Showing posts with label my breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label my breastfeeding journey. Show all posts

9.9.15

3rd breastfeeding journey: Isu NIP (Nursing in public)

Bismillah wal hamdulillah...

Sejak menyusu dengan susu badan ni dah macam jadi 'trend' zaman sekarang, bagi saya 1trend yang bagus sebab ramai dah sedar akan kebaikkan susu ibu compare to susu formula, timbul la pelbagai isu yang berkaitrapat dengan susu badan. Salah satunya adalah isu NIP atau 'nursing in public'...



Pengalaman peribadi ber'NIP

Saya pun personally sangat tak konfiden nak NIP sebab 'minded' orang ni tak sama... oleh yang demikian, sejak saya menyusu (5tahun) kalau nak keluar pi mana-mana memang akan make sure baby kenyang. Siap-siap dah menyusu dalam kereta. Aisya n amira tak ada masalah so far... Aisya lagi tak ada masalah sebab dia biasa bottle-feed jadi sy akan pump siap2 EBM... bawak botol je la pi mana-mana memang tak pernah NIP masa tuh. Pernah kot sekali dua NIP di klinik kesihatan masa cek kuning (dalam pantang) kekok tapi disebabkan nurses kat KK support breastfeeding jadi proses tuh berjalan lancar sebab depa ajar cara nak NIP dan ada juga bilik khas utk menyusu if tak selesa.

Bila anak dah 2orang, kami sekeluarga jarang keluar. Macam boleh kira dengan jari je keluar berjimba masa tu... dan amira jenis budak yang tak banyak ragam... dia boleh tunggu nk menyusu if keadaan tak mengizinkan. Ummi kena cari port nak breastfeed bagai dulu... tp amira sokay je menanti tanpa banyak ragam jadi perjalanan menyusukan amira sangat lancar cuma hadapi masalah bila saya mengandung semula pada usia dia 11bulan (hampir 1tahun) kesian dia tapi boleh juga teruskan penyusuan sampai umur dia 1tahun 6bulan lepas tuh dia terus reject breastfeed sebab katanya susu ummi masam. Bila dapat hero seketoi ni memang jenis tak menyabar. Seriously setiap anak2 saya berbeza pe'el, ada juga yang sama tapi tak boleh 'treat' sama. Ammar memang jenis tak boleh tunggu kalau lapar... meraung-raung macam kena pukul. Jadi adalah cabaran besar bagi saya untuk keluar dgn keadaan dia macam tuh... memang kalut cari port la nak NIP kan... dia pulak tak suka 'cover' muka dia dengan kain atau tudung. Itu satu lagi cabaran besar... dia suka menyusu lapang n terpampang gitu haha! tak senonoh betul... pernah sekali kat airport hantar mak abah pi umrah, meraung ha nak susu... nasib org tak ramai, jadi dapatla port tersorok NIP sampai tertidur...ada jgk beberapa adegan mencari port NIP ni sepanjang menyusukan ammar dan waktu menyusu ammar adalah sukar dijangka... adakalanya dia nak menyusu sejam sekali, adakalanya ok je 2-3jam... itu cabaran paling besar. Kalau port tuh kurang sesuai dan terbuka en.abg akan memainkan peranan penting utk cover. Suami memang kena la jalankan tanggungjawab dia, takkan nak tengok je, mementang isteri je yang ada cik B, jadi boleh lepas tangan. Isteri bagi susu which is rezeki anak. Bagi anak makan tuh tanggungjawab sapa at the first place? Suami of course kan? Jadi, walaupun anak minum susu ibu, suami kena la make sure anak dapat minum susu ibu kat mana-mana pun disamping menjaga aurat isteri...

Sekarang dah besar (1tahun 8bulan) siang tuh nak menyusu waktu tidur je... waktu lain sibuk main. Jadi nak keluar pun tak da masalah sangat sekarang. Itu pengalaman saya apabila nak menyusu dikala berada diluar. 1st choice make sure anak kenyang sebelum keluar, 2nd choice if jenis ammar ni yg laparnya tak tentu masa pastu meraung2 macam hapa ja tak menyabaq memang kena standby plan A, B, C la jawabnya... haha! awal2 lepas kelahiran ammar memang tak keluar mana sangat kalau tak ada yang penting...

Pandangan anggota masyarakat tak sama

Walaupun bagi saya NIP ni normal ja sebab seorang ibu bagi susu kat anak dia... itu sahaja, tapi disebabkan susu yang diberikan itu melalui BREAST, which is dalam masyarakat kita macam seolah-olah simbul lucah pun ada, jadi bila ibu itu NIP pun nampak macam lucah... walhal dia tunaikan hak anak dia ja pun... yelah, kita tak boleh nk fahamkan semua orang pasai breastfeeding... yang faham oklah, yang tak faham tuh mula cakap bukan-bukan... itu baru yang pandang sinis, ada pulak puak 'blue' ni yang pandang perempuan yang menyusu anak dia tuh macam 'menghairahkan'. Ada lelaki yang pandang dan start fikir menda tak senonoh... Menyedari hakikat masyarakat kita sekarang mempunyai jiwa yang sakit, tengok perempuan menyusu pun dia dah fikir lucah, maka kita sebagai perempuan kenala elak menda tuh... kena cari the best solution dan suami kena jugak mainkan peranan... 

