Bismillah wal hamdulillah...
Hari tuh ada terbaca status kak suraya Lunatots berkenaan dgn "Visualisazations" kata kak suraya:
"Visualization sangat penting.
Saya memang pernah bayangkan tulisan dan wajah saya di dalam surat khabar.
Visualization itu bermula sejak umur 12 tahun.
Kawan kawan, jom bervisualize siapa dan dimana kita 5, 10 dan 20 tahun lagi :)
Like untuk mula bervisualize"

Minda anda unik... |
Terus sy teringatkan pengalaman melahirkan baby amira 3bulan lepas... eceli, dlm hypnobirthing pun ada teknik visualize nehs tp biasalah harap je beli buku HYPNOBIRTHING tp xkhatam puns... hehehe... browse gitu2 je sbb kesuntukkan masa... tp adalah jgk input yg diperolehi... alhamdulillah byk jgk membantu besides sy lbh byk bertnya dgn org2 yg menyokong 'gentle n natural birth' atau kelahiran secara alami... sume tuh memberikan sy gambaran yg jelas betapa pentingnya menganggap kelahiran itu adalah FITRAH dan ALAMI yg ALLAH SWT berikan kpd setiap hambaNYA yg bergelar wanita utk mengalaminya... ia bkn sesuatu BEBAN atau KESAKITAN yg allah swt berikan... awal2 lg setiap yg bergelar wanita itu perlu fhm pkr ini... sy mmg mcm agak 'fobia' nk fikir pasai beranak slps apa yg sy lalui 2thn lepas... plus 2org adik2 sy yg bergelar doktor dok momok2kan sy pasai 'kengerian' sewaktu bersalin di hospital2... buat sy bertmbh fobia... masa tgh pregnant amira memula da yakin diri nk lalui proses bersalin secara normal tp pas my HO's sister blk rumah asik cerita kes2 kt unit O&G hospital tuanku fauziah kangar daku start ngeri balek! biasalah doctor penuh dgn teori2 n procedures2... naek serabot kepala kalu kita sendiri dgr... mmg bertegang leher jgk la kalu nk sembang pasai beranak dgn org mind medic nehs... bkn xpercaya pada ilmu perubatan tp bg sy, sy lbh mengutamakan sesuatu yg fitrah dan alami sbb allah swt da ciptakan manusia itu cukup sempurna... badan kita tahu utk 'berkerja' bagaimana... cuma kita shj yg perlu percaya allah swt dan badan kita...
Ok, berbalek pada visualisasi... pas da konfem pregnant, setiap mlm sy akan fikir "macam manala nk beranak kali nehs... saya takut" mmg sy asik fikir cam tuh jerk... org fobia la katakans... pastu sy start tnya2 my junior sis deeja... deeja pnh p kelas hypnobirthing... deeja byk m'positifkan minda sy... pastu sy start gugel2 byk infos pasai kelahiran yg positif... sy join GBG kt fb... (Gentle Birth Group) pastu sis najwa invite join Home/Unassisted Birth... serius terasa sgt2 inspired... no more takut2 da... sy start bervisualisasi/berimaginasi ttg proses kelahiran yg sy idam2kan... yakni proses yg mudah, sakit xlama, pandai push, tears yg sikit... hari2 b4 tdoq sure sy bervisualisasi begini... siap leh visualize bentuk labor room kt HTF pdhal labor room kt HTF pun sy xpnh masuk... since sy nk try normal sy bersepakat dgn en.abg utk p gomen spital jerp.. utk kurangkan risiko kena czer... apa2 pun usaha, doa n tawakkal... apa2 yg allah swt tetapkan sy redha... visualize ni bg sy mcm doa kita la... apa yg kita nak kita keep on remind n simpan dlm kepala n hati... masa tuh sy xtau pun keajaiban visualisasi yg allah ilhamkan kpd setiap insan... cuma sy btol2 nak bersalin kali nehs dipermudahkan sbb tuh asik visualize jerk proses kelahiran idaman sy... haaa... smpai mcm tuh skali... hehe :D
