Bismillah wal hamdulillah...
Lately banyak sangat isu yang menimbulkan persoalan sama ada bersetuju ataupun tidak? Kadang-kadang naik rimas nak membicarakan hal2 sebegitu... semak! nak2 di media sosial... bagi pendapat its ok... tapi silalah berlapang dada dan yg penting salah tidak mengguris hati sesama sendiri... dah macam kanak-kanak sekolah pun ada gayanya...padahal mak2 & bapak2 budak... boring! saya pun kadang-kadang TERSILAP juga... terlalu atau terlebih judgmental...
Memang telah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita, sangat tak boleh nak 'bergaul-bebas' dengan yang berbeza 'fikrah' dengan kata lain berbeza background... silalah hormati pendapat dan fikrah masing-masing... kalau rasa salah satu antara korang yg silap, buatlah perbahasan secara ILMIAH... ILMIAH bagi saya adalah lebih matang, tidak menggunakan bahasa yang kasar, menghina serta menghukum... barulah gayanya mak2 n bapak2... sangat tak boleh hadam ayat2 yang kasar, 'perasan bagus', 'perasan betul' ni... ok sorry macam kasar bunyinya tapi serius tak boleh nk terima... silalah share pendapat dan buah fikiran menggunakan ayat sehabis mudah difahami dan sehabis sopan...
Kalau agak-agak tak boleh nk cakap sopan santun sebaiknya sila berdiam diri... dunia akhir zaman ni nak membezakan yang benar dan fitnah memang susah... kadang2 kita rasa yg ramai itu golongan yg benar dan yang sedikit itu golongan yang salah... kita tidak mengentahui hanyalah ALLAH SWT yang lebih mengetahui... sebab itu macam takut untuk menghukum sesuka hati... contohnya: bila baca journal online dikatakan tak sahih, bila baca buku dikatakan author tuh merapu tak boleh percaya. Bila tanya doctor sekian2, dikatanya doctor tuh memutarbelit fakta... sebagai rakyat dan orang kebanyakkan ni rasa2nya kita nak percaya sapa?kat mana kita boleh cari infos sahih? Lepas tu ada yang jawab sila serahkan kepada yang 'ahli'. Takpayah sibuk2 nak cari info bagai sebab kau tak tahu apa2... jadi bila tak tahu tak perlu ambil tahu? nak2 bila sesuatu itu melibatkan kita sendiri...
Tepuk dada tanya iman... peace no war ya... kita perlu bersatu-padu... akhir zaman ni banyak sangat fitnah... smg kita berada dalam golongan yg benar...ameen
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D