27.10.12

Swiss roll yg tiada berkesudahan... (2nd recepies)

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! again n again... sbnrnya 1-2hari b4 aidiladha ada buat eksperimen sket pasai resipi swiss roll terbaek yg lembut, gebu n yg pntg tak pecah bila digulung! so td da success dah... alhamdulillah syukur ke hadrat ILLAHI... hehe ;) akhirnya sy ketemu jgk recipes terbaek! (bg sy la... eceli depends pada teknik n pe'el oven sndiri jgk...so kena amik kira sume aspek)

2nd recipes adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

70g tepung gandum (tepung superfine)
1 sudu besar tepung susu
3 biji telur gred A/B
60g gula kastor
60ml minyak masak/minyak sayuran
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil ovellet 
Pewarna ikut kesukaan

Cara-cara:-

1- Preheat oven 170c-180c. Alaskan loyang 10' x 10' dgn baking paper pastu griskan
2- Satukan semua bahan di atas kecuali minyak di dalam mangkuk adunan kemudian putar sehingga gebush... (amik masa dlm 10minit jgk) sehingga betul2 ringan, gebu, fluffy sgala lah! :D
3- Setelah dipastikan kegebuannya, tuangkan minyak masak/sayuran sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik dgn spatula/senduk kayu
4- If nak buat corak2 dgn warna2 berbeza sendukkanlah 1sudu besar utk setiap warna dan warnakan. Selepas itu lakarkan corak di atas dulang. Kemudian bakar sebentar selama lbh krg 1minit utk mengeraskan motif/corak yg anda lakarkan di atas dulang swiss roll td
5- Kemudian baru tuangkan baki adunan ke atas motif setelah dikeluarkan daripada oven selama 1minit.
6- Kemudian bakarlah adunan selama lbh krg 20minit (ikut pada pe'el oven masing2) dgn api atas bawah. Sy pulak sbb guna oven gas masa utk membakar amik masa dlm 20-30minit jgk sbb api bawah je yg ada...sob3... harus bli oven len pasneh...
7- Setelah dipastikan kek telah masak (pastikan permukaan kek sedikit kuning keperangan) keluarkan dari oven dan terbalikkan atas birai. Sejukkan seketika. 
8- Semasa menggulung swiss roll anda, pastikan keadaan kek tidak terlalu panas n sejuk krn dikhuatiri kek akn merekah. Jika menggunakan filling jem anda boleh menyapu jem ke atas permukaan kek dlm keadaan panas tp jika menggunakan filling cream cheese/buttercream/fresh cream sila pastikan keadaan kek sedikit sejuk utk mengelakkan cream cheese/buttercream/freshcream menjadi cair.
9- Gulung kek dgn kemas
10- Masukkan ke dlm peti sejuk dahulu lbh krg 1jam sebelum dihidangkan.

Swiss roll strawberi flavor filling cream cheese tempahan kak arnie a.rashid... thanks sudi tempah... ^_^


 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D