20.9.12

Tolong memberi cadangan...

Bismillah wal hamdulillah...

Sy terfikir utk mencuba beberapa produk kesihatan wanita ats masalah dalaman yg sy alami...eceh... masalah dalaman mcm mana?eceli sy mengalami masalah discaj/keputihan yg bleh tahan serius slps nifas dulu... kira lbh krg da 2bln masalah ni berlarutan... mmg xselesa sgt...:( *sdeh...*

Rasa mcm xnormal la pulak sbb xpenah jadi cenggini... adala gugel beberapa infos utk mengetahui punca2nya... agak ngeri jgkla bila berkait rapat dgn jangkitan serviks, saluran kencing sgala... takut melarat jadi menda len... keputihan jgk bleh menjadi penyebab kepada keguguran dan masalah2 kewanitaan yg laen2... nmpak mcm xserius tp bleh melarat jadi masalah2 laen...so beware... sy berkira2 utk jmpa doctor tp takut kena seluk... hehehehehe :D fobia kah? amira pun da 4bln lbh so rasanya da lama kalu nk dikira dari masa abes nifas... lbh krg 2bln lbh jgkla...

Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku

Jenis-jenis jangkitan kuman

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

Apakah bahaya jangkitan kuman

Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

Bagaimana kuman berjangkit

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

Bagaimana nak selesaikan masalah?

1- Sy da try pantiliner herba tp xberkesan... cuba nk dkt 1bln... huhu
2- Ada cadangkan minum air sireh dan air pegaga... air pegaga mungkin sesuai sbb leh tmbhkan susu tp air daun sireh tuh mcm mana ek?ada sapa2 pnh try x?
3- Nak try produk Bidadari - tp isau production susu jgk atau leh efek baby ke tak... any suggestions?
4- Nak try produk maharani tp status kehalalan dia mcm diragui...pnh cuba sblm pregnant aisya dulu... rasa badan bertenaga tp bila baca2 ramuan dia mmg mcm agak ragu2 walaupun sudah disahkan halal
5- Last solution adalah berjmpa doctor... xdak doctor len dlm kepala hnya dr.faizah je la yg perempuan... hehe :D

Tolong memberi cadangan kalau ada sapa2 yg pernah berhadapan situasi mcm sy... atau ada cadangan yg terbaek n pendapat...


TIA
 

14 sweet persons:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

K.fae dah buat pap smear?
Air sirih tu salu org cuci miss v tu..kalu minum xsure lak cana..

Khadeejah Hasmad said...

Makan shaklee alfalfa. Alhamdulillah utk sy berkesan. Lepas bersalin Muhammad dulu, banyaaak sgt keputihan dan discharge lain. Rimas. Pastu try sehari sebijik alfalfa, alhamdulillah berkesan. Slain tu bagus jugak utk ketatkan vagina. Proven :P

Qider said...

ym me dear..i teach you how to prepare that air sireh...alfafa pun bleh ilangkan keputihan jgk

Qider said...

air sireh tu fie bleh ajar..ym kalau berminat...alfafa pun helps too...

Unknown said...

pencuci tu pakai pencuci femine hygene..kedai amway ada jual.. berkesan sangat sangat.. (ada jugak testimoni kata mengetatkan..)

keputihan ni berkaitan dengan kurang certain type of vit B jugak..so better ambik B complex..makan 1 biji 2 kali sehari..saya makan brand nutrilite amway gak..

faizah said...

@♥naematulsaadahismail♥

Blom lg...ingat nk buat ujung thn ni dgn dr.faizah :) xfollow up dgn KK... heheheh

faizah said...

@Khadeejah Hasmad

Akak mmg amik shaklee pun since pregnant lg smpai pas bersalin tp mebi utk akak xsesuai dgn badan kot...huhuhu

faizah said...

@Qider

Nti adeq pm okeh...xmenyempat lg arini...huuuu

faizah said...

@Rai Ourkizuna

Amway ek?nti la nk order...byk gak nehs nk cuba...heeee

Qider said...

or..we can cross check on what you eat..hehehe..

MammaSun said...

hoh...lawa nyer blog...suke2...

faizah said...

@Qider

Kami mmg xbapa nk pantang mkn tp menda sejuk2 n berangin insya allah masih terjaga...yg len bedal dah....heee

faizah said...

@MammaSun

Thanks suna ;">

Unknown said...

faizah, nak cuba nanti kalau takde kenal org amway bgtau la. ada kawan saya duk area sana. boleh mintak tlg dia. sbb kat kedai tu bukan member tak boleh beli da skang.

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D