Showing posts with label hopes. Show all posts
Showing posts with label hopes. Show all posts

20.5.11

Saya mahu kamu!

Bismillah wal hamdulillah...  

Rentetan dari mula menanam smgt nk berkraf, mula la survey mesin jahit... huhu... memula plan tuh nk pinjam mak atau tok pnya tp tuhla... susah jgk... en.somi bg green lite tp katanya practice dulu buat menda2 simple... nti dia belikan mesin tuh... ehehhe :) teruja! xleh beli skrg sbb nanti lari bajet... sbb mesin yg sy dok survey tuh agak boley tahan harganya... sy dpt link mesin jahit ni dari blog Kunaz... rupanya Kunaz member jenama mesin jahit nehs... so nk bli nti leh direk dgn kunaz je... :)

Ni pulak link utk website nk bli mesin tuh... sila lihat ye kot ada yg berminat... SewingShoppe ada pelbagai jenis sewing mesin yg berjenama terkenal n function mesin tuh bkn semata2 boleh jahit je tp leh sulam sume... sy berminat dgn jenis Janome Harmony 2049 harga dia dlm RM2500... leh tahan la... tp byk function dgn 5 thn warranty motor dia... kira okla..apa yg menarik pasai mesin nehs?

Fungsi utama:


  • Jahit lurus
  • Jahit tepi
  • Jahit sembat
  • Jahit zip
  • Pemasangan butang
  • 1 langkah utk jahit lubang butang
  • Sulaman tanpa pemidang
  • Jahitan tebal - setebal 8 lapis jeans
  • Jahitan kulit
  • Jahitan fabrik elastik
  • Jahitan bercorak - terdapat 22 jenis corak yang sedia ada (termasuk jahitan mata lalat, tulang belut, rantai klasik pucuk rebung, karipap)


Ciri-ciri utama:


  • Masuk benang secara automatik
  • Boleh pasang jarum berkembar
  • Butang saiz kelebaran corak
  • Lampu menjahit
  • Pemotong benang
  • Butang jahit terbalik
  • Free arm
  • Plat jarum yang mempunyai ukuran


Sesuai utk pelbagai jenis kraf:


  • Kuilting
  • Pakaian
  • Seni tampal
  • Seni cantum
  • Sulaman
  • Hiasan rumah
  • Kraftangan
Best kan? rasanya berbaloi bli dgn RM2500 sbb mesin ni multifunctions... okla... kunaz pun ckp berbaloi beli... next sem by 28mei da start cuti sem...huhuhu... mcm xkeja ja kn? keja tuh mmg la... tp da abes utk 1st sem ni rasa cam release skit la... byk plan nk buat tp xtaula menjadi ke tak :) bg pecinta kraf sila bg opinions anda ye! :)



 

22.6.09

Sekeping hati dibawa lari...


Kenangan terindah...

Bismillah wal hamdulillah...

Ish apakah maksud sekeping hati dibawa lari? dibawa lari ka dibawa berlari (mcm lagu kumpulan nasyid saujana dulu...) apa2 je la...tp mmg sekeping hati ini telah dilarikan org...oh my! Apa leh buat inilah yg dinamakan ujian dariNYA kn? Maka bersabarlah dan terus bersabar... mmg kkdg tuh rasa xleh nk hadapi but then, kita mestilah berpijak dibumi yg nyata...jgn nk berkhayal je sokmo kalu x, hidup kita xmaju n xmenjadi... (resign jerk kalu asik fikir nk bercinta kan? hik3...kata2 utk pujuk hati yg lara...) maka terubatlah sebentar... "Aku harus berkerja membantu suami kerana allah swt" (tekad hatiku...) Berdoa terus... "YA ALLAH... Berikan kekuatan utkku menghadapi hidup ini...kerna ALLAH SWT tahu apa yg terbaek utk hamba2NYA... Jadi yakinlah n bersangka baeklah dgn setiap ujian n ketentuannya..."

Sekeping hati dibawa lari ke Bahau Negeri Sembilan...erkss...

Ting tong ting tong (berbunyi dalam kepala ini...)

22.4.09

Doakan ku~!

Bismillah wal hamdulillah...

Malu mahu menyatakan hasrat dan perasaanku kini... saya mahu meminimumkan berat badan~ hiks... sedikit malu n segan :"> saya sgt bulat kini... harus mengurangkan saiz ini agar nmpak lbh oke... kan? mesti berusaha sedaya mungkin namun makan adalah hobi saya... bagaimana mahu membuang sesuatu yg sudah mendarah daging... tp boleh kawal kn? hu... xpa cuba harus ku mencuba~ huhu... insya allah allah swt tak akn mensia2kan hamba2NYA yg berusaha dan bersabar kan?

