13.1.17

Pembuka tirai 2017 dan ragam manusia...

Bismillah wal hamdulillah... 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Lama rasanya tak menjenguk ke blog peribadi ini... hampir nak terkubur dah rasanya... aktiviti harian membataskan segalanya... hari berganjak hari begitu juga dengan tanggungjawab, yang semakin bertambah dan mencabar... pejam celik, tahun ni dah masuk tahun ke-5 saya bergelar 'housewife' banyak sangat rasanya pengalaman yang mendewasakan... Haih kekok pulak rasanya nak memulakan bicara haha! :P

Tahun 2017 yang agak kelam kabut... tahun pertama dan pengalaman pertama anak sulung menjejak kaki ke alam persekolahan... pengalaman berharga kepada saya yang bergelar ibu... alhamdulillah detik kelam kabut tidak berlarutan seperti yang dirisaukan... cuma pada 1-2hari awal sahaja... minggu depan rutin akan berubah sedikit kerana si kakak akan menamatkan sesi persekolahan setiap hari pada pukul 5petang... belas juga nak membayangkan anak sekecil 7tahun harus membiasakan seharian berada di sekolah... zaman kita dulu setakat pukul 1-2petang sahaja... tak apalah begitulah kehidupan nak oi... tidak semudah yang kita sangka semoga pengalaman berharga ini menjadikan kakak aisya semakin matang hendaknya...

Seperti 'parents' yang lain perasaan teruja anak masuk sekolah tuh memang ada... tengok orang sibuk tempah 'sticker' kita pun eksaited kekdahnya nak tempah juga... bukan apa aisya bersekolah dari pagi sampai petang... jadi banyak peralatan yang perlu dibawa... pesanan daripada para guru dan guru besar adalah melabelkan setiap barang anak... apa kaedah sekalipun terpulang kepada ibu bapa... jadi saya memikirkan untuk membeli sticker... sumpah tak tahu zaman sekarang 'sticker' dah ada jenis 'iron on' bagai... 'waterproof' la segala mak nenek... 'blur' la sekejap dengan hal-hal 'sticker' tuh... nak dijadikan cerita saya ada order 'sticker' dari seorg 'seller' ni... awalnya di tutup tempahan awal tahun sebab nak masuk sesi persekolahan... saya rasa dia seorang guru dan berasal dari negeri yang sama... jadi konon2nya jimat duit postage... saya terus 'browse' akaun instagram beliau... dan pilih 'design' yang berkenan di hati... 

Sabar menanti sampai 'seller' ni buka semula tempahan... punya la sabar dan percaya pada 'seller' senegeri kekdahnya... tak cari dah 'seller' lain... nak ke kedai almaklum lah dengan anak-anak ni memang kelam kabut sikit jadi bila dah ada 'online' ni memang memudahkan kerja... bila dah siap hajat di hati nak 'pickup' je lah di rumah 'seller' tersebut... Alhamdulillah 'seller' tersebut setuju... Sesi membuat tempahan bermula... saya 'attach' design yang nak dan 'seller' tersebut terus memberikan harga dan saiz sticker...konfem design, saiz dan kuantiti tanpa berlengah lagi saya terus buat payment secara online juga sebagai langkah 'booking' ikut turn katanya... tempahan dibuat ahad lepas dan katanya by hari rabu dah boleh siap... ok DEAL!

Hari rabu menjelang 'seller' tersebut belum juga whatsapp... saya ambil keputusan untuk tunggu lagi sehari... hari khamis petang saya ambil keputusan untuk whatsapp semula 'seller' barangkali dia kelam kabut tak sempat... 'seller' tersebut bagitahu dia tak dapat nak siapkan lagi tempahan saya sebab tak sihat katanya... oklah kesihatan kan tidak dijangka... saya pun setuju untuk lanjutkan lagi sampai 'weekend' ni asalkan 'sticker' boleh siap... extra 2-3hari lagi pun ok... saya bagitahu 'seller' tersebut minggu depan anak saya akan memulakan sesi persekolahan dari pagi sampai petang jadi kalau ada 'sticker' mudah sikit nak buat labeling barang-barang dia... tiba-tiba dalam whatsapp 'seller' tersebut tanya "eh nak lekat dekat telekung semayang ke? yang awak order ni sticker untuk tampal dekat botol air, kotak pensil sahaja... bukan iron on" Allah... masa tempahan awal haritu 'seller' tersebut tak ada pulak 'mention' mengenai jenis-jenis sticker... my bad la sebab tak tahu langsung jenis-jenis 'sticker' yang wujud dipasaran... bila saya 'browse' IG dia tak ada pun cerita dengan jelas mengenai jenis-jenis 'sticker' my bad jugakla sebab tak 'survey' banyak-banyak IG mahupun 'facebook'

