11.9.13

Bagaimana cara anda berpantang?tradisional atau moden?

Bismillah wal hamdulillah...

Semua masyarakat malaysia sudah sedia maklum tentang kepentingan berpantang selepas melahirkan anak terutamanya bg kita masyarakat timur... sejak berzaman dahulu, datuk nenek moyang kita sgt menitikberatkan isu selepas melahirkan... Kenapa? sy pernah bertanya begitu kepada mak sy 1ketika dulu (masa zaman kanak2 la tgk mak ada org mai mengurut, bertungku bagai.... heranla si anak ni...) dan sekarang bila da mengandung n melahirkan anak barulah sedar akan kepentingan berpantang selepas melahirkan.

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah 1proses menyeluruh, bertujuan untuk memelihara kesihatan kewanitaan seorang perempuan. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (NR) dan penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yg dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yg menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yg kelihatan berseri-seri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita melayu masih berpegang kepada amalan berpantang ini.

Disamping itu, ada kajian moden yg menyokong peranan yg dimainkan oleh bidan kampung yg mendampingi ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang banyak mendatangkan faedah kepada ibu itu sendiri. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.



Kini, wanita melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yg dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:


  • bidan kampung
  • pengasuh khusus (confinement lady)
  • emak sendiri atau ibu mertua
Memang diakui bahawa tanpa orang lain yg membantu ia akn sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44hari. Namun begitu beberapa amalan paling utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita melayu adalah:

  • berbengkung
  • mengurut
  • jamu
  • bertungku
  • mandi-mandian herba, akar kayu etc
Sumber: BabyCenter

Saya sendiri sudah beranak 2 nehs merasai perbezaan sebelum dan selepas melahirkan. Semasa melahirkan anak pertama sy sgt takut sebab melahirkan secara pembedahan. Jadi mmg jaga sungguh pantang tuh... mengurut, bertungku, berbengkung (walaupun 30hari selepas luka diperut sembuh), mandi akar-akar kayu... mmg lengkap saya amalkan. Makan pun dijaga oleh tok n mak sendiri. Saya berpantang lebih daripada 44hari. Lebih kurang 100hari la jgk... tp amalan2 seperti bertungku tuh sy amalkan lbh krg dalam 44hari-60hari... Kesannya, selepas sy masuk kerja (cuti 2bulan/60hari) semua kawan2 tempat kerja menegur sy nmpak laen. Jauh lebih kurus, sihat, bertenaga dan berseri2... alhamdulillah... susu ibu pun masyuk disamping sy mengamalkan pemakanan supplements yg konsisten. Sepanjang 60hari sy xcukup tidur sebab baby jenis berjaga malam... alhamdulillah supplements mmg byk membantu saya... saya ada mencuba jamu2 kampung tapi malangnya memberi efek kepada sy dan baby... susu jadi merudum, baby cirit-birit sebab jamu ada yg panas n xsesuai dgn keadaan baby yg agak sensitif waktu itu. Jadi sy stop amik jamu sy amalkan supplement 100%... 

Untuk anak ke2, diizinkan ALLAH SWT sy dapat melahirkan anak ke2 sy secara normal... Jadi proses berpantang tidaklah secerewet bg yg melahirkan secara pembedahan sebab luka cpt sembuh... Saya teruskan amalan berpantang seperti biasa tetapi sy gantikan jamu dengan supplements. Begitu juga dengan amalan2 berpantang laen kerana sy terlewat berurut (anak kedua kena prolonged jaundice jadi sy sibuk berulang-alik ke hospital selama 1bulan utk check up) sy tambah proses bertangas dengan herba2, mandi wap herba, berurut herba (seluruh badan), mandi herba etc... Apa2 pun semua terpulang kpd individu. Apa yg pentinga adalah menjaga pemakanan, pengambilan air kosong haruslah mencukupi utk proses pemulihan tenaga dan luka dalaman serta proses penyusuan susu ibu. Sy konsisten mengamalkan pakej cadangan berpantang dari Shaklee yg nyata memberikan sy tenaga, mood yg luar biasa... alhamdulillah atas izinNYA... :)

Lengkap... dari mengandung, melahirkan, menyusukan bayi... :)


Bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D