I have to avoid rice, makanana manis dan berminyak... skrg baru berjaya makan 1senduk nasi=1hari....masih byk kan? tp 1kali sehari ja amik nasi... baru seminggu... esok sy akan cuba utk tidak mengambil nasi lg... argh... kejamkah pada diri? apa bleh buat sapa suruh membulat kn? padan muka... n lets lakukan aktiviti fizikal....sedang cuba...tp dpt bertahan 15-20min shj 1sesi... tidak berapa ok kn? erm... badan sy mmg type cpt naek... keturunan juge~

Any tips? pls anyone help me... i'm really worried about my size... ya allah.... mudahkan segalanya.... =_=

11.12.08

Dugaan di 'alam' tersebut...

Geramnye tgk pic org tgh bahagia (i mean...pic majlis perkahwinan...) saya lambat lg la...sesungguhnya benar dugaan di 'alam' ini benar2 menguji kesabaran dan tahap keimanan...adeh...mg saya sentiasa diberikan kekuatan utk terus berusaha memperkukuhkan pegangan jiwa saya...aduh...terseksa jua...i just can see him far away...i want to hold his arm...adeh...sabar2......ya allah...lindungi aku...ameen ya rabb

24.10.08

Dunia sekarang...wanita jadi bahan dagangan...

Tadi ada seseorang dtg berjumpa...mengadukan kesedihan dan kekecewaannya...saya tnya dia "knp kak?" (dia workmate saya dan berstatus kakak sbb saya plg muda di sini...heee) dia ckp selama ini dia menjadi usher utk hari kecemerlangan... (some sort of majlis rasmi / event) dah lama dah dia jadi usher utk majlis penyampaian hadiah kecemerlangan (yg bakal diadakan 12 Nov ini) dia ckp "dah lama akak jd usher tup tup tup... pengarah program tersebut ckp dia xnak dah org yg jadi usher ni muka pucat2 lagi...xcantik...ooooo selama ni dok jadi usher rupanya org xsuka" huhuhu.... kesiannya kt dia... mmg kakak tuh bkn jenis org yg suka make-up, org yg simple je... kakak tuh sambung lg "dia nak org yg pakai make-up, baju ceria2, cun2 muda n bergetah" hik hik hik... mcm2 kan...menda sesimple itu pn menjadi isu...rupanya wanita ni dijadikan bahan dagangan...bahan utk ditonton dan menyedapkan mata lelaki...saya agak terkejut...mmg skrg mcm tuh pn...sume asyik2 perempuan ja...kakak tuh sambung lg "nk buat apa lawa2 make-up, kan kecantikkan tuh utk suami je" btul2...tp tuh la kn...da menjadi budaya dah... sama2 la direnungkan... perempuan da suka ja cantik2...suka kalu org puji dia cantik, lawa n cun...suka lelaki usik2 dia...padahal dia xtahu...yg wanita tuh fitnah dan syaitan sentiasa menjadikan wanita sbg alat utk org membuat maksiat....

23.10.08

Hidup terlalu singkat utk membenci... ^_^

Currently tgh tensen dgn gheja saya skrg... rasa nk resign, rasa marah n geram kt org...huhu... yela... saya xkaco org tp org kaco kita alasannya mungkin saya masih baru dan bg mereka boleh dibuli sesuka hati...huh! sgt marah! tp sampai bila agaknya nk marah n bengang... ada di antara workmate advice utk bertindak n berkeja secara professional... jgn pedulikan apa org kata... yg penting I'm doing my work! Just want to get my work done~! Jgn membenci dan marah... positifkan minda ok~! Terbaca satu artikel kt iluvislam.com... menarek utk dikongsi bersama...

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Mari sama-sama kita berdoa

Ya Allah.. ketika ini... kami sedang dihimpit dan diasak dengan kuat sekali...
mereka menyerang kami dari segenap penjuru...
sebagaimana yang pernah Abdul Mutalib doakan agar Engkau menjaga Baitullah...
lalu Kau hantarkan Ababil untuk menjaganya..

Jadi... kami mohon ya Allah...
agar Kau bantu kami dalam memelihara agamaMu ini.....mohon dengan sangat ya allah..
hantarlah bala tenteraMu untuk menggempur mereka...
sesungguhnya kami tiada daya dan upaya lagi melainkan dengan kekuatanMu.
Hanya pada Engkau sahaja kami bergantung harap ya Allah...

[mari kita doakan bersama dengan khusyuk]