Saya pun jelaskan saya nak yang boleh tampal pada kotak pensil dan baju juga... saya minta maaf sebab tak tahu akan kewujudan 2jenis 'sticker' tersebut... 'seller' tersebut pun jawab dengan agak angkuh la bagi saya sambil attach gambar "awak tak nampak ke ada 2jenis sticker?" memanglah dengan hanya tengok gambar saya tak tahu 'sticker' tuh ada 2jenis! yang saya nampak hanya 2jenis DESIGN! Saya cakap kenapa tak bagitahu details produk-produk dia ada... dia pula jawab "Awak tak tanya! lagipun awk dah tau IG saya kenapa tak tengok?" ALLAH... gitu sekali... dia fikir IG dia semua orang boleh faham apa dia tulis? saya dah minta maaf pada awalnya sebab kelemahan saya tak tahu mengenai jenis-jenis 'sticker'. 2kali juga saya minta maaf sebab tak tahu menahu hal-hal sticker ni... niat di hati nak tambah order la untuk waterproof sticker dan iron on... dia bebel lagi "kalau awak pegi kedai nak beli tepung pun, penjual tak akan tanya awak nak buat kuih apa... awak kena tahu sendiri nak buat kuih apa dan tepung apa nak guna?" haha! boleh pulak dia samakan kejadian STICKER dengan TEPUNG? Tepung tuh sah2lah barang yang semua orang pakai... saya jawablah, orang tua kat kampung pun tahu nak beli tepung... yang saya tengah nak beli ni STICKER kot... tak semua orang guna STICKER...dan tak semua orang 'familiar' dengan STICKER... terutamanya orang macam saya.... saya pernah order STICKER produk je memang tak berjumpa lagi STICKER nama yang iron on bagai banyak-banyak jenis... saya memang fikir iron on tuh sama boleh juga buat tampal dekat barang-barang lain...maaflah memang nampak sangat tak tahu kan? tapi tak boleh ke masa tempahan dibuat dia 'attach' sikit penerangan mengenai setiap produk dia ada... bukan banyak pun 2jenis produk je dia ada... banyak beratus-ratus je produk dia buat sampai nak 'explain' pun tak nak. Kena TANYA katanya :(

Lantas dia mem'block saya dengan marahnya... selama saya menjadi 'seller' dan 'buyer' online ni kali pertama saya jumpa 'seller' seumpama ini... kalau bisnes gah macam vivy yusoff tuh kagum jugakla... bukan nak rendah2kan sesiapa... BUDI BAHASA BUDAYA KITA kekdahnya... sama-sama minta maaf dan cukup sekadar itu... ya saya akui silap saya tapi saya agak tak boleh terima dia 'blame' saya 100% macam saya tengah merayu nak suruh dia buat 'sticker'. ALLAH... Pembuka tirai yang sangat mengecewakan... at the first place saya tak salahkan dia pun dia tak provide infos details mengenai setiap produk dia, walaupun yelah sebagai seller kan... kau jual, kau kena terangkanlah each produk yang kau ada... alasan dia sebab saya TAK TANYA... Kalau ikut pengalaman saya yang ciput ni berbisnes... even customer tak tanya saya provide ja infos semuanya... mana tahu kot customer tak tahu dan akan tambah order dengan EXTRA INFOS yang ada... :( yelah semua orang tak sama cara... saya terima itu sebagai kekurangan saya... semoga ALLAH SWT memberikan dia hidayah...ameen

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D