29.12.13

Vitamin untuk kulit berjerawat dan berparut...

Bismillah wal hamdulillah...

Selamat berhujung minggu semua... hari ni saya nk share mengenai kulit kerana sejak akhir-akhir ini ramai yg sgt prihatin dgn masalah kulit mereka terutamanya kulit wajah. Ada yg mengalami masalah jerawat dan berparut, ada yg ada masalah jeragat, ada yg mempunyai masalah kulit kusam dan macam-macam lagi...

Soalan yang acapkali diajukan...

Q: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Saya tercari-cari produk dan vitamin yang membantu kesihatan kulit saya.



A: Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Adakalanya penggunaan krim kecantikan, losyen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman akibat kekurangan sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan seimbang dan mengelakkan makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan proses pemulihan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu agar kulit menjadi lebih remaja. Air penting untuk melembabkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dalam badan. Pada masa yang sama memudahkan proses penyerapan nutriens ke dalam tubuh. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan akan berlaku dengan lebih efisien serta membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan serta mengurangkan kerosakkan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan vitamin E. 

Vitamin A - pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

Vitamin C - pembentukkan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya

Vitamin E - memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakkan sel-sel kulit akibat radikal bebas.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikkan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak ini diperlukan untuk menguatkan dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan daran dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma Linolenic Acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunya paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis. 

Dari artikel di atas dapatlah kita simpulkan bahawa nutrien-nutrein ini dapat membantu masalah kulit seperti berikut:

1- Rendah indeks glisemik
2- Vitamin A
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Asid lemak omega-3
6- Asid lemak omega-6
7- Gamma linolic Acid (GLA)

Produk-produk SHAKLEE yang disarankan seperti saranan-saranan berdarsarkan beberapa kajian adalah seperti berikut:

ESP - Rendah indeks glisemik

Vitamin A

Vitamin C

Vitamin E
Omega-6 - Gamma Linolic Acid

Omega-3 - fish oil with DHA
Credited: SihatComelCeria

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D