17.11.15

Isu Shaklee...

Bismillah wal hamdulillah...

Saya rasa terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang saya terima daripada kenalan, 'customers', prospek saya berkaitan dengan isu Shaklee yang saya kira paling 'hot' abad ini... Yakni abad di mana Shaklee telah menjadi 1fenomena di Malaysia sejak lebih kuran 5-7tahun kebelakangan ini walaupun sebenarnya antara sedar ataupun tidak Shaklee sudah mula menapak dan mendapat di hati rakyat Malaysia adalah sejak 25-30tahun lalu. Tapi Shaklee macam kembali membuat 'come back' sejak 5-7tahun ini...

Bila dah 'popular' Shaklee juga tidak terkecuali menerima pelbagai ujian antaranya isu Israel, isu dengan tuduhan-tuduhan liar seperti Shaklee menjadi penyebab penyakit serius tetapi semuanya dapat diatasi secara professional oleh pihak Shaklee sendiri. Jadi saya sarankan di sini sekiranya ada di antara para pembaca mempunyai sebarang isu berkaitan dengan Shaklee, rasa tidak puas hati, ada soalan yang bermain di benak sila berhubung terus dengan pihak Shaklee sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam Islam pun kita disarankan untuk memeriksa kesahihan berita yang kita terima betul tak? Inikan pula untuk dihebah-hebahkan tanpa kita sendiri pasti tentang kebenarannya...

Saya tak mahu ulas panjang lebar mengenai isu terkini yang berkaitan dengan seorang 'presidential master' Shaklee dan beliau telah bergiat aktif dengan Shaklee selama lebih kurang 7tahun lalu dan mempunyai empayar yang besar. Mempunyai 'downline' kira-kira 20,000 orang. Bagi saya itu isu beliau dengan pihak Shaklee dan ia tiada kena mengena dengan isu kualiti produk Shaklee. Kualiti produk masih tetap sama dan isu ini tiada kaitan dan kesan sama sekali dengan isu 'presidential master' berkenaan. 

Saya sebagai pengedar sah Shaklee bagi negeri Perlis dan seluruh Malaysia, masih lagi mahu menyebarkan aura positif dan kebaikkan produk bertaraf dunia ini... dengan usia yang sudah berganjak ke 50tahun, Shaklee masih lagi dengan produk kesihatan yang tinggi kualiti, yang selamat, yang berkesan dan semulajadi... Rugi rasanya sekiranya hanya asbab kes yang terpencil seperti itu, kebaikkan Shaklee terkubur gara-gara melayan perasaan masing-masing. Jika ada diantara pembaca yang masih tidak berpuas hati boleh terus berhubung dengan pihak Shaklee sendiri. 

Zaman sekarang dengan adanya media sosial serta dunia tanpa sempadan segala bentuk berita boleh tersebar menjadi 'viral' hanya dengan sekelip mata sahaja tanpa sesiapa pun boleh menyekat. Ini termasuklah berita yang betul ataupun tidak. Memang sangat sukar bagi kita insan biasa ini nak membezakan antara yang Haq dan Bathil... Hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT yang lebih mengetahui... Yang lebih dahsyat ada yang menggunakan nama agama untuk meraih kepercayaan orang ramai... nauzubillah semoga kita berada dalam landasan yang benar...

Sepanjang 5tahun saya kenal Shaklee (baru 5tahun, ada yang 25tahun dan ada yang sampai 50tahun dah kenal dan amalkan Shaklee) Shaklee termasuklah 'upline' atau sesiapa sahaja dalam Shaklee tak pernah memaksa semua 'distributor' untuk 'loyal' dengan cara tak boleh buat bisnes lain selain Shaklee... Setahu saya ramai 'distributor' malah ahli-ahli dalam 'rank' lain bebas membuat bisnes lain selain Shal;ee bertahun-tahun lamananya. Mengenai isu Shaklee menghalang ahli membuat kerja amal itupun bagi saya tidak benar... tahun lepas sewaktu negeri Kelantan dilanda musibah, ramai ahli Shaklee dari segenab lapisan masyarakat dari serata Malaysia tampil menghulurkan bantuan secara terang-terangan. Ada juga yang menyertai NGO untuk menyertai misi kemanusian dan langsung tidak menjadi isu dalam Shaklee... Jadi fikir-fikirkanlah beberapa 'statement' yang dikeluarkan oleh beberapa individu sangatlah tidak boleh dihadam oleh saya walaupun saya ni hanya berstatus pengedar sahaja. Tiada keistimewaan lebih dalam Shaklee tapi saya selesa bersama keluarga Shaklee

Berikut disertakan kenyataan rasmi dari pihak Shaklee berkenaan isu Israel dan individu berkenaan... Terima kasih



Disclaimer: Saya minta maaf jika entri saya ini mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak. Ini blog saya jadi saya berhak meluahkan pendapat saya sambil menyertakan beberapa bukti. Tiada paksaan untuk para pembaca mempercayainya ataupun tidak. Terima kasih

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D