21.5.14

Beauty benefits of b-complex...

Bismillah wal hamdulillah...

B - is stand for BEAUTY... :) nampak macam simple jek setakat b-complex kan... dalam kepala memula2 mengenal b-complex adalah "alahai... vitamin b jek... bkn ada apa sgt..." rupanya tanggapan saya salah setelah mengenali b-complex yg sebenarnya... mula tahu, kena dan rasa kebaikkannya, khasiatnya, keistimewaannya dan sebagainya... jom saya cerita sikit... tak kenal maka tak cinta... yes agreed! memula bila ada org ckp... "kena amik b-complex ni..." dalam hati terus ckp... "eh apa yg best sgt setakat vitamin b??" haha... :D kenal dulu baru cakap n komen sepatutnya...


Kenapa nama b-complex?

Oleh sebab itulah Shaklee bagi nama b-complex sebab dalam b-complex shaklee bukan ada 1jenis vitamin b sahaja malah b-complex Shaklee mengandungi semua jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 (Folate atau nama yg biasa kita dgr Folic acid) dan B12. B-complex Shaklee lengkap dgn 8jenis vitamin B secara keseluruhannya...

B1 (Thiamine)

B1 membantu badan membina sel-sel yang baru. B1 selalu dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana keupayaanya untuk melindugi sistem imunisasi badan manusia. Apabila proses 'carbo-loading' (proses penukaran karbohidrat/gula/lemak kepada kepada tenaga untuk digunakan). Kajian mengatakan vitamin B1 adalah penting bagi proses penukaran karbohidrat ini kepada tenaga.

Vitamin B1 juga berfungsi bagi kesihatan otot, saraf dan hati. 

Sumber makanan tinggi B1: Whole grains, kekacang, bayam.

B2 (Riboflavin)

Vitamin B2 berkerja sebagai antioksidan yg membantu mengawal radikal bebas (partikals di dalam badan yg boleh memusnahkan sel-sel sihat) dan vitamin B2 mampu mengawal dan mencegah gejala penuaan dan penyakit jantung. Riboflavin juga adalah sangat penting kepada pengeluaran sel darah merah di mana B2 membantu mengangkut oksigen ke seluruh badan. Beberapa kajian mendapati vitamin B2 boleh mengawal penyakit migrain. Tetapi perlu diingatkan sinaran ultraviolet di dalam sinaran matahari mampu memusnahkan vitamin B2 ini.

Vitamin B1 juga berfungsi bagi kesihatan otot, saraf dan hati.

Sumber makanan tinggi vitamin B2: Badam/almonds, susu, yogurt, telur, bayam, kacang soya

B3 (Niacins)

Fungsi utama niacins (vitamin B3) adalah untuk menaikkan/menyokong HDL kolestrol (kolestrol baik). Semakin tinggi kolestrol baik di dalam tubuh manusia, akan mengurangkan jumlah kolestrol jahat di dalam darah seseorang. Vitamin B3 akan menjadi berkurangan kepada orang yg mengalami ketagihan alkohol. Vitamin B3 sangat baik untuk merawat masalah kulit seperti jerawat.

Vitamin B3 juga berfungsi membantu sistem penghadaman manusia

Sumber makanan tinggi vitamin B3: Yis, daging merah, telur, kekacang, sayuran hija

B5 (Pantothenic Acid)

Hanya terdapat beberapa kumpulan makanan sahaja yg mengandungi vitamin B5. Vitamin B5 berfungsi untuk memecahkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan ia bertanggungjawab menstabilkan hormon seks dan hormon testosterone. Ada kajian menyatakan vitamin B5 mampu menjadikan kulit sihat, mampu mengurangkan kesan-kesan penuaan, kulit kemerah-merahan dan tona kulit tidak sekata. 

Vitamin B5 juga berfungsi membantu pertumbuhan badan dan sel-sel.
Sumber makanan tinggi vitamin B5: Avocados, yogurt, telur, daging

B6 (Pyridoxine)

Vitamin B6 membantu menstabilkan paras asid amino homocysteine (mencegah penyakit jantung) bersama-sama vitamin B9 dan B12. Pyridoxine memainkan peranan penting dalam menyusun atur pattern tidur kerana vitamin B6 membantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan norepinephrine serta hormon stress. Ada kajian mengatakan vitamin B6 mampu mengurangkan kesan inflamansi contohnya bagi pesakit rheumatoid arthritis. 

