2.11.12

Zaman sekarang...

Bismillah wal hamdulillah... 

Da agak lama xfollow perkembangan filem tanah air... last follow ceta Ombak Rindu kot...hehe :) pastu skrg tgk byk sgt filem2 baru tumbuh bagai cendawan slps hujan (aisehhh) tp xamik port sgt... cuma td tgk disebalik tabir filem lakonan Lisa Surihani, Tomok yakni Istanbul Aku Datang kot... Sy adalah sgt meminati Lisa Surihani sbb dia sgtlah cantekkkk... mcm patung barbie... cute ssgt... i loikee... ^_^ 

Eh sbnrnya bkn nk cerita pasai pelakon tp nk cerita pasai filem zaman skrg... kkdg tgk dia pnya trailer ke apa tuh mcm terfikir...apakah yg nk disampaikan??? cara hidup? atau sekadar hiburan semata2? xde masej utk mengajak penonton buat kebaikkan?ada tak yg menginsafkan? ada tuh adala sket2 tp pd sy byk kepada hiburan shj...ada pun moral value tuh mebi dlm 20%-30% je kot... ini pendapat peribadi la ye... terpulang kpd yg menonton yg menilai... sbb tuh yg membuat filem kena fikir dari pelbagai aspek kerna yg menonton adalah dari pelbagai lapisan masyarat... n apa peranan industri perfileman tanah air?bg sy besar impaknya...dlm mendidik jiwa dan minda masyarakat malaysia khususnya dan dunia amnya... kalu tersalah bikin filem, blh bawak dosa berpanjangan pula... mungkin ada yg ikut contoh yg xelok yg dipaparkan dlm filem?mungkin jgk kan?

Terbaca blog seniwati tersohor tanah air yakni Dato' Sarimah Ahmad mengenai industri perfileman tanah air... katanya filem tanah air skrg kekurangan masej yg baek yg disampaikan membuatkan filem itu menjadi kurang berkualiti... tidak seperti pd zaman kegemilangan Tan Sri P. Ramlee dahulu... yela mungkin akn ada yg cakap zaman da berubah sgala, tp filem zaman Tan Sri P.Ramlee ever green nmpak hidup n langsung xjemu utk ditonton sampai skrg... :) 

Tak salah berhibur tp biar kena pd caranya... kalu terlalu seronoh n penuh dgn hiburan je hidup kita ni tanpa kita 'bagi makan' rohani kita dgn santapan rohani yg sepatutnya jiwa kita boleh mati... bagaimana tanda2nya jiwa itu mati?

Menurut Sheikh Ibrahim Adham antara tanda2 hati sudah mati adalah:

1- Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2- Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4- Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7- Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Matinya hati adalah kerana 3perkara iaitu:

1- Hubbul dunia (kasihkan dunia) - hiburan, harta semua bersifat sementara
2- Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) - berseronok je 
3- Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Credit: Dato' Sarimah Ahmad


 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D