3.9.09

Harga petrol di Malaysia kini...

Bismillah wal hamdulillah...

Habes la barang naek pasneh... Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan~!!!! Satu Malaysia~!!!

Refer to arkib UtusanOnline:

HARGA PETROL DISESUAIKAN DENGAN KENAIKAN SUBSIDI

02/09/2009 9:35pm

PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepda rakyat.

“Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian... penyesuaian yang sedikit saja,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan lagu 1Malaysia di Bangunan Putra Perdana, di sini.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam.

Memandangkan beliau menjawab soalan semasa sidang akhbar, Najib berkata beliau akan memberikan butiran lanjut kemudian. - Bernama



0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D