24.10.12

Strawberry swiss roll...

Bismillah wal hamdulillah...

Agak malas nk update blog 1-2hari nehs... adoi... byk menda nk update... xpala skit2... masa p demo class chef alex goh arituh dia ada tunjuk resepi plg simple n mudah utk buat swiss roll...since dlm peti ais ada lebihan cream cheese buat cupcakes pelangi arituh sy buatla kemarin dgn aisya... anak2 pun behave je so leh berbaking sat... :D

Sbnrnya resepi swiss roll ni method dia sama dgn kek caramel cuma xdak caramel la...keknya haruslah ringan mcm kek caramel... yakni kena ada bahagian utk buat meringue tersebut... haish bebel2 pulak... moh ler kita tgk cara2nya... senang ja n sgt sedappp... sy buat filling cream cheese sbb dah ada cream cheese yg xabes tuh... pasneh leh try filling buttercream pulak... sedap ke tak...

Eceli amik resepi kt Citarasawan...mcm2 jenis n design swiss roll ada... cari je... mmg best n menguirkan bila tgk... :)

Resepi Strawberry Swiss Roll Cream Cheese Filling

Bahan A

3 biji kuning telur
74g gula castor
50ml air
40ml minyak jagung/minyak masak
80g tepung gandum (sy guna tepung superfine)
1sudu teh esen vanila

Bahan B

3biji telur putih
2sudu teh gula castor
1/8 sudu teh cream tartar

Bahan C

Buah strawberi secukupnya (xletak sy ganti dgn strawberi emulco)
Pewarna pink (corak strawberi) perwarna hijau (corak daun)
Coklat emulco (buat corak bintik2 kt buah strawberi)
Loyang 10 x 10'

Cara-cara:

1-Pukul bahan B sehingga meringue. Ketepikan
2- Pukul kuning telur dan gula hingga kembang. Diikuti dgn minyak, air, esen vanila dan tepung. Pukul dgn kelajuan tinggi hingga adunan kembang, gebu.
3- Kaup balikkan dgn adunan B
4- Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan tambah pewarna pink dan 2sudu besar tambah pewarna hijau. Masukkan kedua2 ke dlm piping bag kecil dan lukis bentuk buah strawberi
5- Setelah siap melakar corak strawberi masukkan sebentar di dalam oven anggaran 1-2minit utk mengeraskan corak
6- Tuang adunan baki ke atas motif strawberi tadi dan ratakan dgn spatula.
7- Bakar dgn suhu 170c selama 10-15minit
8- Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 10minit dan terbalikkan ke atas kertas minyak yg lbh besar
9- Lapik sehelai lagi kertas minyak ke atas motif strawberi dan terbalikkan. Sapu rata krim/cream cheese ke atas lapisan yg kosong. Letak buah strawberi jika mahu. Kemudian gulung perlahan-lahan.
10- Simpan dalam peti ais sblm dipotong n dimakan



 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D