Saya memang sebolehnya nak elak NIP ni sebab tak semua ada otak yg waras... ada perempuan pakai seksi nampak BREAST kau anggap hak individu tapi bila seorang ibu berusaha nk susukan anak dia kau anggap TAK SOPAN... memang mental orang-orang mcm ni... apa boleh buat kan? syukur sekarang pun kat mall dah banyak bilik penyusuan... bilik untuk salin diapers baby semua jadi bolehla dijadikan port jgk cuma kena bagi selesa ada kerusi yg selesa untuk ibu-ibu menyusu atau pump...

Tips elak NIP atau menjayakan NIP

Lupa pulak nak attach sekali tips... eceh bukan tips sangat pun mungkin perkongsian dari pembacaan dan pengalaman peribadi. Yang baik ambil sebagai pedoman dan yang buruk jadikan sempadan... Memandangkan NIP di dalam masyarakat kita dianggap lucah atau tidak sopan oleh kebanyakkan orang jadi sebolehnya bagi saya elaklah terjadinya NIP... tapi dah namanya budak ada ke dia boleh faham "ok saya tak boleh minum susu ibu saya kat luar"

1) Rancang 'outing' anda!

Ibu menyusu badan ni memang kena plan nak keluar rumah. Dari tempat nak dituju, nak kena arrange pulak dengan masa tidur baby, pastu 'attire' semua kena 'nursing friendly'. Contohnya nak pi umah kenduri, fikir 'port' yang mungkin boleh dijadikan 'penyelamat' dikala memerlukan... Kalau shopping complex pulak kena survey ada ka 'nursing room' etc.

2) Bawa EBM jika perlu

Jika tempat-tempat yang anda hendak tuju tuh mungkin susah nak NIP, tak ada 'port' sesuai mungkin boleh bawa bersama stok EBM sebagai penyelamat. Ini bagi baby yang biasa minum EBM la... senang bawak botol tapi saya yang housewife, anak memang 24jam direct-feeding memang tak pakai la EBM.

3) 'Proper attire'

Baju memang kena 'nursing friendly' jangan pakai baju ketat pulak, pastu satgi tiba-tiba susah nak selak sebab tak ada zip/butang... Dah 1hal... jadi 'attire' ibu menyusu ni bagi saya lagi 'proper' kalau longgar jadi tak ada la susah nak menyelak jika perlu. Walaupun baju ada zip/butang depan 'once' baju tuh ketat agak 'ternampak' anda sedang menyusukan dan juga mungkin tidak selesa. Pastu bonus bagi sesiapa yang memakai tudung yang besar atau labuh... memang boleh cover tanpa perlu membawa bersama 'nursing cover'

4) Cari 'port' tersorok dan selamat

Saya memang tak pakai tips 2 dan 3 sebab ammar memang tak minum EBM yakni susu dalam botol pastu dia memang jenis tak suka tutup2 muka dia bila menyusu. Tudung pun memang dia tak suka. Jadi alternatifnya saya akan cari 'port' tersorok seperti dalam surau, tempat yang tak ada sudut kedai mana-mana...bersila hadap dinding pun boleh... en.abg kena mainkan peranan la... atau saya akan make sure ammar kenyang sebelum keluar kereta. 'Port' paling selamat kereta la jawabnya kalau tempat tuh ramai orang...

5) Sesi latihan

Jika anda seorang yang suka 'travel' bawa anak dan family sana-sini dalam pantang lagi kena latih untuk pakai 'nursing cover' waktu breastfeed sebab nak mudahkan anak biasa dengan keadaan memakai 'nursing cover' tuh. Bagi saya tak semua budak suka pakai 'nursing cover' sebab depa tak biasa. Biasa terbuka terpampang macam kat rumah sokay la kan... Jadi awal-awal lagi biasakan... Pastu cuba la 'demo' depan cermin cara kita NIP tuh...sopan ke tak?still nampak ke macam mana?Tanya pendapat husband macam mana... Jadi proses anda berjimba bersama family dan anak-anak tuh lebih konfiden gitu... :D

6) Konfiden

Kena bina keyakinan diri. Kalau dah anak meraung-raung nak susu, takkan nak buat tak reti ja, mesti nak kena NIP jugak. Dah follow semua step tapi still tak dapat memang kena cari celah-celah mana jugak untuk NIP... Try pujuk baby untuk 'calm down' sementara ummi kena cari tempat yang selesa. Jika tak berjaya minta tolong husband jadi perisai la jawabnya. Ini kira plan terakhir la. Jadi memang kena 'get ready' dengan kemungkinan-kemungkinan ini sebab rasanya ibu-ibu kenal dengan anak-anak masing2. Pe'el dia macam mana bila nak susu dan sebagainya. Jadi DO THE BEST!

Tak susah pun sebenarnya kalau kita fikir kita boleh dan sentiasa positif. Mungkin agak kekok bagi 1st time mother tapi nanti okla...

