7.1.16

400 Bad Request Nuffnang? Cara mengatasi...

Bismillah wal hamdulillah... 

Saya dah 2kali alami masalah dapat masej "400 Bad Request" ni bila 'enter' URL Nuffnang... Guna Chrome ka, Mozilla ka, Opera ka akan jadi macam ni... Mula-mula ingat ada virus ka apa... siap 'install' 2jenis antivirus lagi masalah tak setel juga. Jadi ada terjumpa 1tutorial ni cara nak atasi masalah 'Bad Request'... Blogger dan nuffnangger mesti ramai yang dah tahu... masalah ni akan menyebabkan 'earning' Nuffnang kita tak berganjak! Memang tak syokla kan... Ok saya ada buat tutorial ringkas macam mana nak atasi masalah '400 Bad Request' ni. Tutorial ni khas kepada pengguna Mozilla ya... kalau Chrome pun lebih kurang jugak... boleh cuba godek-godek tengok... Senang sahaja!

Bila bukak URL Nuffnang.com.my akan keluar masej '400 Bad Request' ni. Apa yang boleh anda lakukan, tekan gambar bumi seperti dalam gambarajah yang saya 'highlight' dengan kotak merah

Akan keluar 'pop-up' macam ni. Tekan anakpanah kecik tuh seperti dalam gambarajah

Keluar 'pop-up' masej seterusnya. Tekan 'More information' seperti gambarajah dalam kotak merah tersebut

Keluar lagi 'pop-up' masej yang lain.. hehe berapa banyak 'pop-up' la kan...tapi memang cenggitu la... tekan 'view cookies' seperti yang saya 'highlight' dalam kotak merah itu.

Kemudian akan keluar segala mak nenek jenis biskut ya yakni cookies... hehe...macam sedap ja beli sebut kukis tapi boleh mem'block pulak website kegemaran anda... Jadi saya telah 'remove all' biskut yang ada! Selesai! Boleh dah 'view' Nuffnang seperti biasa...alhamdulillah :)

 

1 sweet persons:

faizaerina said...

yeeaahh selesai da masalah saya,, terima kasih atas tutorial ini.. sangat membantu..

jemput singgah ke blog saya,, tQ

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D