Bismillah wal hamdulillah...
This is very crucial issue... hehe :D sebab saya dah 4tahun berpuasa sambil menyusu... tahun lepas lagilah mengandung sambil menyusu... syukur sebab saya housewife jadi tak pening fikir nak buat stok EBM, nk pumpin bagai... sebab itulah ibu menyusu ini tidak wajib ke atas mereka untuk berpuasa.. ada rukhsoh (keringanan) yg diberikan dalam Islam... tapi takkan la 30hari tak puasa kan? kita usaha la dulu ye dop?
Ibu berpuasa & menyusu mengikut kajian
Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung
kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang
ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan
bayi berusia 1tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain
dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain
dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman
mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli
agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.
Hakikatnya berpuasa tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi yg menyusu. Malah ada 1kajian menyatakan walaupun wanita yg tidak makan selama 24jam ketika menyusu masih lagi tidak menjejaskan kuantiti susu yg dihasilkan. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti
sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu
menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.
Perubahan dalam susu badan tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Bayi sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu bergantung kepada apa yg ibu makan & berapa banyak bayi menyusu. Kajian menunjukkan walaupun ibu berpuasa selama 24jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.
Jika ibu makan terlalu sedikit (mungkin sedang menurunkan berat badan, kurang selera makan akibat tidak sihat dan sebagainya) berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu mungkin berubah tetapi jumlahnya tidak akan berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan si ibu sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan akibat berpuasa dan sebagainya.
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu
kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang
berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati
mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang
tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
- si ibu terasa sangat dahaga
- urin/air kencing berwarna gelab dan kuat baunya
- rasa lemah, lesu dan hendak pitam
- rasa sakit kepala dan kesakitan-kesakitan lain
Jika si ibu mengalami tanda-tanda seperti di atas dan mendapati badan tidak kuat lagi meneruskan puasa jadi si ibu bolehla berbuka puasa. Jika keadaan bertambah serius sila bertemu dgn doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.
Nasihat Pakar Kaunselor Penyusuan Susu Ibu BabyCenter - Jeniffer Hor
Ibu mestilah minum air sebanyak mungkin pada waktu antara berbuka puasa dan sahur. Jeniffer Hor juga menyarankan si ibu mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah (GI - Glycemic Index). Apakah GI? GI - indeks pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yg terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yg terurai lebih lambat dan berperingkat-peringkat mempunyai GI yang rendah. Makanan yg mempunyai GI yang rendah termasuklah sayur-sayuran, kekacang, pasta dan sebagainya.
Jangan sekadar mementingkan minum sahaja, nutrien yg diambil juga perlu diambil perhatian dalam diet seharian terutamanya ketika berpuasa.
Ikuti tips & persediaan lengkap bagi ibu-ibu menyusu yg mahu kekal bertenaga & kuantiti susu semakin masyuk di bulan ramadhan pada entri seterusnya :) anda mampu berpuasa dgn baik & baby pun ceria sihat dapat menyusu dgn susu yg berkualiti dan mencukupi!
p/s: Inginkan set cadangan ibu menyusu Shakee? Boleh klik pada link dibawah untuk urusan pembelian terus ke pintu rumah anda!
Set Cadangan Ibu Menyusu/Brestfeeding
Sumber: BabyCenter
p/s: Inginkan set cadangan ibu menyusu Shakee? Boleh klik pada link dibawah untuk urusan pembelian terus ke pintu rumah anda!
Set Cadangan Ibu Menyusu/Brestfeeding
Sumber: BabyCenter
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D