Bismillah wal hamdulillah...
Ini adalah reminder diri sndiri terutamanya...slalu sgt lupa, alpa nk kalut sume ada la... sy mmg sgt kalut orgnya...nk siap cpt atau gabra tahap gaban! tuh blom berselisih dgn org yg digosipkan dgn kita zaman skola n U dulu... rasa nk jatuh bergolek saja... kah kah ka :)) ok fine da tersasar jauh...
Ni reminder pasai membaking la...3-4kali gakla swissroll guwe masuk tong sampah takpun paksa en.abg habeskan sbb dia ckp "sedap je walaupun pecah...masuk perut jgk...mkn je la..apa masalahnya" haha! nk juai kt org kot takkan nk bg yg hancur...agak2 la sayang oit... haih... lelaki gitu la...
Make sure sume ni ye sblm memulakan proses membaking:
1) Baca n fahami resepi btul2 dan sediakan bahan2 yg diperlukan
2) Tanamkan sifat "buat yg betul" haha! ini yg sy slalu buat yakni DERHAKA~! jgn sesekali derhaka pada resepi ye...dari segi bahan n sukatan kelak akn tahu akibatnya...dahla rugi bahan, buang masa sgala... hamekk! ai la tuh yg slalu buat T__T sebolahnya try utk stick pada resepi ye
3) Jgn membuat aktiviti lain ketika mengadun resepi. Tidak kira sekecil mana gangguan ia boleh menyebabkan berlakunya kesilapan. Again... sy la tuh... nk gak baking di siang hari...siang hari mana leh elak gangguan...wakakaka!
4) Gunakan alatan yg elok tersedia seperti mangkuk, spatula, cawan, sudu, pengukur, scala sgala. Jgn time nk buat baru nk mencari sana-sini. Again mcm cik mek faizah~! seeloknya sume perkakasan da siap basuh sume n dikeringkan
5) Gunakan acuan saiz
yang sesuai, seperti di dalam resepi. Jika acuan ditukar, suhu membakar
dan masa juga sepatutnya ditukar. Acuan yang besar dan dalam memerlukan
suhu yang tinggi manakala acuan yang kecil dan rendah memerlukan suhu
yang kurang. Letakkan acuan di tengah-tengah ketuhar. Jangan letakkan
acuan di atas acuan yang lain dan jangan penuhkan oven dengan acuan (ini
akan membuatkan pembakaran tidak sekata).
6) Gunakan bahan yang
berkualiti dan kumpulkan bahan sebelum mula. Bahan berkualiti memberikan
hasil berkualiti. Pastikan bahan segar dan berkualiti terbaik. Ini penah dipesan oleh chef alex goh, kalu nk sedap kenala bli bahan berkualiti... kalu nk murah bleh je tp xsedap la... haha!
7) Ukur kuantiti dengan
tepat. Ini adalah wajib untuk membakar kek. Kesilapan mengukur adalah
salah satu penyebab utama kegagalan membakar kek. Walaupun menggunakan
bahan berkualiti terbaik, tetapi jika tidak mengukur dengan tepat,
resepi tidak akan berhasil seperti sepatutnya.
- Mengukur cecair: Guna cawan pengukur kaca. Ia membolehkan anda melihat tahap cecair yang diukur. Cawan pengukur mempunyai sedikit ruang tambahan untuk membolehkan anda mengukur tanpa cecair tumpah. Periksa ukuran pada tahap mata
- Mengukur bahan kering: Guna cawan pengukur. Perlahan-lahan ceduk bahan kering dan ratakan dengan spatula. Gunakan kaedah yang sama juga untuk pengukur sudu. Tepung tidak wajib ditapis, kecuali jika ditentukan pada resepi.
8) Setiap resepi memerlukan cara berbeza untuk mengadun. Ikut arahan pada resepi
9) Guna suhu yang betul
pada ketuhar. Jangan naikkan suhu ketuhar kerana mahu mempercepatkan
masa memasak. Letakkan rak sebelum memanaskan ketuhar. Jika resepi
memerlukan ketuhar yang telah dipanaskan, makan panaskan dulu ketuhar
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum memasukkan adunan. Jangan buka pintu
ketuhar ketika kek sedang dibakar, ini akan membuatkan kek ”turun”. Kek
yang dibakar dalam ketuhar yang tidak dipanaskan juga akan rosak kerana
kek akan ”naik” terlalu cepat dan ”turun” apabila ketuhar memanas.
Cita-cita nk berbaking n berseronok di dapur dgn aisya n amira...my little angles! |
0 sweet persons:
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D