25.11.12

Tips to share: Handling whipping cream (dairy & non-dairy)

Bismillah wal hamdulillah... 

Mohler study ilmu baking memalam, sambil tunggu sang mini pavlova masak... man my ex-colleague yg order... sy ni kalu bab2 bahan2 ni kkdg malas nk  merenyah men beli ja... pastu xjadi sndiri mau ingat T__T sejak sy p kelas demo arituh, chef alex goh adala petua sket2 cara nk bezakan beberapa brg tuh... pehtuh pasai whipping cream... dulu haku men rembat je mana yg ada xkisah non-dairy ke atau dairy whipping cream... pehtu awat lak yg ni cpt cair...awat yg org laen xcair?huhuhu... sndiri mau ingat la kan... so pavlova pun satgi akn melibatkan whipping cream jgk... begitu jgk dgn durian crepes...

Whipping Cream Topping (Non-Dairy Whip Cream)

Cara kenal whipping cream... Credit: Gugel
 
1) Kandungan: minyak kernel sawit, sirap jagung, minyak sayuran (tiada kandungan lemak dari hasil tenusu/susu)

2) Tekstur: mudah kental apabila dipukul mengembang 2x ganda dan rasa manis (tidak perlu ditambah gula tapi masih boleh ditambah gula jika perlu)

3) Kegunaan: Sebagai filling atau topping utk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.

4) Kaedah penyimpanan: Simpan di tempat beku (freezer) utk tahan lebih lama. Tahan 1bulan selepas dibuka

5) Jenama di pasaran: Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak

UHT Whipping Cream (Dairy Whip Cream/Double Cream/Thickened Cream) 

Cara kenal dairy whipping cream... Credit: Guge
 
1) Kandungan: Pepejal susu, lemak hasil tenusu

2) Tekstur: Lebih pekat dari susu segar (UHT Full Cream Milk), tidak mengembang apabila dipukul, rasa tawar (perlu tambah sedikit gula)

3) Kegunaan:Sebagai bahan campuran di dalam membuat cheese cake, Tiramisu, Mousse, Desert, Ice-Cream dan ganache (tidak sesuai utk topping kek)

4) Kaedah penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (chiller), tidak perlu dibekukan, tahan seminggu selepas dibuka

5) Jenama di pasaran: Anchor, Emborg, Pauls, Shani, Greenfields, Bridals, President.

Sumber: Citarasawan

 

2 sweet persons:

thisisfarhana said...

tq for the info! barulah saye tahu kenape dulu buat pavlova saye failed bab whipping cream! dan lepas tu dah tak cube buat n x google further info pun. huhuhu.

faizah said...

@thisisfarhana

Hehe...sama la sy pun..buat durian/jagung crepe tp lembik..apsal org len buat kemas je..rupanya p pakai dairy whipping cream instead non-dairy...patutlah! trus ha gugel sana sini baru dpt infos :)

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D