Smpailah hari yg allah swt tetapkan utk melahirkan... ada lg dlm hset sy, sy taip masa interval surges yg sy rasa start kul 3.58am 12Mei2012... sgalanya bermula saat itu... tanda2 bersalin nk dkt sy da rasa start 1-2weeks lg whereby sy rasa BH (Braxton Hicks) kerap sgt... atau practice for labor... so sy yakin kelahiran yg btol2 akn dialami soon... start berdebar tp xhenti2 berdoa smg sgalanya baek2 shj... dan MAHA SUCI ALLAH SWT yg menjadikan sesuatu... proses kelahiran amira 90% sama cam yg slalu sy visualize spnjg pregnant'kan amira... labor room pun sama exactly mcm yg sy slalu visualize... rasanya kalu sy visualize kt umah ntah2 sy bersalin kt umah kot... hehehe :D skrg pun sy da start prepare utk homebirth for next baby... eh?? next baby?? haha! jgn salah anggap yer insya allah planning dlm 3-4thn lg... uih jauh benor kans... ntahla, sy perlukan masa utk stabilkan diri utk uruskan anak2 dgn sebaek mungkin... aisya n amira ngam2 selang 2thn... aisya skrg 2thn 3bln n amira 3bln... mmg cukup2 2thn kans? birthday depa pun nk dkt 8Mei (aisya) & 12Mei (amira) so utk anak ke3 ni biarlah jarak byk skit... bg aisya besar sket leh tlg ummi jg adik2 n phm apa yg ummi ckp... selang 2thn pun daku rasa sgt semput nk uruskan 2beradik itu sendiri... hari2 sy kuatkan azam tp slalu shj fail... awal pagi smpai tgh hari menten lg... mai petang si aisya wat perangai n amira pun join merap mmg sgt2 menguji keimanan... rasa cam ya allah! lemahnya daku... tlglah faham ummi aisya... siap merayu gitu lagi kt anak... tp apa la yg budak 2thn faham... kita puasa, menyusu, buat keje umah mmg memerlukan tenaga yg maximum... penat 3-4kali ganda dari keje kt opis... huhuhuhu... kt opis leh lagi releks2 duduk time free atau lunch hour... kt umah??? jgn harap kau... nk duduk pun xmenyempat... tgk2 da tgh hari... nk solat pun terkejar2 kkdg xsmpt nk doa pun da terpaksa tanggal kain semayang... huk3... harap2 allah swt menerima solatku yg kelam kabut itu... eh da melalut... da ceta pasai visualisasi... haihhh...
Ok, kesimpulannya, mmg ada hikmahnya kuasa minda bervisualisasi ini... tlg jgn pandang remeh... cer gugel... byk je cite pasai visualisasi... allah swt berikan keistimewaan kpd setiap insan utk bervisualisasi... secara sedar atau tidak visualisasi nehs a part from our do'a... sbb tuh kita digalakkan utk fikir yg positif... "ENGKAULAH APA YG FIKIRKAN... TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN..." ha... cam lagu tuh kans... so jgn byk sgt fikir n imagine menda2 yg negatif... (saya la tuh... ) slalu fikir kalu en.abg tinggalkan sy la... kah3... time dok emo slalu la fikir bkn2... xbaek woooo... insap dah pasneh xmo fikir2 menda2 yg kita xnak n mintak allah swt jauhkan... bahaya!
Sy gugel sy jmpa ini... saya amik dari blog KUASAI MINDA
Visualisasi
adalah kehebatan yang dimiliki oleh setiap manusia. Setiap daripada
kita mampu untuk bervisualisasi. Dalam erti kata yang lain, kita mampu
membayangkan sesuatu dalam fikiran kita. Keadaan ini samalah seperti
angan-angan. Seperti cerita Mat Jenin dengan
angan-angannya yang pernah diutarakan sebelum ini. Memang perkara ini;
membina imaginasi dan gambaran mental, adalah keupayaan setiap manusia.
