13.6.14

Hot oil treatment / rawatan minyak panas... (part 1)

Bismillah wal hamdulillah... 

Saya mengalami masalah rambut gugur sejak sebelum kahwin lg... memang keturunan/genetik jgkla jenis rambut cpt gugur n ada diantara ahli keluarga terdekat rambut dah botak! sangat ngeri di situ bila baca2 masalah rambut ni ada kaitan dgn penyakit genetik... sy buat xkisah sgt sbb sy mmg jenis rambut tebal yg amat masa zaman single dulu... pastu start gugur sikit demi sikit... pregnant aisya n amira paling kronik rambut sy gugur smpai membawak kepada selepas bersalin bertambah2 gugur... Tetapi masa pregnant ammar rambut jadi cantik, lebat n tak gugur la pulop... hormon kot...pastu skrg ammar da nk masuk 5bln dah start balik rambut gugur dgn kronik... tgk kt cermin dah smpai nmpak kulit kepala... ALLAHURABBI... mintak dijauhkan dgn masalah botak... sy xda duit nak pi Yun Nam Hair Care apa bagai tuh....

Gugel pnya gugel jmpalah beberapa teknik agak murah kalau nk dibandingkan kena buat hair treatment tuh... disamping itu amik supplements utk stabilkan masalah hormon yg tgh berkecamuk selepas bersalin (hormon estrogen tgh menurun dgn dahsyatnya sbb tuh rambut gugur... hormon estrogen (hormon kewanitaan) masa pregnant memberikan memberikan "kecantikkan" kepada kulit, rambut dan sebagainya... sebab itula kot kan rambut tiba2 boleh jadi cantik masa pregnant ammar... eh masa pregnant aisya n amira apsal rambut tetap jgk gugur walaupun pregnant?ermmm... :D ok abaikan... semua kerja ALLAH SWT... btul tak?

Berbalik kepada kaedah hot oil treatment... penat jgk sy gugel sana sini cari infos... sampai rasa nk pecah kepala...haha! padanlah rambut gugur! ekekeke :P fikir kronik sgt...patutnya releks2 shj cukup... pelan2 org kata... tp sy takut botak sbb tuh beriya bebenar siang malam cari infos... nasib baik beli buku "New Vitamin Bible" adalah cerita mengenai healthy skin dan healthy hair... supplements apa boleh ambil... kita cerita mengenai hot oil treatment dulu then kita cerita mengenai vitamin n minerals diperlukan utk rambut yg sihat...

Kenali masalah rambut anda

Saya mengalami masalah "shedding hair" iaitu di mana rambut telah gugur daripada akarnya sendiri. Jika anda mendapati hujung rambut gugur ada terdapat "mentol" berwarna putih jadi sahla anda menghadapi masalah "shedding hair". Walaubagaimanapun adalah normal untuk mengalami keguguran rambut sekitar 50-100helaian setiap hari. Ini menunjukkan rambut sedang mengalami fasa pertukaran rambut yg telah tua kepada rambut baru dan muda.

Rawatan di rumah yg mudah untuk masalah "shedding hair"

Saya telah menjumpai beberapa treatment mudah dirumah untuk masalah ini. Jadi sy ambil keputusan utk menggabungkannya dgn ramuan "hot oil treatment" sy nanti... Iaitu sy menggunakan ramuan garlic/bawang putih. Apa yg sy buat adalah sy "marinating" 8-10hirisan bawang putih ke dalam minyak pilihan sy iaitu minyak zaitun (olive oil), minyak kelapa dara (virgin coconut oil), minyak bijan (sesame oil), minyak badam (almond oil) selama 48jam lebih kurang 2hari...

Kenapa garlic/bawang putih?


Walaupun bawang putih sgt busuk tp sedap baunya bila ditumis kan?sebenarnya bawang putih ada 1001 rahsia dan khasiat tersembunyi... org cina suka sgt masak letak bawang putih termasuklah khasiat pada rambut. Antara khasiat garlic/bawang putih pada rambut adalah:
  • Melancarkan peredaran darah pada kulit kepala serta mengembalikan bentuk asal rambut daripada masalah2 seperti keguguran rambut, kelemumur, rambut kusam, rambut pecah dihujung dan sebagainya. Bawang putih jg mampu memberi kekuatan kepada folikel dan akar rambut untuk mengelakkan rambut cpt dan mudah gugur sebelum waktunya.
  •  Bawang putih jg membantu menyingkirkan toksin berlebihan pada kulit kepala akibat daripada penggunaan alat2/bahan2 pencuci rambut, pewarna rambut dan sebagainya
  • Bawang putih kaya dengan zinc & copper: Copper dan zinc adalah minerals yg sgt penting dalam merawat masalah rambut terutamanya masalah rambut gugur. Zinc dan copper mestilah diambil dan digunakan bersama2 kerana zinc berperanan penting dalam mengawal paras toxicity copper.
  • Bawang putih kaya dengan sulfur & vitamin B: sulfur merupakan mineral asas yg terdapat dalam rambut, kuku dan kulit. Antara gejala kekurangan sulfur dalam tubuh adalah kita akn alami masalah keguguran rambut, rambut bermasalah, kuku menjadi rapuh, kulit kering dan sebagainya. Sulfur yg terdapat dalam garlic mampu merawat masalah kulit disamping dapat melancarkan peredaran darah pada kulit kepala dan mampu menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Sulfur jg boleh meningkatkan kadar metabolisme bersama2 dgn vitamin B yg menggalakkan pertumbuhan rambut sihat dan di dalam bawang putih juga mmg kaya dgn 2unsur ini iaitu sulfur dan vitamin B!
  • Bawang putih kaya dengan vitamin C & iron: Adakah anda tahu bawang putih mengandungi lebih dari separuh jumlah vitamin c yg terdapa pada 1biji buah oren?bawang putih yg kaya dgn sumber vitamin c adalah sgt bagus utk merawat masalah rambut gugur. Badan menggunakan vitamin c untuk menghasilkan semula kolagen yg hilang. Vitamin c juga meningkatkan kadar penyerapan iron daripada pengambilan makanan setiap hari. Di dalam bawang putih juga terdapat iron yg berfungsi sebagai pembawa bekalan oksigen kepada rambut dan menjadikan folikel rambut mendapat cukup bekalan oksigen. Masalah keguguran rambut sangat berkaitrapat dgn kekurangan iron/masalah anemia. 
Alamak macam dah tersangat panjang ja entri nk cerita pasai hot oil treatment... dah melalut kepada proses2 lain sebelum bermulanya proses hot oil treatment sy nehs... eh tp mmg siyes sukar jgk nk mencari barang2 yg sesuai dan harga boleh tahan terutamanya utk nk cari essential oil yg bermutu tinggi... kita sambung kepada part 2...

Sumber: TheSizzlingMommy.com; HealWithFood.org

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D