Bismillah wal hamdulillah...
Arituh awai2 lg the only doctor in my family dr.odah itu da warning... katanya "Jgn amik ayaq selusuh..." erk... awat lak? katanya byk kes jadi kt labor room HTF, amik ayaq selusuh pehtu da xsabaq2 nk beranak jadi anak pra-matang... ada gak kes baby da nk turun tp serviks xbukak... bila ditanya n disoal siasat sume yg jadi gitu berpunca dari amik minyak/ayaq selusuh... for me personally, ayaq/minyak tuh bkn ada apa2 additional bahan pun... semata2 ayaq kosong n minyak kepala kosong... cuma yg bezanya dibacakan ayat2 suci al-quran... so why not?
Masa sy pregnant'kan aisya sy xamik langsung selusuh bagai nehs... bkn xpecaya tp xtau la nk buat lagu mana... cuma minum ayaq akar fatimah je masa tgh sakit nk beranak tuh... tp akhirya kna czer jgk... bkn la nk pecaya ayaq tuh leh bg ilang sakit beranak atau bg baby kuar dgn mudah sume tuh bkn totally jaminan, cuma sbg salah satu ikhtiar n air tuh pun bkn ada apa2 yg memudaratkan, cuma dibacakan ayat2 suci al-quran... yg kita tau setiap ayat2 al-quran adalah sbg penawar bg setiap penyakit kecuali mati... itu istimewa n ajaibnya ayat suci al-quran... kalu dr segi saintifik pulak, ada la 1kajian sy pun xingat dari mana kalu korg penah dgr n baca... molekul2 air berubah apabila dibacakan surah yassin kpd air itu... molekul jd sgt cantek n teratur kalu nk dibandingkan dgn molekul air biasa... itu ajaibnya ayat2 suci al-quran... jadi xmustahil air yg dibacakan dgn zikir2 memuji kebesaran allah dan ayat suci al-quran mempunyai kemampuan penyembuh penyakit tp semua dgn izin n kuasa allah swt jgk...
So, adala gugel cara2 nk buat air/minyak selusuh sndiri... seeloknya air/minyak selusuh ni dibuat oleh org2 alim n byk ibadatnya ataupun lbh afdhal suami sndiri yg buat... nti nk mintak tlg en.abg buatkan la :) sbb kita kan mengandungkan anak suami kita so dgn redha n doa suami insya allah dipermudahkan urusan melahirkan... so sy amik dari satu blog neh yg mcm best jgk... bleh cek kt Cerita Abi ^_^
Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan
kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri
daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak
selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan
ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)
Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh
pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya
(kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air.
Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4
jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi
mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.
Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa
kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah
minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning
keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah
itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam
gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan
minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar
pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan
dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak
(saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan
kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:
*Saya guna minyak Bioselusuh jerk... huhuhu... sbb minyak Bioselusuh pun dari minyak kelapa dara... okla kans...
1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa 1
- Doa 2
3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..
3 sweet persons:
i pon nnti nk mintak org alim buat n suh hubby buat jugak.hihih.i rasa penting ada air selusuh ni kan...sebagai usaha kita:)
@ReYNa
Tuhla kas... :) mg kita sama2 dipermudahkan urusan melahirkan nti...ameen~
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
faizah, ayaq atau minyak selusuh ni ikhtiar kita jgk. kan Allah ada berfirman "berdoalah kepadaku, nescaya akan aku makbulkan ". ni pun salah satu ikhtiar dan doa kita jgk.. kalau saya dua2 anak ambik ayaq dan minyak selusuh.. : )
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D