 

6.9.15

3rd breastfeeding journey: Bila tempoh terbaik untuk 'cerai' susu?

Bismillah wal hamdulillah...

Bulan ni merupakan bulan ke-20 saya menyusukan ammar yaser secara sepenuhnya... saya pun tak sure breastfeed secara direct macam ni disebut sebagai apa... dah tak ingat term-term ni... exclusive breastfeed ka, fully-breastfeed ka asalkan yang diberikan kepada anak itu adalah susu ibu dah cukup bagi saya... apatah lagi bagi ibu-ibu berkerja...kena gigih usung pam n cooler beg sana sini lagi... dapat bagi susu ibu pun dah cukup bagus walaupun tidak secara direct... ada yang terpaksa memilih untuk mencari ibu susuan bagi memastikan anak tersayang mendapat bekalan susu ibu... apa-apa pun semoga allah swt merahmati usaha murni ibu-ibu hebat ini... 

Saya bukanlah seseorang yang terlebih obses dengan breastfeed, dulu ya memang obses... hehe :D tapi bagi pendapat peribadi saya selagi ibu itu berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anaknya itu dah cukup memadai daripada ibu yang memilih untuk menyerah kalah sebelum berusaha. ALLAH SWT memandang pada usaha tidak pada hasil... Jadi cukuplah kita mendoakan yang terbaik buat ibu dan anak yg berusaha untuk memberikan susu ibu sepenuhnya daripada kita mencari2 salah ibu itu sahaja...  

OK, kalau nak bebel pasai breastfeed ni sampai esok pun tak habis...satgi ada yang muak nk baca haha! Ikut perkiraan saya ammar supposely habis tempoh menyusu bila genab usia dia 2tahun yakni 24bulan... ada lagi balance 4bulan untuk saya breastfeed dia... tiba-tiba rasa sebak pulak... sudahkan sampai ke penghujungnya my 3rd breastfeeding journey?pastu whatsapp kak suzana tanya pendapat yang lebih arif kalau ikut islam macam mana bab menyusu ni?bila tempoh terbaik menyusu, dan bila tempoh terbaik untuk 'cerai' susu. Menyusu dengan susu badan ni hukum dia HARUS... HARUS ya kawan-kawan bukan WAJIB... sebab kebaikkan menyusu dengan susu ibu ini sangat luas dan banyak jadi agama kita sangatlah menyarankan ibu-ibu untuk menyusu anak masing-masing dalam tempoh 24bulan selepas dilahirkan. Menurut pendapat Ibn Abbas, dia menyatakan 24bulan tersebum mengambil kira tempoh mengandung sekali. Kalau mengandung 9bulan dalam perut, cukupkan tempoh 21bulan menyusu. Haa gitew... Kalau mengandung 6bulan, kena cukupkan 24bulan tempoh menyusu. Kan ada orang bersalin pre-matured... Jadi 30bulan itu mengambil kira tempoh minimum kehamilan yakni 6bulan (24minggu). Ini jugalah asas kepada meletakkan taraf anak tidak sah taraf, berapa bulan ibu dia kandungkan dia. 

Jadi kes ammar yang overdue dalam perut ummi, ammar dalam perut ummi lebih kurang 42minggu. Jadi 10bulan 2minggu la kan?Jadi tempoh menyusu untuk ammar adalah 20bulan sahaja... What??makna kata nak wean off bulan ni dah boleh dah... ummi dah start drama sedih dah ni... tapi sebenarnya itu hanyalah GARIS PANDUAN yang diutarakan oleh Ibn Abbas sahaja... jadi berbalik kepada hukum asal menyusu yakni HARUS... kalau terlebih atau terkurang sedikit tidak menjadi salah pun... 

Begitulah kekdahnya... tp tiap-tiap malam masih menten bangun sejam sekali menyusu...kalu ummi 'wean off' ni jenuh jgk nak bangun buat susu... tuh kalau decide nak bagi 'formula milk' tapi saya lebih prefer freshmilk... freshmilk kambing pun boleh tahan harganya... kena ikut pada kemampuan si ayah jgk... 500ml = RM12 tuh 2tahun lepas...tahun ni tak tanya lagi supplier 'Daily Diaries'. Sedih sangat nak bagi FM sebenarnya... sebab banyak sangat infos yang bagitau formula milk zaman sekarang 50% je susu, 50% lagi penuh dengan gula, pengawet, pemanis segala bagai... allahuakbar! tak sanggup rasa nk bagi anak consume lama-lama... aisya dah stop FM, tinggal amira ni payah nk 'wean-off' formula...kalaulah dapat freshmilk kambing kan... ya allah murahkan rezeki anak-anakku dapat minum n makan dari sumber yang halal, berkat dan berkhasiat untuk mereka...ameen... 

Baru whatsapp contact person yang jual susu segar kambing ni 2tahun lepas... sekarang depa dah tak buat packaging 500ml = RM12, sekarang packaging 250ml = RM7 huhu...
Terkini...big boy ammar yaser...smg menjadi anak yg soleh...