Bismillah wal hamdulillah...
Ada terjumpa 1resepi orang 'share' dekat 'group' MAHN... ramai pulak yang cuba dan bagitahu kat situ kata sedap siap kata rasa macam ala-ala makan dekat hotel... mak jemah pun kenkonon nak la cuba resepi yang lebih 'healthy' sekarang rasa teruja nak cuba... walaupun ada juga kadang2 tekak ni nak makan makanan bergoreng...tak lalu nak makan makanan macam orang sakit... haha! kolot betoi pemikiran... makanan rebus, stim dan panggang ja semua makanan orang sakit eh? Sebenarnya makanan cenggitu adalah makanan orang yang nak sihat sebetulnya! Makanan bergoreng dan berlemak tuh la makanan orang yang nak sakit kekdahnya! Ha makan lagi banyak-banyak sampai tak ingat dunia... kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi nauzubillah... ni peringatan untuk diri sendiri yang memang seorang pemakan! Kadang-kadang perangai nak telan semua jenis makanan tuh menjadi-jadi dan sukar dikawal... nak-nak makanna berlemak dan manis! Ya Rabbi mengucap panjang... apa nak jadi dengan diri aku ni? MY BAD...
Ok jom-jom kumpul resepi yang lebih sihat... resepi yang kurang sihat tuh boleh juga nak masak tapi kurangkan mungkin seminggu 1-2kali sahaja... insya ALLAH!
Bahan-bahan:-
Ayam (bahagian kesukaan - saya guna ayam organik 'boneless')
Biji lada hitam (tumbuk kasar - lumur ayam)
Bawang holland (potong bulat)
Bawang putih (hiris nipis atau cincang halus)
Halia (hiris nipis)
Serai (hiris nipis)
Garam (lumur ayam)
'Ground' oregano (saya tambah - lumur ayam)
Thyme (saya tambah - lumur ayam)
Sayur-sayur (saya tambah - brokoli, bunga lobak, carrot, kentang)
Olive oil/pure butter
Cara-cara:-
1) Lumur ayam dengan semua bahan kecuali 'olive oil/pure butter'.
2) Perap seketika
3) Panaskan pemanggang ajaib atau oven (suhu ikut oven masing-masing) oven saya dalam 180c
4) Masukkan semua bahan yang diperap bersama
5) Sapu ayam dengan 'olive oil/pure butter' untuk mendapatkan tekstur yang 'moist' dan rasa yang lebih lemak. Guna olive oil lebih sihat tapi jangan terlebih pulak.
6) Masak lebih kurang 15-20minit sehingga kelihatan ayam keperangan. Gunakan api yang kecil untuk pemanggang ajaib
'Brunch' tadi... cuba panggang 1ketol ayam... en.abang pun mintak juga nak rasa... dinner tadi panggang lagi dan habis...sedap jgk dan rasa 'complete' 1meal siap dengan sayur :) |
Sesi 'grill' lagi untuk 'dinner'... longgok sayur banyak-banyak kenkonon nak 'healthy food'. Okla sebagai permulaan... tuh seketoi 'pure butter' keh3... dimaafkanlah baru 1st day... haha! |
Petua letak chiaseeds dalam nasi untuk elak dari makan secara berlebihan memang menjadi. Chiaseeds dalam nasi memang mengenyangkan sangat. Nasi segenggam pun rasa terlebih cukup... Dah 2hari makan nasi beras perang... alhamdulillah kenyang yang lama... beras perang dan chiaseeds antara makanan yang rendah GI (Glisemik Indeks) sebab tu dia kenyang lama... alhamdulillah :D boleh kekalkan kaedah ni...
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D