28.10.13

Turunkan berat badan secara sihat...

Bismillah wal hamdulillah...

Memanglah comel... tapi lama kelamaan budak ini berisiko menghidap penyakit2 berbahaya dalam hidupnya... kesiann... nauzubillah...
Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang cantik. Bagi sesetgh org suka kelihatan sedikit 'comel' berbanding yang suka langsing dan terlalu kurus... Namun, haruslah diingatkan obesiti adalah sesuatu yg patut dibimbangi kerana orang yang mengalami obesiti/berlebihan berat badan mempunyai risiko pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung, penyakit sendi dan banyak lagi. 



Masalah obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8juta penduduk menghidap penyakit itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan tidak simbang. 

Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk Professor Mustaffa Embong berkata secara kasarnya rakyat negara ini mengalami masalah kegemukkan dan peratus wanita mendapat penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki.



Sumber: Fazurawati Che Lah
Harian Metro: 2012/06/02

Oleh itu, ramai orang yg ingin turunkan berat badan namun tidak mencari ilmu mengenai pemakanan n diet seimbang yg selamat utk tubuh badan mereka. Ada yang mengambil pil-pil pelangsingan yang tidak mendapat kelulusan KKM, mengamalkan diet drastik sehingga membahayakan kesihatan dan sebagainya. Ada beberapa kes yg dilaporkan maut akibat mengambil pil pelansingan yg membahayakan kesihatan. 

Ada beberapa tips yg sy ingin kongsikan di sini yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada mereka yang ingin menguragkan berat badan secara sihat dan berkesan:

Mengambil 5hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari

Ini menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuatkan anda merasa kenyang disamping menjaga tahap tenaga anda supaya kekal stabil.

Makan tiga hidangan sehari

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang lengkap. Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan dan salad segar adalah snek terbaik.

Mengambil protein

Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam dan telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging).

Kurangkan lemak

Gunakan minyak zaitun (olive oil) untuk memasak berbanding minyak kelapa sawit bagi mengurangkan kadar kolestrol dalam diet seharian.

Kurangkan gula

Kurangkan minuman-minuman bergula tinggi seperti minuman dalam tin. Jika anda berhajat utk mengambil minuman-minuman manis, jadikan minuman dari buah-buahan segar tanpa gula seperti jus oren, jus tembikai, jus epal sebagai alternatif yang baik selain mengambil 8gelas air kosong sehari. 

Kurangkan pengambilan kafein

Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sehaja.

Minum 8gelas/ 2-3Liter air kosong setiap hari

Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi.

Makan dengan teratur dan jangan biarkan perut kosong!

Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut secara berlebihan dan membolehkan anda mematabolisme makanan dengan cara yang paling cekap untuk menjaga tahap tenaga.


Nantikan entri sy yang berikutnya mengenai cara menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan dgn SHAKLEE :)

Bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D