25.7.11

Resepi Oat...

Bismillah wal hamdulillah...

Sapa suka Oat angkat tgn~~!!! huhu...sy xsuka sbb rasa dia xsedap tp kebaikkannya?? mmg byk utk kesihatan kita khususnya... bleh dijadikan menu utama bg mereka yg nak turunkan berat badan (macam ai ler...da overweight... insaf2...) Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus. Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Byk btol kebaekkan oat neh... bleh gantikan oat dgn nasi yg kita ambil seharian jadi bolehla turunkan berat badan... (sedang menasihatkan diri sndiri...) cuma nk telan oat tuh seketoi2 tuh seksa la skit... slalu amik oat nesvita yg berbentuk minuman 3 in 1 tuh... sy rasa nk wat main meal la pulak oat tuh ok ke? try sbg menu santapan di bln ramadhan... en.abg la pulak kot nak nasi... xpala...kena masak 2menu la...hihi :P sy jmpa beberapa resepi menarek dicuba yg menggunakan oat sbg asas... mari!
Nasi Goreng Seri Quaker

Bahan-bahan:
  • 3 mangkuk nasi
  • 1 cawan Quaker Oat Quick Cook
  • 100 gram ayam yang dipotong kecil
  • ¼ sudu teh Garam
  • ¼ sudu teh serbuk kunyit
  • ¼ sudu teh serbuk cili
  • 2 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah yang ditumbuk
  • 1 sudu besar the serbuk belacan
  • 1 tangkai daun bawang dan daun sup
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk sayur campur
Hiasan:
  • Salad
  • Tomato
  • Timun 
Cara penyediaan:
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga rangup dan keemasan.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit serbuk belacan bersama oat ke dalam kuali.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, sayur campur dan nasi.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali
  6. Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.
  7. Angkat dan taburkan daun bawang, daun sup di atas nasi.
  8. Hiaskan dengan salad, tomato dan timun.
Ayam Goreng Berempah Oat

Bahan-bahan A  :
  • 600 gram daging ayam,dipotong kecil berukuran 6cm 
  • 1 cawan Quaker Oat Cepat Dimasak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam 
  • 1/3 susu cair
  • 500 ml minyak
  • Salad
  • Timun
  • 1 biji Tomato (hiasan)
Bahan-bahan B   :
  • 3 batang Serai (dikisar)
  • 5 tangkai Cili Kering (dikisar)
  • 2 biji Cili Merah (dikisar)
  • 10 cm Halia (di kisar)
  • 3 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 3 ulas Bawang Merah (dikisar)
  • 3 biji Badam (direndam)
  • 3 biji Kurma(dicincang)
  • 1 biji telur
Cara:
  1. Gaul ayam bersama kunyit, serbuk cili dan garam. Celup di dalam telur. Angkat. Kemudian celup di dalam oat.
  2. Goreng ayam tersebut sehingga rangup dan bertukar warna keemasan.
  3. Angkat dan kemudian toskan.
  4. Tumis kesemua bahan B hingga betul- betul masak. Masukkan sedikit susu cair dan garam.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Kacau sebati
  6. Angkat dan hidangkan.
Ayam Quaker Masak Masam Manis

Bahan-bahan: 
  • 500 gram daging ayam tanpa tulang
  • 1 cawan Quaker Oats Cepat Dimasak
  • ½ cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Lada sulah mengikut rasa
  • 1 biji telur yang telah dipukul
  • 2 sudu teh sos ikan
  • Minyak masak
  • Daun kari
  • 5 sudu teh sos cili Thai
  • 1 sudu teh jus lemon
Hiasan:
  • 2 ulas daun bawang
  • 1 tangkai daun ketumbar - dipotong halus
  • 5 biji cili padi - dipotong halus
  • 1 biji lobak merah - dipotong halus
  • ½ biji buah oren- dipotong nipis
  • 1 sudu besar bijan
Cara penyediaan:
  1. Gaulkan Quaker Oats Cepat Dimasak dan tepung gandum di dalam mangkuk.
  2. Potong ayam sepanjang 1/2 cm dan perap ayam dengan lada hitam, secubit garam dan sos ikan. Masukkan telur dan gaul sehingga sebati.
  3. Celupkan ayam ke dalam campuran oat dan tepung gandum.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga masak.
  5. Masukkan ayam, lobak merah, daun bawang, daun ketumbar, bijan & cili padi ke dalam mangkuk.
  6. Hiaskan dengan buah oren.
  7. Gaulkan sos cili Thai dan jus lemon. Tuangkan ke dalam campuran ayam tadi dan hidangkan segera. 
Fresh Oren Quaker Oat Malaysia

