Bismillah wal hamdulillah...
Menjadi ibu dan ayah buat pertama kali adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Adalah lumrah bagi setiap pasangan yang sudah berumah-tangga untuk menimang cahaya mata secepat mungkin. Saya sudah pun melaluinya lebih kurang 5tahun yang lalu. Syukur alhamdulillah ALLAH SWT memberikan kami rezeki anak seawal 3-4bulan selepas mendirikan rumahtangga. Memang tidak sangka, ingat nak tunggu setahun dulu... rupanya ada lagi cepat dari kami... selepas 3minggu bernikah sudah disahkan mengandung... bunting pelamin!
Namun begitu, menjadi ibu dan ayah tidaklah indah-indah belaka... cabaran demi cabaran bakal dilalui yg mana cabaran dan dugaan itu mendewasakan kita... Sebenarnya bukan senang mak ayah kita nak besarkan kita... sekarang turn kita pula menjadi ibu ayah... Saya akui pengalaman pertama saya menjadi ibu saya memang 'melatah' juga biasalah 'culture shock'... Banyak faktor mempengaruhi dan sebagai isteri dan ibu kita kena mengetahui dan memahami beberapa perkara.Apa yang saya senaraikan berdasarkan pengalaman dan perkongsian ilmu yg tidak seberapa semata-mata... yang baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan...
Baby Blues Syndrome
Ini normal... saya juga mengalami masalah yang sama pada awal kelahiran puteri sulung... term ni dipanggil "baby blues syndrome" atau "Postpartum Distress Syndrome". merupakan suatu kondisi dimana muncul perasaan gundah gulana atau adanya
perasaan sedih yang di alamai oleh para ibu selepas melahirkan. Keadaan
ini biasanya terjadi pada 14 hari pertama selepas melahirkan dan mungkin akan menjadi seriua pada 3 atau 4 hari selepas melahirkan. Namun jika ibu mengalami keadaan yang sama melebihi batas normal 2 minggu, maka ibu seeloknya mendapatkan nasihat doktor, karena di khawatirkan mengalami Postpartum
Depression.
Punca utama yang menyebabkan ibu mengalami baby blues syndrome adalah disebabkan oleh masalah hormon. Pada saat kehamilan, ibu
banyak mengalami perubahan besar baik fizikal maupun emosi termasuk di
dalamnya perubahan hormon. Begitu juga selepas melahirkan, perubahan
tubuh dan hormon kembali terjadi lagi. Perubahan-perubahan yang kembali
terjadi pada diri anda akan sangat mempenngaruhi perasaan ibu. Penurunan
secara drastik kadar hormon estrogen dan progesteron serta hormon
lainnya yang di produksi oleh kelenjar tiroid akan menyebabkan ibu
sering mengalami rasa keletihan, tertekan dan 'mood swing'.
Selain hormon, hadirnya si kecil yang memerlukan perhatian, yang memerlukan banyak tenaga ibu, sehingga ibu mengalami keletihan dan kurang
waktu istirahat. Perubahan pola hidup ini juga sebagai faktor banyak ibu selepas melahirkan mengalami tekanan. Selain itu kecemasan yang
menghantui para ibu, kecemasan akan masa depan anak, kecemasan apakah
mampu atau tidaknya membesarkan anak dengan baik, dan kecemasan lainnya
yang menghantui ibu juga bisa memicu baby blues syndrome. Ibu yang
mengalami Baby Blues Syndrome biasanya akan mengalami gejala-gejala:
- rasa sedih dan tertekan memenuhi perasaan ibu hingga menyebabkan ibu sering menangis tanpa sebab
- emosi mudah terganggu dimana si ibu akan merasa sedih, marah, mudah tersentuh dan cepat naik angin
- sering merasa keletihan
- cemas dan susah hati
- susah beristirehat
Beberapa tips bagi mengatasi masalah ini adalah:
- lakukan persiapan/persedian dari segi mental dan fizikal - ilmu menguruskan bayi buat pertama kali, persediaan fizikal seperti keperluan ibu dan bayi. Tidak lupa juga persediaan menghadapi saat melahirkan... kena banyak study mengenai sebelum, sewaktu dan selepas bersalin
- lakukan persiapan mengenai ilmu keibu-bapaan, bagaimana nak uruskan bayi dan sebagainya
- dapatkan sokongan keluarga terutamanya suami sebab suami merupakan orang yang paling dekat dengan kita dan bayi
- dapatkan rehat yang mencukupi
- join 'support group' dari ibu-ibu lain agar pengalaman dapat dikongsi bersama
- amalkan permakanan seimbang dan berkhasiat. amalkan mandi herba, urutan ibu selepas bersalin, ambil supplements untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
- Berdoa dan berfikiran positif sentiasa. Elakkan dari anasir-anasir negatif dan banyak berzikir bagi ibu yang beragama islam, mendengar kata-kata motivasi agar cabaran dapat dilalui dengan baik
Konflik dengan orang sekeliling
Selain konflik dengan diri sendiri disebabkan perubahan fizikal, mental dan hormon, orang sekeliling seperti keluarga, ibu bapa, ibu bapa mertua juga memainkan peranan penting kerana mereka adalah orang-orang yang membantu kita sepanjang proses berpantang.
