Bismillah wal hamdulillah...
Siapa KIRAM? huhu... sy meneruskan misi pencarian sy mengenai kesultanan sulu... siapa mereka ini sbnrnya due to pencerobohan mereka ke atas kedaulatan malaysia tanah air tercinta... mmg marah! negara mana pun akan marah jika kesucian tanah air mereka dicerobohi dan rakyat serta pejuang tanah air terkorban???
Tetapi...
Asalnya kesultanan sulu dan malaysia kedua2nya beragama ISLAM... kenapa kita perlu bersengketa?? itu membuatkan hati sy bertmbh2 dirobek... apakah yg tidak kena sbnrnya?apa yg ada disebalik semua persengketaan ini? maka sy jumpa fakta ini...
Laporan di atas
begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa
di belakangnya itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang
meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka
teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi
oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak
dapat dipastikan.
Sebenarnya banyak
pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM?
Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan
Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad
Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah di atas.
Dari Jamalul
Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang
kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II
(1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika
Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh
rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat
oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika
Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif
Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.
Sultan Kiram
terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh
muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600
orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan
arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA
yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan
dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah
berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka
Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana
ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam
akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju
ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh
Amerika atas restu Sultan KIRAM.
Tahukah anda
bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak
para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi
kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar
MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU
secara hakiki (Independen)?
Sumber: Kesultanan SULU
Sumber: Kesultanan SULU
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D