14.7.11

Ingat Faizah !

Bismillah wal hamdulillah...

Tgh googling jmpa 1artikel kt Pa&Ma pnya website...n tajuk atikel tuh sgt2 menarik perhatian daku... yakni JARAK KELAHIRAN SELEPAS CAESEREAN. Bila baca je cam oh... cam tuh..sungguh jahil n nmpak sgt kurang membaca n mentelaah... T__T td baca skit2 cam gerun... so mari quote skit2 apa yg penting... da nasib n rezeki bersalin kena operate setelah lbh 12jam berhempas pulas utk melahirkan secara normal.. kkdg rasa nk ulang blk detik2 nk bersalin tuh... ya allah kuasaMU mengatasi sgalanya... da tertulis sy bersalin secara czer so redha n terimalah dgn hati terbuka... 

Ulasan kt dlm majalan Pa&Ma ini adalah drpd Dr. Adilah pakar O&G Pusat Perubatan Pantai, Bangsar KL. Dia ckp kajian byk menyatakn komplikasi rahim koyak jika jarak kelahiran jika anda melahirkan bayi melalui kaedah caesarean di bwh 2thn meningkat sehingga 2-3kali ganda. Oleh itu anda dinasihatkan supaya seelok2nya menjarakkan kelahiran lbh 2thn. Ini bermakna jika anda berhasrat utk mengandung lg, setelah menjalani pembedahan lower segment caeserean section (LSCS) anda dinasihatkan menunggu sehingga anak yg pertama berusia sekurang2nya 16bulan (aisya baru 14bulan ye...) Namun ia bergantung kepada tahap kesihatan individu. Kenyataan ini xsemestinya sesuai utk semua individu terutamanya yg pernah mengalami komplikasi semasa caeserean dijalankan.
Perkara yg plg digeruni mengenai jarak kelahiran yg dkt selepas melahirkan anak secara czer adalah komplikasi rahim koyak. Apabila keadaan ini berlaku setiap detik keadaan mestilah dilihat dgn teliti kerana dikhuatiri berlaku pendarahan dlm masa beberapa minit shj. Hal ini boleh menyebabkan komplikasi yg teruk terhadap ibu dan bayi. Anda bukan shj akn kehilangan darah yg byk, malah anak dlm kandungan jg akn kekurangan darah/bekalan darah terputus kepada bayi dlm kandungan sehingga meninggalkan kesan kepada fungsi2 organnya seperti otak dan buah pinggang

Ketahuilah jarak kelahiran yg disarankan oleh doctor ada sebabnya apatah lg ada beberapa perkara yg perlu diambil perhatian selepas anda bersalin. Tidak kiralah anda bersalin secara normal mahupun czer jarak kelahiran yg disarankan bertujuan:

  • pulih dari segi fizikal n mental kerana trauma dari kelahiran secara czer yg dahulu (trauma?? huhu xdakla trauma tp INSAF je... hihi)
  • bersedia dari segi fizikal, mental n kewangan utk anak yg seterusnya
  • perhatian n kebajikan terhadap anak2 perlu diambil berat
2 isi utama perlu dibincangkan dgn serius selepas anda melahirkan ank secara czer adalah:
  • RAHIM KOYAK (uterine rapture) koyakkan berlaku menembusi keseluruhan ketebalan dinding rahim sehingga ke permukaan luarnya (serosa) malah boleh menembusi sehingga kepada pundi kencing di hadapan atau ligamen lebar di bahagian tepinya
  • Risiko terpaksa menjalani pembedahan skali lg (sama ada secara elektif ataupun secara kecemasan) Peluang utk melahirkan secara normal adalah sekita 72% - 76% shj. Selebihnya terpaksa berakhir secara pembedahan. Ini bermakna 3 dlm 4org yg memilih utk mencuba bersalin normal didapati berjaya n bakinya terpaksa menjalani pembedahan kerana dikhuatiri terdedah kepada beberapa risiko lain.
Dr. Adilah menegaskan semakin kerap anda melalui kaedah kelahiran czer semakin berisiko anda mengalami keadaan berikut:
  • Parut pembedahan pd dinding rahim tidak utuh dan mula terbuka. Kadangkala ia berlalu sblm proses kontraksi kelahiran bermula
  • Pelekatan kepada organ2 berhampiran seperti pundi kencing, sehingga menyukarkan doctor utk melakukan pembedahan dan boleh mengakibatkan pundi kencing koyak... (warghhh ngeri siot!)
  • Kesukaran menangani tumpah darah sehingga memerlukan proses pemindahan darah atau pembedahan membuang rahim dan lain2
  • Risiko kehamilan berkomplikasi seperti, uri berada di bawah, uri melekat ke dlm rahim, 
Panduan berikut adalah secara am sahaja. Harus diingat, setiap ibu atau kes tidak sama dan perlu dinilai secara individu. Jadi, anda mempunyai hak untuk membuat apa-apa keputusan setelah mendapat penerangan mencukupi daripada doktor. Secara amnya, jika baru sekali menjalani pembedahan caesarean, anda boleh mencuba untuk bersalin secara normal di kehamilan berikutnya jika tidak bermasalah seperti songsang, kembar, uri bawah dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada apakah jenis pembedahan caesarean yang dilalui dahulu. Kebanyakan pembedahan caesarean kini adalah jenis LSCS. Namun, jika pembedahan caesarean jenis klasik/ segmen atas/ jenis belahan T terbalik atau J dilakukan, maka kehamilan berikutnya seeloknya ditangani secara pembedahan caesarean juga.

Dalam pada itu, rekod pembedahan LSCS dahulu perlu diperiksa sekiranya ada berlaku komplikasi. Begitu juga dengan proses penyembuhan selepas pembedahan sama ada terdapat jangkitan kuman ke atas rahim (endometritis) yang boleh mengganggu penyembuhan parut pembedahan dan menjadikannya tidak kuat.

Walau bagaimanapun, jika anda telah menjalan pembedahan sebanyak dua kali (tanpa mengira sama ada kelahiran tersebut berselang dengan kelahiran normal ataupun berturut-turut secara pembedahan), keutuhan parut pembedahan tidak lagi sekuat dahulu untuk menangani kontraksi rahim sewaktu proses bersalin kelak dan dikhuatiri risiko rahim koyak bertambah.

Wargh gila ngeri baca... tp apa2 pun kuasa n ketentuan tuh di tgn ALLAH SWT juga.. kita ni hnya mampu merancang n berikhtiar... mg allah swt mempermudahakn sgala urusan... selamat bersalin normal utk sapa2 yg tgh pregnant...huk3...


  

2 sweet persons:

Qider said...

ok adeq,sila bayangkan specialist OnG bermuka serius (mcm garang juga) kepada kami bila dia tau my twin babies just reach 8 months and i get pregnant again..

*scary

pasni,ai kompem telan Noriday..

faizah said...

@Qider

Haha...kalu da ada nyawa dlm perot sure kena tabahkan hati utk harungi jgk...xpa, doa byk2...kuasa DIA xdak sapa leh halang... :)

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D