Adalah biasa apabila kita bertentangan pendapat dengan mereka. Cuba untuk menerangkan dengan baik apa yang kita nak dan harapkan agar tidak berlaku salah faham kepada kedua-dua belah pihak.
Konflik sebeginilah saya alami diawal kelahiran anak sulung dulu. Saya hadapi dengan nenek saya. Aisya merupakan cicit yang paling dekat dengan dia. 24jam dia cuba untuk mendekati aisya sampai saya sebagai ibu tidak dapat nk bermanja dengan aisya. Selepas breastfeed tok saya akan ambil n dodoi aisya sampai aisya tak mahu langsung tidur di atas tilam. Sentiasa mahu dipangku. Saya memang merasa sangat terkilan kerana sebagai 1st time mom nak juga melihat dan membelai anak sendiri buat pertama kali tapi merasa kecewa apabila tidak diberikan kepercayaan...
Saya juga seringkali terbaca di post-post group facebook ramai lagi ibu-ibu buat pertama kali berhadapan dengan situasi ini... para nenek nakkan yang terbaik buat cucu mereka, para nenek tidak yakin cucu mereka akan baik2 sahaja dalam perhatian anak mereka dan macam-macam kes lagi. Jadi isu ini mestilah ditangani secara baik agar tidak berlaku salah faham dan rasa tertekan dikalangan ibu dalam pantang.
"Nipple crack" & posisi penyusuan
Selepas melahirkan cabaran pertama yang akan dialami adalah penyusuan. Pada pendapat saya, walaupun sudah ada anak 3orang, pengalaman pertama menyusukan selepas bersalin merupakan pengalaman pertama kerana setiap bayi adalah berbeza. Dalam keadaan badan yang masih lemah, luka bersalin yang belum sembuh, bayi baru lahir yg perlu diajar untuk menyusu memang memerlukan kesabaran, semangat yg kuat.
Pada awal proses penyusuan, bayi masih lagi dalam proses belajar melekap pada payudara ibu. Jadi kemungkinan ibu mengalami masalah 'nipple crack' di mana puting payudara menjadi merekah, sakit dan adakalanya berdarah. Ini menyebabkan ibu merasa tertekan, kesakitan dan akhirnya berputus asa untuk menyusukan bayi. Apa yang saya lakukan adalah:
- minta bantuan jururawat/pakar laktasi (semasa di hospital) untuk membantu anda memulakan penyusuan buat pertama kali
- gunakan 'nursing pillow' agar dapat memberi sokongan pada bayi dan ibu semasa menyusu
- sekiranya anda mengalami masalah 'nipple crack' jangan berhenti menyusu, sebelum memulakan penyusuan sapukan susu badan pada nipple yg terluka kerana susu ibu itu sendiri mempunyai anti-bakteria, anti-virus yang mampu menyembuhkan luka atau boleh juga gunakan krim "nipple cream" yang selamat untuk masalah ini seperti jenama Palmer's cocoa butter nursing butter, PureLan 100 jenama Medela dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor ataupun pakar laktasi
Air masak dan makanan pejal untuk bayi bawah 6bulan
Sudah menjadi lumrah rasanya, jika kita berpantang dengan mak atau nenek mereka sudah terbiasa dengan budaya memberi bayi bawah 6bulan dengan air masak & lebih dahsyat dalam pantang lagi sudah campurkan 'nestum' ataupun makanan pejal ke dalam susu bayi.