Sumber makanan tinggi vitamin B6: Ayam, ayam belanda, ikan salmon, biji bunga matahari, keju, beras perang dan lobak merah.

B7 (Biotin)

Vitamin B bukan sahaja memelihara kecantikkan rambut, kulit dan kuku malah vitamin B juga mampu membantu pesakit diabetes mengawal paras glukos di dalam darah mereka. Vitamin B7 adalah sangat penting terutamanya bagi ibu mengandung kerana ia membantu bayi di dalam kandungan membesar dgn sempurna dan sihat. 

Sumber makanan tinggi vitamin B7: Barli, hati, yis, ayam, ikan, ubi kentang, cauliflower, kuning telur dan kekacang.

B9 (Folate) 

Vitamin B9 atau lebih dikenali sebagai asid folik. Kajian mencadangkan folate mampu mengelakkan tekanan dan membantu menguatkan daya ingatan. Vitamin B9 juga penting bagi ibu mengandung untuk menyokong pertumbuhan janin dan mencegah "neurological birth defects".

Vitamin B9 juga membantu dan menstabilkan DNA serta sel-sel di dalam tubuh badan. 

Sumber makanan tinggi vitamin B9: Sayuran hijau, asparagus, ikan salmon, akar sayuran, susu dan kekacang.

B12 (Cobalamin)

Vitamin B12 berkerja bersama-sama vitamin B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi (iron) menjalankan tugasnya dgn sempurna iaitu menghasilkan oksigen untuk membawa protein, hemoglobin. Vitamin B12 hanya terdapat pada sumber makanan berasaskan binatang, kajian menyatakan vegetarian akan mengalami kekurangan vitamin B12 dan mereka perlu mengambil supplements sebagai ganti. Seperti kata Tanya Zuckerbrot (seorang dietation dan beliau merupakan undergraduate degree di University of Michigan Ann Arbor; Master's degree in Nutrition and Food Studies from New York University; two-year dietetic internship a NYU Medical Center) “it’s not hard to get enough of this vitamin in your diet.” 

Sumber makanan tinggi vitamin B12: Ikan, hasil tenusu, telur, daging

'Beauty' benefits of b-complex 

B-complex untuk kulit yg sihat


Jika anda sedang menderita dgn masalah kulit atau anda berhadapan dgn masalah kulit kusam, kulit tidak sihat anda mungkin kekurangan vitamin B. Vitamin B12 boleh membantu memberi kelancaran kepada pigment kulit untuk dihasilkan dgn semulajadi dan boleh mengelakkan masalah "hypermigmentation" - kulit menjadi gelab pada sesetengah bahagian tubuh. Vitamin B3 pula penting bagi membaik-pulih keadaan kulit bermasalah, vitamin B5 - membantu mengurangkan masalah jerawat dgn cara membantu badan memecahkan minyak dalam bentuk 'triglycerides' (satu bentuk di mana lemak banyak tersimpan di dalam tubuh. Ia juga boleh dibentuk daripada lemak yg kita makan atau daripada karbohidrat)  dan kolestrol. Ada kajian daripada University of Maryland Medical Center menyatakan vitamin B5 mampu membantu mengurangkan triglyceride dan paras kolestrol bagi menghasilkan kulit yg sihat. Vitamin B5 juga mampu membantu menjadikan kulit yg luka cepat sembuh dan secara tidak langsung sel-sel kulit menjadi sihat. Vitamin B5 menjadi efektif juga bergabung bersama-sama vitamin C

B-complex untuk rambut yg sihat


Makanan-makanan yg tinggi dengan sumber vitamin B berkerja menstabilkan metabolisme dalam badan serta membekalkan nutrients penting kepada keseluruhan tubuh badan termasuk rambut dan folikel rambut. Kekurangan vitamin B1, B2, B3 dan B5 akan membuatkan masalah rambut yg tidak sihat seperti masalah folikel rambut yg menyebabkan rambut sukar tumbuh sihat dan subur. Kekuranga vitamin B9 (asid folik) pula akan menyebabkan pembahagian sel menjadi lemah serta folikel rambut menjadi bermasalah. Kekurangan vitamin B7 juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut, rambut rosak, tona rambut tidak sekata dan kekuatan rambut menjadi ampuh.

