6.7.11

Atkins Diet...

Bismillah wal hamdulillah...

Saja ja rajin surf pasai info diet n pemakanan...start diet tak jgk! hahah... faizah2...apa nk jadi nehs... T___T xtau bapa ploh kali dok berazam tetap mkn xpantang jgk... haih... so adala terjmpa info nehs kt dlm 1forum... tp peringatan, jenis diet ni xsesuai diamalkan oleh ibu pregnant n tgh breastfeed... :)
Atkins diet ni diperkenalkan oleh seorg doctor nama dia Dr. Robert C Atkins bg membantu individu yg mengalami masalah berat badan berlebihan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula badan mula membakar lemak sebagai bahan api dan ini bererti berat badan kita mula menyusut. 

*sy short n concise ye*

Dr. Atkins membuat kajian mengenai diet kurang karbohidrat dan mendapati mereka yg mengamalkan diet kurang karbohidrat dan tinggi protein mampu menghilangkan berat badan yg berlebihan dan kekal dlm keadaan langsing seumur hidup!

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah: 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. 

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!(ok pls... sy plg xleh elak nescafe okeh! argghhhh so how come :( nanesssss )

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh bayang tak?? so nak makan apa ye? roti pun xbley??? tp roti berserat takkan xleh gak kot mcm breaktru tuh?? anyone bleh jawab?? :)

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Sume nmpak sgt xenak kn? yela...yg sodap n menyelerakan tuh la yg menggemukkan! arghhh... stress!








InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.     

 

4 sweet persons:

Marlina Mohtar said...

saya pun tengah mengamalkan Atkins Diet hehe

faizah said...

@Princess Solehah

Fuh...tabahnya! haha... ce cite...awk mkn apa utk breakfast?lunch n dinner??? bek posa je kan? heee

sahida said...

Fae.. takutnya dgn Atkins Diet ni!! mcm- mcm takleh nya.. ehehe, mmg tak mmpu la.. let's dieting together Fae..;)

faizah said...

@sahida

Mmg nk totally ikut tu mcm xleh nk mkn apa...just follow skit2 tuh ok kot :)

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D