Bayi baru lahir memiliki saiz perut yang kecil jadi mereka kerap menyusu. Selepas menyusu mereka buang air kecil/besar kemudian lapar kembali. Semua ini lumrah bukan tanda bayi tidak cukup susu. Disamping itu, bayi baru lahir juga gemar dengan kehangatan pelukan ibu. Jadi setiap kali menyusu dia merasa dekat dengan ibunya. Ini merupakan proses penyesuan dari alam rahim ke alam dunia.
Jadi sebenarnya bayi baru lahir tidak perlukan air masak ataupun makanan pejal :)
Stok EBM ibu berkerjaya sewaktu cuti berpantang
Walaupun saya seorang suri rumah, saya pernah praktis "pumping during confinement" anak ke2. Ketika itu saya belum ambil keputusan untuk resign jadi haruslah bersedia untuk buat stok EBM.
Pada pendapat saya, pumping (untuk simpan stok EBM selepas habis cuti) adalah tidak perlu dimulakan awal. Sesi memerah dimulakan awal hanya untuk merangsang pengeluaran susu. Selepas bonding antara bayi dan anda sudah serasi jadi anda sudah boleh memulakan aktiviti memerah bagi tujuan menyimpan stok EBM. Saya mula memerah untuk stok seawal 30hari dalam pantang. Ada yg mula 3minggu. Ikut pada jadual dan perancangan anda. Janganla mula 1minggu sebelum masuk kerja takut tak sempat :)
Mula melatih untuk memerah mengikut jadual anda di pejabat. Saya mulakan dengan pukul 8.00pg (sebelum mula tugas pada pukul 8.30pg), pukul 1.00tengah hari (wajarnya waktu keluar rehat pada tengah hari) & pukul 5.00ptg (sebelum balik kerja pada waktu petang). Mula melatih untuk mematuhi waktu memerah yang lebih kurang sama setiap hari (awal atau lewat 30minit gitu boleh dimaafkan) agar dapat memberi isyarat kepada otak yg kita memerlukan susu yg lebih pada waktu-waktu tersebut. Jadi takda masalah susu tiba-tiba kurang atau sebagainya.
Jika ada kelapangan buat power pumping sebelum waktu subuh kerana waktu itu insya allah hormon pengeluaran susu sedang memuncak. Jadi ambil kesempatan untuk memerah, buat power pumping atau tandem pumping bagi merangsang pengeluaran susu.

Melatih bayi menggunakan botol
Melatih bayi menggunakan botol adalah sesuatu yang tidaklah penting tetapi terpulang kepada pengasuh/babysitter bayi kita. Jika dia biasa menggunakan selain botol susu seperti syringe, cawan, sudu jadi penggunaan botol tidak terlalu mendesak. Selalunya pengasuh memilih untuk menggunakan botol kerana mereka tidak biasa memberi susu kepada bayi menggunakan syringe, cawan dan sebagainya. Selain itu mereka bimbang bayi mudah tersedak.
Jadi di sini penggunaan botol menjadi penting. Jangan terlalu awal membiasakan bayi dengan puting botol. Mengikut pengalaman saya, saya mula melatih bayi saya menggunakan botol seawal 30hari usianya. Saya meminta ibu saya membantu saya memberikan EBM menggunakan botol. Pada awalnya bayi masih tidak pandai menghisap susu menggunakan puting botol. Saya teruskan latihan pada keesokkan harinya. Setiap hari saya tetapkan bayi akan meminum EBM menggunakan botol sebanyak 2kali berselang-seli dengan direct-feeding agar bayi tidak keliru puting.
Begitulah selanjutnya sehingga habis waktu berpantang.

Jangan berhenti mencari ilmu dan jangan berputus-asa
Ilmu ALLAH SWT ini Maha Luas dan tidak pernah habis. Semakin kita mencari semakin terasa kurangnya ilmu. Jadi sentiasa menimba ilmu dengan pelbagai cara seperti menghadiri kelas penyusuan, bertanya kepad orang-orang yg pro-breastfeeding, pakar laktasi, laman web penyusuan dan sebagainya.

Tawakkal, berdoa
Jangan lupa untuk bertawakkal dan berdoa kepada ALLAH SWT agar mempermudahkan urusan kita menyusukan anak kita selama mungkin sekurang-kurangnya 2tahun. Berdoa semoga ALLAH SWT memurahkan rezeki anak kita dan memberikan kita kekuatan...
Happy breastfeeding mommies!

1 sweet persons:
Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
Klik link ni :
http://www.ninimuhammad.com/search/label/7%20petua%20cepat%20bukaan%20pintu%20rahim
Salam kenal dari saya =)
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D