Bismillah wal hamdulillah...
Konvo PASTI BESTARI AL-IRSYAD (Aisya Nafisa 5tahun)
Entri tertunda lagi... ini kali ke-2 kak long aisya nafisa konvo... budak tadika punya konvo mak ayah datang macam konvo masuk universiti ja kan? Yang pertama dulu aisya baru 4tahun jadi dia pun tak faham apa... aisya pi konvo dengan ayah je masa tu sebab adik ammar masih dalam fasa tak tidur malamnya... Jadi ummi memang selalu penat la waktu-waktu pagi dan memang tak kose nak bersesak-sesak kat dewan...
Kali ke-2 pula, juga kerna adik ammar... haha! sangat menguji betul hero nan satu ni... 2 malam berturut-turut sebelum majlis konvokesyen kak long aisya si ammar yaser ni cirit-birit sampai tak lena tidur malam... tak tahu la salah makan ka apa... tapi hari konvokesyen aisya tu kira genab umur ammar 22bulan (1tahun 10bulan). Nak beralih bulan pun mungkin jugaklah... Majlis mula pada pukul 8pagi... 7.30pagi sepatutnya kena ada kat Dewan Belia dan Sukan Kangar, tapi adik ammar yang masih lagi teberak-berak pagi tuh mengganggu sikitlah proses nak siapkan si aisya dan adik-adiknya... akhirnya kami ambil keputusan ayah sahajalah yang teman aisya konvo... nasib la dia tak kisah sangat... sampai kat dewan pun dah pukul 9pagi orang dah selesai bagi sijil... haha! lawak lagi... aisya sempat pakai jubah konvo ambil gambar bawah 'stage' je... kat atas 'stage' dah tentu2 tak sempat nak naik...kesian aisya... cikgu siap 'whatsapp' cakap 'sorry' sebab aisya tak sempat naik 'stage'. Dah tentu kami yang salah sebab sampai kat dewan lambat tapi cikgu pulak yang minta maaf... eheh :D
Tak apa tahun depan ada lagi 1tahun aisya kat Pasti Bestari Al-Irsyad... harap-harap kali ni boleh dapat kot pelajar cemerlang... ekeke :P apa-apa pun ummi bersyukur...
Prestasi Aisya Nafisa 5tahun (2015)
Secara jujurnya aisya masih belum boleh membaca... cuma boleh baca perkataan pendek 2suku kata sahaja yakni KV+KV. KV+KV+KV merangkak lagi... ummi pun pelan-pelan dok faham kaedah belajar membaca masa kini. Zaman ummi dulu tak ada rasanya istilah KV apa bagai tu... asik jadi bahan gelak rakan-rakan berstatus guru... sadis -_- apakan daya daku bukan seorang guru... jadi janganlah 'expect' daku boleh faham 'term-term' pedagogi masa kini ye... tak apalah, malu bertanya sesat jalan kan... jadi memang dah padam perasaan malu agar boleh belajar sama-sama dengan anak...
Ada yang cadangkan untuk hantar aisya tuisyen membaca tapi saya rasa macam tak perlu lagi buat masa sekarang... Insya Allah saya dalam proses nak latih dia lagi...lagipun saya pun taknak paksa-paksa dia sambil bermain sambil belajar gitu. Baru 5tahun kita dah nak 'pressure' hantar tuisyen bagai... bagi saya biar dia 'explore' dunia kanak-kanak dia dulu... apa yang lebi utama diutamakan dari segi solat semua alhamdulillah dia dah tahu cara solat, bacaan dalam solat, doa2, surah-surah pendek...
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D