17.1.17

7 years old already...

Bismillah wal hamdulillah... 

Blog ni saya buat dari sebelum kahwin, berkahwin, mengandung, ada anak pertama, kedua, ketiga dan kini dah nak masuk yang ke-4... rasanya sudah hampir 9tahun usia blog picisan tak seberapa ini...dari aisya dalam perut ummi sampai sekarang dah nak masuk 7tahun usia beliau... tahun ni dah selamat masuk sekolah... syukur alhamdulillah atas segalanya... walaupun ummi tak berkerja namun ALLAH SWT mempermudahkan segalanya... dari proses nak 'apply' sekolah, proses nak sediakan keperluan sekolah dan paling penting proses aisya nak sesuaikan diri dengan suasana baru... minggu ni dah masuk minggu ke-3 alhamdulillah fi kullihal...

Cuma ummi ja yang terkejar-kejar kepenatan menguruskan segalanya terutamanya waktu ayah kena 'outstation' beberapa hari... sekarang kerap juga ayah 'outstation' letih juga la dengan membawa perut yang sudah mencecah 6bulan ini... Hantar dan ambil aisya dan adik amira tadika... kemudian, waktu rehat nak tengok aisya kejap (1-2hari sahaja pada minggu pertama), dan 3rd week ni nak tengok dia sesuaikan diri dengan waktu rehat petang dengan waktu solat... terpaksa 'mingle around' ke surau, ke kelas dan ke kantin berebut-rebut dengan semua budak... semua itu memang lumrah, cuma jiwa mak2 ni risau aisya tak dapat sesuaikan diri pada minggu2 awal persekolah... perkara ni ambil masa 2-3hari sahaja sehingga dia ok dan faham 'flow' pagi dan petang bagaimana... Lepas ni lega la ummi tak perlu ke sekolah secara kerap untuk memantau keadaan aisya... Aisya ni dia macam panik dengan persekitaran baru, dengan saiz kakak2 dan abang2 tahun 5-6 lebih kurang ayah n ummi :D Budak zaman sekarang darjah 6 dah macam sekolah menengah... 

Rutin minggu transisi kakak aisya...angkut dengan adik2 pi tunggu kakak balik sebab gap masa balik amira dan aisya hanya 1jam...amira balik 12tgh hari, aisya balik 1tgh hari...tak kuasa la nak angkut bawak balik dan datang semula selepas 1jam... terus je tunggu di sekolah...

1st day for both my doters... aisya sekolah baru, amira tadika baru...alhamdulillah kedua2 cepat adapt dengan suasana baru...syukur
 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D