B-complex untuk kuku yg sihat



Kuku juga memerlukan diet yg seimbang, kaya nutrients agar kuku dapat menjadi sihat dan kuat. Masalah kuku termasuklah, kuku mudah pecah, kuku menjadi pucat, kuku menjadi retak dan sebagainya. Sebilangan vitamin B adalah penting untuk kesihatan kuku. Vitamin B2 (riboflavin) membantu badan menyerap mineral asas zat besi yg menjadi asas kepada kesihatan dan kekuatan kuku. Tanpa sumber zat besi yg mencukupi kuku akan menjadi pucat, nipis, tubuh secara abnormal. Vitamin B12 adalah kunci kepada kesihatan di mana vitamin B12 boleh mengelakkan anemia. Salah satu simptom anemia adalah pucat, tidak sihat dan juga kuku menjadi bermasalah. Vitamin B9 juga penting bagi kesihatan kuku di mana vitamin B9 membantu pertumbuhan sel baru. 

B-complex untuk fungsi tubuh yg sihat/elak penyakit
  •  Vitamin B1 - membantu mengelakkan penyakit buah pinggang bagi pesakit kencing manis type 2. Vitamin B1 juga boleh mengelakkan masalah katarak.
  • Vitamin B2 - membantu pesakit migrain 
  • Vitamin B3 - membantu mengurangkan paras kolestrol
  • Vitamin B6 - membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, melegakan simptom PMS, mengurangkan alahan semasa mengandung
  • Vitamin B9 - mampu mengurangkan risiko penyakit barah payudara, colorectal, barah, barah pankreas, masalah kelahiran tidak sempurna
  • Vitamin B12 - mengurangkan risiko barah pangkal rahim, mengurangkan homocysteine (sejenis asid amino yg boleh menyebabkan serangan jantung apabila parasnya menjadi tinggi)
 Perghhh banyak betul kebaikkan vitamin b-complex neh bila kita cari dan fahami betul-betul... sesuai untuk semua orang tidak kira wanita atau lelaki, wanita mengandung, menyusukan, orang tua dan muda, berpenyakit atau sihat...

Cadangan Supplement Shaklee for beauty benefits

Seperti review yg sy berikan di atas berdasarkan beberapa websites kesihatan dapatlah disimpulkan vitamin b-complex 'berkerjasama' dengan baik jika terdapat zat besi (iron) dan vitamin c agar kesihatan secara keseluruhannya dpt dikekalkan iaitu kesihatan kulit, kesihatan kuku, kesihatan rambut dan tubuh badan seperti yg saya highlight di atas. Vitamin b-complex ini sangat sesuai n sepadan di ambil bersama-sama Vitalea Shaklee (kerana multivitamin shaklee ini iron formulated) serta sustained release vitamin c 500mg.



1botol vitamin b-complex Shaklee mengandungi 120biji dengan harga: RM53.75. 1hari ambil 1biji sahaja sudah cukup. Jadi 120biji tuh tahan berapa lama? Yes 4bulan! Dengan harga RM53.75 tuh anda mendapat khasiat vitamin b-complex yg lengkap selama 4bulan!

Sustained release vita-c plus 500mg
 Vita-c ini terdapat 180biji 1botol... 1hari ambil 1biji sahaja cukup bekalan vitamin c dengan harga RM92.50 bagi tempoh 6bulan! Berbaloi tak? :) Setahun beli 2botol cukup dah...

Vitalea iron formulated
 Vitalea iron formulated terdapat 120biji... 1hari ambil 1biji juga dengan harga RM88.75... tahan 4bulan jugak ni! Lama kan? :) Bukan tiap2 bulan kena beli... average supplements cadangan ini tahan sehingga 4-6bulan dgn harga mampu milik! Jadi ahli lagi berbaloi2... dgn dpt byk lagi benefits kita cerita next entri yaa...
Hubungi saya untuk keterangan lanjut...

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook



 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D