Bismillah wal hamdulillah...
Ni bkn kuning BERSIH tuh ye... huhu... ni berkaitan dgn penyakit kuning aka jaundice yg dialami oleh baby2 br lahir... masa aisya dulu kena admit ward jgk tp once reading jaundice dia turun terus je turun... amira humaira ni pulak sy xbajet pun reading jaundice dia leh naek turun cenggitu... doctors said, baby yg more than 3kgs mudah turun kuning berbanding baby yg beratnya less than 3kgs... tp tidak semestinya ye... so sangkaan sy meleset pada baby amira... reading jaundicenya adalah sgt tinggi pada hari ke3 kelahiran smpai mencecah 17.8 n trus kena admit... kena rawatan double foto... 4hari kt NICU ha... byk rupanya menda yg sy xtau pasai jaundice... hari ke4 discaj ok lg... tiba2 naek blk reading jaundice dari 11 kepada 13 pastu jadi 14.4 pastu smlm pnya reading naek mencanak trus kepada 17 blk... mmg nanges je la umminya nehs... apa yg xkena dgn anak aku nehs... baby bila umo dia cecah 2weeks suppose jaundice akn berkurangan ni apa kes pulak naek? kebetulan tok kenal dgn seorg paed kt HTF so dia advice soh p cek lg jaundice arini... xhenti2 berdoa pada mlmnya dgn harapan reading jaundice turun walaupun skit... Maha Kuasa Allah yg menentukan, dat nite mmg sy xtdo sbb nk pastikan baby amira breastfeed sekerap mungkin sy xhenti2 berdoa smbil mendakap erat baby amira... mg baby amira mengerti perasaan ummi n mungkin dgn cara ini badan dia ada kekuatan utk melawan penyakit...
Moh review sket apakah itu jaundice...
Jaundice – tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih
pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih
kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap
jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat dan akan beransur
hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah
tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang
melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu.
Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah
satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa
untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin
dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi.
Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah
pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi
baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan
bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau
jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan
ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.
Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. adalah
dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh
disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang
najis dgn cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu! Bukan susu
kambing, air masak atau susu formula
Sila maklum, ada beberapa sebab bayi mengalami kuning agak lama:
* Bayi lahir pra-matang
* Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari
ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah
merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di
dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
* Bayi mengalami breastmilk jaundice – sy rasa ni yg saya alami skrg.
* Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.
* Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dgn baik.
* Bayi mempunyai penyakit hati (jarang berlaku)
Saya pantau lagi keadaan ian. Namun, selepas 3 minggu muka &
matanya masih kekuningan. Saya dan suami bawa ian ke doktor yg sama utk
further test. Tapi, dalam hati seorang ibu, instinct saya mengatakan ian
hanya mengalami breast milk jaundice.
Golden rule:
* Kuning berlanjutan selepas 2 minggu utk full term baby dan 21 hari utk premature baby, this case should be investigated.
* Air kencing bayi menunjukkan warna yang tidak sepatutnya – ini harus di ambil perhatian dan tidak kira pada bila umur harinya.
Alhamdulillah... pg tadi reading jaundice turun skit yakni 16.5 dari 17... walaupun skit ummi bersyukur ada perubahan... jmpa MO n MO said no need to be warded again since umo baby da more than 2weeks... rawatan foto da xberkesan pada baby umo lbh dari 2weeks... ok baru sy tau 1fakta baru... rawatan foto hnya berfungsi pada baby berumo kurang dari 2weeks rupanya... so nk warded buat apa just kena pantau jaundicenya jgn bg tinggi sgt... sbg ibu kena pastikan baby amira breastfeed sekerap mungkin, pastikan dia aktif, warna stool yg normal... alhamdulillah so far sume baek2 shj... xdak apa yg perlu dirisaukan... baby amira sgt aktif...xdakla tdoq je memanjang...even mlmnya kurang tdo siang pun dia xdakla memuta ja... dia bgn bila lapar yakni every 2hours... kira normal la... nanges pun kuat xdakla mandom ja...
APA ITU BREAST MILK JAUNDICE?
1- 2% bayi yang menyusu dgn ibunya secara eksklusif akan
mengalaminya. Ini mungkin disebabkan terdapat substance yang terhasil di
dalam susu ibunya yang akan menyebabkan level bilirubin meningkat.
tidak ada siapa yang boleh mengesahkan kandungan apa yang menyebabkan
kes breastmilk jaundice, tetapi ada kandungannya yang menyerap semula
bilirubin atau mengurangkan liver processes of bilirubin.
Tp alhamdulillah, paed n MO kt HTF xdak advice soh stop breastfeed gantikan dgn formula milk... mmg kuning lmbt turun/naek turun disebabkan oleh susu ibu tp reading jaundice itu akn turun jgk sndiri... cuma kena breastfeed n byk2 bersabar... bayi baru lahir hnya memerlukan susu ibu... itu shj yg terbaek utk dia skrg... mmg xleh digantikan dgn menda laen seperti susu formula ataupun air masak... perlu diingatkan...
Sy hampir2 putus asa nk bg baby amira FM dah... alhamdulillah byk tnya org n baca mematikan hasrat itu... btul, xdak apa yg sesuai utk diminum skrg oleh baby baru lahir kecuali susu ibu... :)
Baby amira humaira... mg anak ummi cpt2 sembuh na...ameen
2 sweet persons:
insyaAllah jaundice baby amira takde ape yg serius, lagipun dia aktif je kan? Allah saja nak menduga je la tu, nak tgk kite cepat putus asa ke x.. saya doakan baby amira cepat2 bebas dari jaundice and membesar dengan sihat and jayanya. Aminnn. :)
@thisisfarhana
Thanks farhana 4 ur du'a... harap2 she will be ok soon...ameen
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D