbs...
Sekarang dah boleh apply n basahkan rambut dgn hot oil nehs... saya "adunkan" kepala serata mungkin pada kulit kepala. Kemudian saya balut tuala panas (tuala yg diwapkan) selama lebih kurang 1-2jam... lagi bagus kalau biarkan semalaman. Kemudian shampoo dgn "Revitalizing Shampoo Shaklee" bersama2 "Lightweight Conditioner". Baru terasa kulit kepala tersangatlah segar... hilang gatal2 n 1-2x penggunaan hot oil treatment sy boleh kata hampir 60% masalah keguguran rambut sy makin pulih! Baru 2x... kalu 10x?insya allah boleh cure dgn izin ALLAH SWT...



Cadangan supplements Shaklee untuk masalah rambut

Saya konsisten ambil 3jenis produk ini sahaja... sy tahu mesti yg akan cakap byknya nk kena ambil... secara asas supplements utk rambut adalah zinc complex sahaja... tetapi saya tambah vitamin E dan alfalfa...

Simptom keguguran rambut dan rambut tidak sihat adalah antara simptom2 badan berasid dan bertoksik. Sudah sekian lama sy mengalami masalah ini jadi sy ambil keputusan utk konsisten ambil alfalfa utk neutralize kembali badan yg berasid dan menyingkirkan toksin

Satu lagi vitamin yang bagus untuk rawatan keguguran rambut anda adalah vitamin E. Vitamin E terkenal kerana keupayaannya untuk melembapkan. Ia benar-benar boleh membantu kulit kering anda serta rambut. Rambut anda berasal dari kulit kepala, mempunyai kulit kepala lembap boleh bukan sahaja memperbaiki keadaan rambut anda tetapi boleh membantu mencegah kehilangan rambut. Vitamin E juga membantu edaran di seluruh badan anda dan ini termasuklah kulit kepala yang benar-benar membantu anda untuk mendapat rambut sihat.

Kekurangan Zinc boleh menyumbang kepada rambut gugur kerana tanpa mineral zink dan lain-lain yang berkaitan, shaf rambut anda menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink manfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh..

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

2 sweet persons:

Unknown said...

Faizah, nak tya minyak badam boleh bel kat mana?

faizah said...

@Nor Eliyana

Kalau kat perlis ni ada jual kat kedai jual barang2 timur tengah... macam2 jenis minyak dia jual... boleh tanya kat tokey kedai...saya pun tanya sebab dia tak display... dia ckp minyak tuh khas utk kulit... mahal la sikit dgn botol kecik tuh... tp alhamdulillah berbaloi...

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D