15.1.17

140114 - 140117

Bismillah wal hamdulillah...

Genab usia anak bujang kesayangan satu-satunya 3tahun semalam kalau ikut tahun masihi... kalau ikut tahun Islam, dah cukup 3tahun pun bulan 12 harituh... alhamdulillah atas kurniaan anugerah pinjaman yang diberikan ini... pelbagai peristiwa pahit manis membesarkan anak-anak terutamanya anak ke-3 ni tidak sempat dirakamkan di dalam blog... tup3 dah 3tahun berlalu... semoga anak bujang ummi membesar dengan sempurna, jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat... ameen... 

Milestone pun tak sempat nak update dan cerita satu per satu.... so far semua ok cuma ammar ni sedikit lambat bercakap... bila mencecah usia 3tahun ni baru menguasai lebih banyak perkataan yang boleh difahami... mengarang ayat dan bercerita sahaja seperti kakak belum lagi... ummi sedikit bimbang tapi dah buat assessment dengan 'occupational therapist' katanya ammar masih ditahap normal seperti kanak-kanak sebaya dia cuma mungkin terlambat sedikit dalam 3-4bulan perkembangan pertuturan dia... jadi kena 'keep on stimulate' fasa pertuturan ammar... yang ummi lihat, ammar ni lebih mudah sebut perkataan dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu mungkin lebih mudah dan simple perkataan2 dalam english... 

Semoga tahun ini memudahkan lagi proses ammar belajar... dan lidah fasih bertutur selepas ni... huruf-huruf pun dah banyak kenal...satu perkembangan yang baik berbanding dengan kakak-kakak yang kenal huruf bila dah masuk tadika...  1perkembangan yang baik... boleh sebut alphabate dan numbering in english juga... 

Semoga dipermudahkan segala urusan anak ummi kelak...ameen

 


0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D