28.3.16

Pertama kali aisya join coloring contest!

Bismillah wal hamdulillah...

Blog dah terabai sejak 3minggu lepas... rasa tak ada apa nak update, kadang-kadang rasa banyak juga nak dicoretkan sebagai diari 'in case' terlupa sesuatu boleh refer balik... Berbalik pada topik asal, alkisahnya cikgu aisya whatsapp bagitahu aisya dan 4orang kawan terpilih sebagai wakil PASTI Al-Irsyad untuk join 'coloring contest' anjuran Sasbadi Online di Perpustakaan Awam Perlis... Ada 2sesi, sesi ahad 'parents' dipertanggungjawabkan untuk bawak, selasa ni 2nd sesi bersama dengan cikgu-cikgu pulak...

Teruja la anak dara seorang ni pertama kali nak join, dan aisya sememangnya minat mewarna... tapi belum rezeki nak menang... takpa nanti kita join lagi na... penyertaan ni terbuka kepada 'family' jadi 1pernyertaan ada 2orang yang terlibat... peserta pertama mesti berumur 5-10tahun, peserta kedua mesti berumur antara 5-70tahun! mula-mula baca syarat tuh ingat depa ni salah tulis kot sampai 70tahun nak mewarna apakah? rupanya memang sampai 70tahun! haha! kiranya maktok, tok nyang pun boleh join kalau berminat :D 

Adik amira tak boleh join sebab baru 4tahun jadi tak semena-mena ummi la kena wakilkan untuk jadi peserta ke-2 tapi yang beriya nak warna tak bagi ummi warna sekali adalah aisya... riuh-rendah jgkla suasana dekat library kangar tuh dengan tempat yang 'limited'. Jadi dah nak start lepak kat bawah karpet dah sebab tak da 'seat'. Akhirnya dah dapat 'seat' alhamdulillah... ditaqdirkan terjumpa sahabat lama yang dah 15tahun tak jumpa... kawan 1tuisyen dulu haha! tapi jadi baik walaupun tak 1sekolah... lama tak jumpa sebab beliau orang cerdik pandai, dia sambung belajar di cork, ireland ambil medic kemudian lepas grad terus berkerja di sana... anak dah 3orang baru balik dan dalam proses 'apply' kerja kat Malaysia. 

Segan pulak makcik surirumah nak berkawan dengan rakan doktor hehehe :P ditaqdirkan pula anak-anak beliau tak bawa pensil warna jadi boleh lah berborak-borak sambil layan anak-anak color... sekali tersedu makcik nak melayan anak-anak yang 'speaking' dengan bijak ni... berbiuh-biuh mulut acik tau ahha! poyo sangat menyusun ayat last sekali acik main bantai cakap nasiblah depa faham :D

Alhamdulillah segalanya... aisya semangat nak join coloring contest lagi 'next time' katanya nak bagi menang! Seronok mewarna sungguh budak seorang ni... :)

Dalam dewan perpustakaan kangar setelah selesai aktiviti mewarna... biasakan anak-anak dengan keadaan orang ramai dan sesak... nasiblah ammar tak follow...haha...kalau tidak bertambah gamat ummi... salute dengan sahabat ummu nufail, abdah dan umair berjaya usung ketiga2 sendiri ja :D
Nufail dan Abdah, anak kelahiran Ireland... belum fasih berbahasa Melayu... insya allah nanti oklah tuh ye anak-anak...
Aisya terdiam terus dengan abang dan adik abdah ni 'speaking' sampai 1patah perkataan pun tak keluar haha!
Proses mewarna
Amira tak boleh join nasiblah bawak jgk 'activity book' beliau... jadi tidaklah boring 2jam lebih dekat situ

2 sweet persons:

nanonano said...

lawa tulisan aisya..
mane gmbr dh siap colour? hehe

faizah said...

@nanonano

Tulis pun kejap huruf besar kejap huruf kecik :D siap color tak sempat ambik sebab antara org paling lambat submit ahha!

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D