Bahan-bahan     :
  • 5 biji buah Oren yang besar  
  • 3 biji buah limau Mandarin
  • 50 gram Quaker Oats Segera
  • Sedikit air Gula
  • Beberap ketul ais kuib
  • Sedikit Air
Hiasan  :
  • Bunga
  • Bendera Malaysia (Kecil)- ai copy je...hehe
Cara     :          
  1. Kupas buah Oren & Limau Mandarin dan potong kepada bahagian kecil. Buang biji, sekiranya ada.
  2. Masukkan buah Oren & Limau Mandarin bersama sedikit air ke dalam mesin pengisar. Tambahkan Quaker Oat Segera dan kisar sehingga sebati. 
  3. Masukkan ke dalam gelas, tambah Quaker Q-Vital (Original) atau sedikit air gula (mengikut citarasa).
  4. Hidangkan sejuk.
Udang Quaker Masak Masam Manis

Bahan-bahan A:
  • 1 cawan Quaker Oat Cepat Dimasak
  • 500 g udang bersaiz sederhana
  • ½ cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Lada sulah mengikut rasa
  • 1 biji telur yang telah dipukul
  • Minyak masak
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 2 ulas daun bawang - dihiris halus
  • 1 tangkai  daun ketumbar
  • 5 biji cili padi - dihiris halus
  • 1 biji manga muda - dihiris halus
  • 1 biji lobak merah
  • 5 sudu teh sos cili Thai
  • 1 sudu teh jus lemon
Hiasan:
  • Tomato
  • Daun Salad
  • Cili merah
  • 1 biji timun
Cara penyediaan:
  1. Campurkan Quaker Oat Cepat Dimasak bersama tepung gandum dalam satu mangkuk. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Perapkan udang bersama lada sulah, garam dan sos ikan. Masukkan telur dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Celup udang ke dalam campuran oat dan tepung gandum.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga masak.
  5. Masukkan udang yang telah dimasak, hirisan mangga, timun, lobak merah, daun bawang, ketumbar dan cili padi ke dalam mangkuk.
  6. Gaulkan sos cili Thai dan jus lemon sehingga sebati. Tuangkan ke dalam campuran udang dan bahan-bahan yang lain.
Udang Rangup Quaker

Bahan-bahan: 
  • 1 mangkuk Quaker Quick Cook
  • 300 g udang bersaiz sederhana
  • Daun kari
  • 2 ulas halia yang dipotong halus
  • Cili padi
  • Marjerin
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Lada sulah
Hiasan:
  • Tomato
  • Daun salad
  • Cili merah
Cara penyediaan:
  • Panaskan 2 sudu marjerin di dalam kuali.
  • Goreng dan kemudian keluarkan udang.
  • Panaskan semula marjerin dan masak bersama cili, daun kari, bawang putih dan garam selama 2 minit.
  • Masukkan udang yang telah digoreng, gula dan sedikit lada sulah.
  • Masak dan gaulkan di bawah api yang kuat selama 1- 2 minit.
  • Hidangkan segera
Bubur Heart For Life Quaker

Bahan-bahan:  
  • 90 g Quaker Oat Cepat Dimasak
  • 50 g beras yang telah dibersihkan
  • 750 ml air
  • 250 ml susu rendah lemak
  • 250 ml potongan strawberi
  • 1 biji kiwi yang dipotong
  • ½ cawan anggur
  • Gula melaka secukup rasa 
Cara penyediaan:
  1. Masukkan beras dan air ke dalam kuali yang besar. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api selama 30 - 40 minit sehingga nasi menjadi lembut.
  2. Masukkan oat dan susu untk melembutkan nasi dan masak selama 10 minit lagi. Kacau sekali-sekala dan maniskan secukup rasa dengan gula melaka.
  3. Hidangkan dan hiaskan dengan campuran buah-buahan tadi.
Bagi yg menggunakan bhn2 mcm majerin or minyak masak leh tukar kepada minyak zaitun yg jauh lbh rendah kandungan kolestrol n lemaknya...  Perlu kurangkan skit bhn2 yg mengandungi lbhan garam n gula ye bg yg nk diet... contohnya mcm beras tuh leh tukar kepada beras basmathi or brown rice... Jom try!


  

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D