1.7.13

Mesti ada panduan dan rujukan hidup...

Bismillah wal hamdulillah...

Terbaca kt blog abg bin dan kak ngah suzana mengenai 1hadith yg boleh dijadikan rujukan dan muhasabah diri bersama.... hadith ini bermaksud:


Sy rasa selalu je dgr org dok sebut...

"Sy ni mulut je jahat tp hati baek..."

Dan seumpamanya... org kata mulut cam puaka tp ilmu atau iman tinggi... bukan shj hadith ini menafikan kata2 n ckp2 org yg bukan siapa2 itu tp dlm ayat al-quran jelas membicarakan soal kepentingan menjaga pertuturan ini... Bukan boleh dipandang enteng...

Allah SWT telah berfirman:
“Tiada satu kata pun yang diucapkan (manusia) melainkan di depannya (dicatat)
oleh Malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf: 18)

Hendaklah setiap muslim dapat menjaga lidahnya agar sentiasa terpelihara daripada gangguan syaitan. Barang siapa mudah melepas lidah seenaknya, (sewenangwenangnya) tanpa dikendali dengan betul, maka lidahnya akan menjadi tempat lalu-lalang syaitan dalam segala keadaan.

Hadith daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA mengatakan bahawa dirinya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana supaya selamat? (yakni terhindar daripada azab). Baginda menjawab: Engkau harus dapat menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu!”

Hadith daripada Syaqiq mengatakan bahawa; Abdullah (bin ‘Umar bin Abdullah (bin ‘Umar bin Al-Khattab) RA setelah bertalbiyah di Shafa, ia lalu berucap: 
“Hai lidah, berbicaralah yang baikbaik, engkau pasti beruntung. Bila diam engkau selamat sebelum
menyesal.” Sahabat-sahabatnya bertanya: Hai Abdullah, yang engkau ucapkan itu kata-katamu sendiri ataukah engkau orang lain?” Abdullah menyahut: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Sebahagian besar kesalahan anak Adam terletak pada lidahnya.”

Hadith daripada ‘Abdullah bin Mas’ud mengatakan “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Ya Rasulullah, amal perbuatan apakah yang paling afdal? Baginda menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Apa lagi ya Rasulullah? Baginda menjawab: Membuat orang lain selamat daripada gangguan lidahmu!”

Tgklah betapa byk hadith2 dan ayat al-quran menegaskan ttg kepentingan menjaga pertuturan dan lidah... jadi xpyh nk bangga sgt dpt tegur org secara 'sound direct' dgn menjatuhkan air muka dia dikhalayak ramai... bangga kononnya da dpt sedarkan dia... shame on you... diri sndiri pun xbetul bajet betul n bangga dpt tegur org secara 'laser'... dlm islam pun ada ajar cara nk beri nasihat n tegur-menegur... agar tidak memutuskan silaturahim... mmg kita semua ni xsempurna... tp tolonglah jg hubungan kita dgn manusia dan tentunya dgn allah swt jua... 

Jgn pula ada yg ckp apa2 yg sy tulis kt sini TAK PRAKTIKAL kononnya sbb sy da datangkan dgn dalil2 jelas dari al-quran dan hadith... masih tak praktikal lg??? sudah pandai nk mempertikaikan apa yg allah swt firmankan dan rasulullah saw sabdakan??? muhasabah diri masing2 oit... kita ni agama apa?percaya n mengimani apa?cek balik rukun islam n rukun iman.... SIAPA KITA NK PERTIKAIKAN APA YG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN DAN RASULULLAH SAW AJARKAN??? 

 

2 sweet persons:

nik ros said...

btol la. tak boleh guna ayat mulut jea jahat tapi hati baik coz semua bermula dari hati.kalau hati baik so mulut pun harus la keluarkan perkataan baik2 kan.

Faizah^Ramli said...

@nik ros

Btul nik...kkdg org nk bajet apa yg dia ckp btul gitu la...konon2 nk tego bg org sedar...tp cara pun xbtul...diri sndiri kena btulkan dulu...barula kena...

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D