Kadang kala kita membayangkan kesenangan seperti kejayaan memiliki
sesuatu, dan kadang kala kita membayangkan kesusahan seperti kemalangan
yang mungkin menimpa, dan sebagainya. Kenapa kita membayangkan
keadaan-keadaan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab yang kita
sendiri tentukan
Apa yang
penting adalah, keyakinan kita bahawa gambaran mental atau visualisasi
ini pasti akan berlaku kerana hukum tarikan akan berlaku kesan daripada
gelombang visualisasi yang kita pancarkan. Oleh itu, sentiasalah
berwaspada dengan visualisasi yang kita lakukan. Pastikan kita sentiasa
membayangkan gambaran yang memberi kesenangan kepada kita dan bukannya
gambaran kesusahan, kerana ia benar-benar akan berlaku.
Tip 1
Visualisasikan apa yang anda impikan dua kali sehari.
Sebelum tidur, dan selepas bangun dari tidur, adalah masa yang sangat sesuai untuk anda melakukan visualisasi. Sebenarnya tiada had masa yang terbaik yang perlu anda ikuti untuk melakukan visualisasi. Namun, keadaan sebelum tidur, dan selepas bangun dari tidur adalah masa yang menunjukkan anda berada dalam keadaan yang sangat tenang. Ketenangan dan kedamaian fikiran pada ketika ini adalah situasi yang sangat ampuh untuk anda memancarkan gelombang keinginan anda.
Berapa panjang dan lama masa anda bervisualisasi juga bukan menjadi faktor kejayaan keinginan anda berlaku. Sebaliknya, kualiti visualisasi anda itulah yang menjadi penyebab untuk sesuatu impian itu terhasil. Dalam erti kata yang lain, jika anda bervisualisasi tentang kejayaan diri selama 5 minit sebelum dan sesudah bangun dari tidur, dilakukan pada setiap hari, adalah lebih baik dan sempurna jika dibandingkan anda melakukan visualisasi selama 30 minit tetapi hanya dilakukan sebulan sekali.
Apa yang lebih penting adalah, visualisasi yang dilakukan itu haruslah sama dan sepadan pada setiap hari. Jika anda membayangkan akan memiliki sebuah kereta Honda keluaran terkini di pasaran pada hari pertama, maka teruskanlah memvisualkannya pada setiap hari dan tidak mengubahnya kepada jenis-jenis kereta yang lain. Jika anda menukar-nukarkan gambaran mental anda, maka memang sukar untuk kuasa minda separa sedar anda mengetahui perkara yang manakah yang sebenarnya anda impikan. Keadaan kekeliruan ini akan menyebabkan keinginan ini tidak kesampaian, malah hukum LOA juga tidak dapat bekerja dengan jayanya.

2 sweet persons:
FAizzah bleh bagi tips?me nak try vbac .Due bulan raya haji ni..opcoz me nak my birthing experience kali ni se-gentle yang mungkin..sesuai ngan fitrah..semulajadi badan kita.sila beri tunjuk ajar ye.Done some reading..tapi nak info lagi.Kalu ke kelas tak mampu la den..
@linziana
Alhamdulillah sbb nk vbac... mmg saspens nk lalui pengalaman bersalin normal setelah melalui proses kelahiran pertama secara czer... apa2 pun kuasa allah memungkinkan sgalanya... just trust in allah swt n ur body... sbnrnya mmg kena wat byk preparations... for me personally, mmgla ramai je yg ckp beranak je la kans apa yg pulun nk baca buku sgala tp bg sy tak... mmg kena prepare physically n mentally... so that at least kita tahu what to do n dont's during our labor... jgn menyerah sebulat2nya kpd pihak spital utk decide... kita berhak tahu sbb tuh perlunya ilmu n infos... byk sgt tips kot kalu nk cerita kt sini... hehe :D awk join la group Gentle Birthing Group kt FB... byk sgt org2 kt situ yg support gentle n natural birth... bleh dpt byk tips jgk n positif words dari diaorg... :)
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D