10.12.14

SHARING: Cara mencairkan perahan susu ibu yang telah disejukkan/dibekukan (to thaw milk & to warm milk)

Bismillah wal hamdulillah... 

Walaupun saya seorang surirumah dan tidak menyimpan stok EBM, tapi saya berpengalaman memerah susu, menyimpan EBM, mengendalikan EBM sewaktu berkerja dahulu. Pada ketika itu ilmu saya adalah zero jadi saya bertanya orang, cari infos di dalam internet dan dari situ saya mengenali ramai ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya sama ada yang berkerja ataupun tidak. Bila dah ada ramai kawan yang menyusukan, jadi kita bertambah semangat untuk menyusukan dengan susu ibu. Sebelum saya sebulat hati nak susukan aisya dengan susu ibu, saya dah patah semangat bila orang-orang sekeliling majoritinya tidak menyokong penyusuan susu ibu kerana bagi mereka ibu yang berkerja mustahil untuk berbuat demikian... Jadi tips: cari rakan-rakan yang menyokong penyusuan susu ibu dan "support group breastfeeding"

Tips menyimpan susu perahan

Bagi mengelakkan pembaziran EBM bagi memudahkan proses mencairkan dan memanaskan EBM, simpan susu perahan dalam bahagian-bahagian yang kecil (iaitu untuk kuantiti untuk sekali minum bagi bayi anda) contohnya: 2-5oz. Letak masa dan tarikh sebelum menyimpan EBM anda.

Tips mencairkan susu perahan 

Perahan susu ibu yang disejukkan/dibekukan perlu dicairkan dengan cara yang betul bagi mengekalkan kandungan nutriennya. Haba dan kepanasan melampau boleh menyebabkan nutrien yang terdapat di dalam susu ibu mungkin musnah. 

1) Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'celcius)
  • Lalukan bekas/botol berisi susu dibawah laluan air pili buat seketika
  • Rendam bekas/botol berisi susu di dalam bekas berisi air panas menidih selama 5minit. Jika air rendaman menjadi sejuk & suhu susu belum mencapai susu yang sesuai untuk diberikan kepada bayi, tukar air rendaman & rendam lagi bekas/botol berisi susu tersebut
  • Jika anda mendapati susu yang direndam itu terpisah kepada 2bahagian, goncang perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan bekas/botol berisi susu untuk mencampurkan bahagian yang terpisah itu (bahagian atas lemak susu ibu)
  • Rasai suhu susu yang dipanas itu sekali lagi sebelum menyusukan bayi 
2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) di dalam peti sejuk (suhu di antara -18' hingga -20' celcius)
  • Turunkan/keluarkan beberapa botol/bekas berisi susu dari bahagian freezer/deep freezer ikut keperluan bayi ke bahagian chiller/bahagian sejuk peti sejuk sebelah malam agar proses pencairan boleh berlaku dengan perlahan-lahan pada suhu bawah 4'celcius. Cara ini juga boleh menjimatkan masa untuk mencairkan susu yang beku. Proses ini mungkin memakan masa selama lebih kurang 12jam. Selalunya ibu yang menghantar bayi kepada pengasuh pada hari esok akan menyediakan EBM beku dengan kaedah ini. 
  • Apabila bayi bersedia untuk disusukan, keluarkan EBM seperti biasa, panaskan dengan cara merendamkan bekas/botol berisi susu di dalam air menidih seperti cara 1
Penting!
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan di dalam peti sejuk (sebab itu pentingnya melabel EBM dengan masa dan tarikh sebaik sahaja selesai memerah)
  • Cairkan/panaskan susu perahan hanya pada kuantiti yang diperlukan bayi untuk mengelakkan pembaziran kerana susu yang beku/sejuk apabila sudah dicairkan/dipanaskan tidak boleh disimpan semula sekiranya bayi tidak menghabiskan susu tadi dalam masa 3-4jam.
  • Susu beku (dari freezer bersuhu -18'celcius hingga -20'celcius) yang diturunkan ke bahagian peti sejuk (bahagian bersuhu bawah 4'celcius) bagi tujuan pencairan (thawing) tidak boleh dibekukan semula. Susu tersebut mestilah dihabiskan dalam masa 24jam.
  • Sebelum menyimpan susu perahan ke bahagian beku (untuk membekukannya bagi tujuan memanjangkan tempoh penyimpanan EBM) mestilah dibiarkan dibahagian peti sejuk (bersuhu bawah 4'celcius) bagi menstabilkan suhunya sebelum dinaikkan/dimasukkan ke bahagian beku/freezer yang bersuhu -18'celcius hingga -20'celcius.

Cara memanaskan susu perahan dari peti sejuk
Tidak boleh!
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct-heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan di dalam ketuhar gelombang micro
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Kenapa? kerana susu yang terlampau panas mungkin mencederakan bayi dan susu ibu yang dipanaskan dalam keadaan panas melampau (melebihi 40'celcius) boleh memusnahkan nutriens yang terdapat didalamnya.
Tempoh ketahanan susu perahan
  • Susu fresh (baru diperah) tahan selama 4jam pada suhu bilik
  • Susu yang disejukkan dalam rak peti ais (bukan dibekukan) tidak kisah peti ais 2pintu atau 1pintu tahan selama 5-7hari
  • Susu beku - bergantung kepada jenis peti ais/suhu peti ais:
    • peti ais 1pintu - tahan 2minggu
    • peti ais 2pintu - tahan 3-6bulan
    • deep freezer - tahan 6bulan ke 1tahun
  • Susu yang telah dicairkan perlu dihabiskan dalam masa 24jam
  • Susu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 2jam


Jangan goncang susu ibu!

Another source also indicates that shaking has the potential to destroy the protein structure of large proteins in biologically active substances: “…many large proteins cannot be shaken to reconstitute, as shaking can destroy the protein structure” (Morrow T, Felcone LH. Defining the difference: What Makes Biologics Unique. Biotechnol Healthc. 2004;1(4):24-9).


 

1 sweet persons:

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

Teringat masa mula-mula belajar ilmu ttg breastfeeding....dpt tau dr kawan2 juga...good info dear

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D