Bismillah wal hamdulillah...
Malam td berbincang secara ilmiah dgn en.abg mengenai kes pencerobahan di Lahad Datu Sabah sejurus menerima 1masej dari sahabat lama ygs sdg mengajar di Kota Kinabalu Sabah... ni masej beliau...
En.abg kata semua ni ada kaitan dgn sejarah... cer cek blk so dgn gigih mlm td xtdoq sbb amira demam...asik monitor suhu dia je...smptla gugel beberapa infos...
Sultan Jamalul Kiram III (yang
kononnya adalah Sultan Sulu) berkata: "Mengapa kita perlu meninggalkan
rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa
(kepada kita),
"Pengikut kami akan tinggal di
(bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke
Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya.
Salasilah Sabah di bawah Kesultanan Sulu
Sebelum
abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa
kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada
tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan
perdagangan antara kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu.
Kesultanan
Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan
Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan
Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan
pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai
ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah
(bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.
British mula bertapak keatas
Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat
perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan
Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak
kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama
pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan
syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut
akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.
Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika
iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $
9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan Brunei. Tidak lama
kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di
Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
Akibat menghadapi masalah
kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron
Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang bekerjasama dengan
saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck
telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah
selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun.
Penyerahan Sabah oleh Sultan Sulu kepada British
Pada tahun 1878 pula, Overbeck
telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah
hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan
sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun.
Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu
terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu
beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British
sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU
MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British
Selain tertipu, Sultan Sulu juga
menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak
tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan
ubat bedil.
Sehingga kini, Sabah masih
membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat
klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya
berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan
bulan”
British walaubagaimanapun
mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent
mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan
daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk
memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang
boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa
Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent.
Pada tahun 1888, Borneo Utara di
letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan
memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British.
86 tahun kemudian, pembentukan
Malaysia sebagai sebuah negara baru diisytiharkan di Padang Merdeka.
Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat,walaupun terdapat
tuntutan tidak sah Filipina ke atas Sabah.
Siapa Sultan Sulu sebenarnya?
Sejak Sultan Jamalul Kiram II
meninggal dunia pada 7 Jun 1936, semakin ramai yang membuat tuntutan
bahawa mereka merupakan pewaris kesultanan Sulu. Masing-masing mereka
memiliki keyakinan bahawa mereka pewaris Sultan menyebabkan kini
terdapat lebih 300 orang di Filipina mendakwa diri mereka merupakan
sultan Sulu yang sebenar.
Di Sabah sendiri, setakat ini,
terdapat tiga individu yang mengaku bahawa mereka layak ditabalkan
sebagai Sultan Sulu. Malah pada 2 Februari 2012, seorang lagi menabalkan
dirinya sebagai Sultan Sulu dalam satu majlis di Kampung Likas.
Banyak persoalan yang timbul
mengenai keabsahan perisytiharan itu. Persoalannya,bagaimana seseorang
yang menjadi warganegara Malaysia boleh diisytiharkan sebagai Sultan
Sulu ke-33 dan menubuhkan pula kerajaan Sulu dalam buangan di Sabah.
Sultan Esmail Kiram II dan Sultan
Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak
kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak
kepada Sultan Mawallil Wasit.
Realiti yang sebenarnya adalah
nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa
Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit
dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar,
seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya
hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit.
Selepas kematian Sultan Punjungan
Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III
telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu.
Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di
Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail
Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan
Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara
Filipina.
Sementara Sultan Esmail Kiram II
inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang
Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak
diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi
sebanyak USD 10 Bilion kepadanya
Sumber: xlupa,
2 sweet persons:
Hopefully keadaan will getting better. Risau kat family in law yang ramai dekat Lahad Datu & Semporna. Cuma harap orang-orang besar ni ketepikan dulu hal politik. Selesaikan apa yang patut. Sekarang ni nak balik sana pun dah rasa x selamat. Macam nak pergi negara perang pulak, dah bukan macam negara sendiri. Sedih.
Takut kan kak.. Mcm2 pulak..xtau nak pcaya mana..semoga semuanya kembali sedia kala :)
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D