10.1.09

Perkongsian menarek~!

Saya dapat infos ni dari kawan saya...menarek utk dikongsi oleh semua yg bergelar wanita, yg bakal bergelar isteri n ibu nti...tp, kaum lelaki pn leh nk amik tahu sbg pengetahuan n ilmu... tentang ilmu pregnancy....

Artikel dipetik dari Koleksi Majalah Pa&Ma, "Catatan Lengkap Sepanjang Kehamilan dan Kelahiran, 40 minggu nan indah"

Perancangan teliti sebelum hamil, jagaan sewaktu hamil, pilihan tempat bersalin yang selamat dan penjagaan selepas bersalin amat penting untuk menentukan keselamatan serta kesihatan ibu dan bayi. Di antara gejala-gejala yang masih mengancam nyawa wanita masa kini ialah pendarahan atau tumpah darah sebelum dan pada waktu melahirkan anak, keguguran, keracunan atau sawan ketika hamil (septicaemic shock) dan sawan bersalin (eclampsia). Selain itu, penyakit yang sering dialami wanita ketika hamil ialah darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan buah pinggang. Sebab itulah, wanita hamil perlu memastikan tahap kesihatan mereka sebelum bersedia untuk hamil dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik sewaktu hamil.

Sebaik-baiknya setiap kehamilan perlulah dirancang. Hindarkan daripada kehamilan yang berlaku secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Sesetengah wanita akan mengambil tindakan yang melulu dan berbahaya seperti percubaan untuk menggugurkan kehamilan tersebut akibat masalah kewangan atau hubungan suami isteri.

Perbuatan ini mempunyai risiko tinggi untuk berlakunya pendarahan yang boleh meragut nyawa wanita tersebut. Di samping itu gejala-gejala jangka panjang akan timbul seperti kemandulan akibat daripada percubaan pengguguran yang tidak bersih, kecederaan kepada organ peranakan dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan haid.

Maka, amat penting setiap pasangan bersedia sebelum membuat keputusan untuk hamil agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kehamilan dan bukannya masalah-masalah lain yang tidak sepatutnya timbul.

Mengetahui tentang diet yang seimbang, penjagaan diri dan kelengkapan peribadi yang sesuai sepanjang kehamilan akan menjadikan anda lebih tenang dan gembira.

Anda dan pasangan perlu banyak membaca dan belajar tentang penjagaan bayi dalam kandungan, ibu dalam pantang dan bayi baru lahir.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:

Kesuburan dan perkembangan awal bayi dikawal oleh keseimbangan proses kimia dalam badan. Kehadiran kimia tambahan seperti ubat-ubatan akan mengganggu perkembangan ini. Jadi, sebaik mungkin anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil sebarang ubat sebelum bercadang untuk hamil atau ketika hamil.

Jika anda sedang menggunakan ubat untuk jangka masa panjang, anda [erlu berbincang dengan doktor untuk mencari alternatif. Selain perubatan moden, ubat-ubatan ini termasuklah herba dan vitamin tambahan yang anda ambil saban hari sepatutnya dihentikan kecuali doktor anda yang mencadangkannya.

Saya ambil ubat homeopathy, bebas dari bahan kimia. Bila tahu dah pregnant, saya ambil SALINDAH (Era Edar, Formula Dr. Azizan Ismail). PASTIKAN: Imunisasi sebelum kehamilan penting. Make sure dah ambil suntikan rubela sebelum hamil... If tak pasti dah dapat vaksin tu or belum, boleh cek dengan doktor. Buat pemeriksaan darah untuk pastikan anda bebas dari sebarang virus berbahaya.

2 sweet persons:

LadyBumbleStarz said...

sepanjang saya pregnant utk 2 anak, takde apa masalah... saya tdk ambil sebarang makanan tambahan @ pil... kecuali pil2 yang diberikan oleh doktor.. alhamdullilah... kedua2 anak saya dilahirkan normal & tidak ada sebrang komplikasi sepanjang pembesaran mereka.. kini mereka sihat dan aktif

f a i z a h 's said...

ouh yeke?
mebi depends pada individu...
mcm LadyBumbleStarz jenis yg sng bersalin...hehe ^_^
setgh org ada mengalami masalah lemah rahim n mcm2 lg...
nasib masing2...
apa2 pn need to prepare dgn mcm2 ilmu dan pengetahuan....

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D