8.9.16

1month weight lost journey

Bismillah wal hamdulillah...

Assalamualaikum wbt semua... walaupun perjalanan 'weight-lost' saya hanya berlangsung selama lebih kurang seminggu tapi saya rasa berpuas hati dengan kesan yang saya rasai... mula-mula fikir ya allah mampukah aku once dah dapat meal-plan dari encik couch... sesi timbang dan 'calculate' segala mak nenek 'body composition' pun bermula... terkezut den ada lebih kurang 50% fat dalam badan guwe... perlu buang least 25% daripadanya...

Antara pantang larang perjalanan berharga ini sila tinggalkan segala 'junk food', 'processed-food', dan makanan dan minuman manis! Ini kira 'compulsory' tidak dapat tidak... minggu pertama rasa resah semacam sebab tak dapat minum air manis... rasa serba tak kena...masuk 2nd week alhamdulillah dah dapat 'adapt' sikit dan rasa gembira bila berat mulai menurun... 

Setiap 10hari kena timbang berat... syukur tengok 'fat loss' pun semakin banyak hilang... 'inch loss' pun kurang 1-2inci dalam masa kurang dari sebulan... sapa tak happy kan... yang paling ketara tahap kecergasan saya la terutamanya sebagai seorang isteri dan ibu... takdakla asik terasa letih sepanjang hari... kalu tak memang mengantok dan lesu sahaja... petang atau malam saya akan ke kelab untuk 'workout' seminggu paling tidak 3kali saya 'workout'... tak 'workout' hari2 pun hehe sebab saya fokus pada pemakanan dahulu... 'workout' tuh jika ada masa lapang... tapi aktiviti 'workout' dekat kelab ni macam berhantu sikit haha! once dah join rasa ketagih... seronok dan enjoy tak sedar 30-45minit dah berlalu... dapat kawan-kawan ramai... badan pun rasa cergas...dah boleh melompat dengan yakin... saya juga diajar teknik 'workout' yang betul agar anggota badan kita tidak mudah cedera... yelah para 'coach' dekat kelab ni semua terlatih...

Huwaa rindu nak 'workout' balik... tapi saya dinasihatkan untuk berehat sementara... :( ni antara menu yang saya amalkan setiap hari... setiap hari kena amik gambar hantar pada 'couch' kalau lulus okla... pagi2 makan telur separuh masak 3-4biji... air kosong wajib 4-5liter... kadang-kadang shoot sampai 6liter... 

Jenis masakan tak kisah bak kata couch sekarang belajar kawal 'portion' dulu... kalau boleh kurangkan minyak dan garam dalam masakan... kalau boleh juga guna beras perang atau merah... beras biasa pun takde masalah... best sebab boleh makan nasik! :D

Ok sekian bebelan saya yang merindui rutin ini... :(

Saya masih lagi boleh follow 'mealplan' ini tapi faham2 sajalah tekak ni tak boleh nak masuk dahhh terpaksa tukar menu lain kalau tidak tak makan la saya...

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D