24.6.11

Maax wanita...

Bismillah wal hamdulillah...

Td terbaca 1post member kt fesbuk mengenai beliau rasa lega da amik maax wanita walaupun da ada medical card sbb dia tgh pregnant... in case apa2 katanya maax wanita tuh insya allah leh cover maternity xmcm medical yg mmg xakan cover maternity case... terkezut la skit... apakah maax wanita nehs??? yelah kan...kita kan golongan wanita jgk for sure la nk tau...tambah2 td adala bersembang2 dgn seorg staf kt department yg baru bekerja kembali setelah hampir 2bln jgk rasanya dia bercuti... heran la lagipun kami 5org ni baru je masuk department tuh so xkenal dgn seorg akak nehs... so td ada la sembang2 dgn dia skit masa masa da nk dkt nk blk... rupanya beliau kena fabroid n da kena buang seluruh sistem peranakkan dia... tsk tsk tsk... ngilu btol dgr... beliau mengalami bleeding smpai kena tmbh 5pine darah... bkn stkt beliau je rupanya ramai btol wanita2 kt kompleks tm tuh menghadapi kes yg sama... cyst la, fabroid la... n yg plg kronik kesah seorg PA yg da xdpt bertugas lg... lama dia cuti rasanya since last year smpai arini... cuti bergaji or tanpa gaji xtaula pulak... tp td depa pakat p antaq brg2 dia kt opis bwk blk umah sbb dia da xdtg lg... sakit dia da trok agaknya... sy pun xkenai staf tuh sapa... asalnya fabroid pastu merebak jadi cancer tahap 3... nauzubillah...

Perempuan ni byk btol terdedah pada cancer2 mcm nehs... terbaru jgk maksu sy ada ketumbuhan di breast n cancer jgk tahap 3... td ada tnya mak progress maksu n mmg kena buang breast yg sebelah tuh... maksu sy tuh 44thn... apa yg sy dok tgk byk faktor yg menyumbang pada penyakit2 tuh plus sume da allah swt tentukan... tp kkdg tabiat pemakanan jgk memaenkan peranan penting... kita skrg ni men mkn je sume menda kan terutamanya diriku..huhu... kakak tuh pesan td kalu xmai period lama2 jgn pandang remeh menda tuh... kakak tuh asalnya period xmai lama jgk pastu bleeding kuar ketol2 mcm org gugur... tgk2 fabroid rupanya... ngeri sgt dgq... yg kakak cancer peringkat ke3 tuh, siap kuar mcm teh susu dari ovari dia n kena keluarkan slalu...dah menanah mungkin dia punya cancer/ketumbuhan sume tuh... ya allah! kes2 mcm ni slalu berlaku kt wanita yg xada anak n xkawen jgk sbnqnya! mcm kakak kt department tuh xdak anak, n PA bos tuh pun lom lg kawen... manakala maksu pulak, dia xpnh breastfeed anak dia walaupun ada 1org anak...jadi jgk breast cancer... mungkin sume ni sbg asbab kan? sbb tuh ada hikmah allah swt bg seorg wanita tuh pregnant n melahirkan anak serta menyusukan anak... :)

Sy terus terfikir nk amik pakej insurance maax wanita neh... walaupun sy mmg da ada medical card prudential tp xmenjamin la nk cover penyakit2 kewanitaan zaman skrg nehs... leh jgk cover in case mcm sy dulu kan kena emergency czer nk bersalin n mcm2 jenis masalah bersalin dia leh cover... rasa cam sgt bgs la... 


Perlindungan Asas

Anda mempunyai pilihan tahap Insurans Hayat yg anda kehendaki dan jumlah ini dinamakan jumlah asas yang diinsuranskan. Jumlah asas diinsuranskan boleh ditambah atau dikurangkan tertakluk kepada keperluan terkini. Apabila meninggal dunia atau hilang upaya keseluruhan kekal sblm umur 65thn, jumlah asas yg diinsuranskan dari baki akaun pelaburan akan dibayar.

Perlindungan Penyakit Wanita

1- Pemeriksaan kesihatan wanita tahunan sbyk RM100 (Ujian darah, pap smear, mammogram, abdomen/pelvis ultrasound)

2- Kanser wanita (payudara, uten, serviks, tiub falopio, ovari, uterus, vagina/vulva)

3- Karsinoma-in-situ (payudara dan uteri serviks)

4- Lupus Eritematosus Sistemik dan Lupus Nefritis

5- Lesion Intrapitelial Skuama Gren Tinggi (HSIL) dgn Displasia Tenat 

6- Fibroid

7- Ovarian Cyst

8- Pembedahan Rekonstruksi muka akibat kemalangan

9- Pembedahan Rekonstruksi payudara akibat kemalangan atau kanser

10- Pemindahan kulit akibat kebakaran dan kanser kulit

11- Keretakkan tulang akibat osteoprosis

12- Artritis Reumatoid dgn komplikasi

Perlindungan Kehamilan Wanita

1- Elaun kelahiran sehingga RM500. Maksima sehingga 3 kelahiran. Faedah harian kemasukkan hospital sbyk RM200 (Maksima 7hari) akibat komplikasi kehamilan 

2- Kematian ibu akibat kelahiran

3- Komplikasi kehamilan seperti penyebaran penggumpulan intravaskular, kehamilan ektopik, mol hidatidform (kandungan molar), kematian "stillbirth", kematian "neonatal", eclampsia, penyakit kongenital bayi seperti sindrome down, spina bifida, tetralogi fallot, transposisi pembuluh utama, kecacatan atrium septum, kecacatan vantrikular septum.

Perlindungan Golden Wanita

Kehilangan upaya kekal utk melakukan sekurang2nya 3 aktiviti kehidupan seharian seperti berikut


  • pemindahan
  • pergerakkan
  • kontinens
  • pakaian
  • mandi/bersihkan diri
  • makan
Akaun Pelaburan

Baki premium anda yg tidak diperuntukkan bagi perlindungan insurans hayat diperuntukkan ke dalam Akaun Pelaburan anda. Anda diberi pilihan dana berkaitan pelaburan MAA yang diurus secara professional, bergantung kepada objektif pelaburan, profil risiko dan ufuk pelaburan.

Maax wanita memberi anda flesibiliti utk menambah secara tetap dgn Maax Saver dgn penambahan serendah RM50 sebulan sementara memberi anda peruntukkan premium sbyk 95%. Malah anda juga diberi fleksibiliti utk menambah pelaburan pd bila2 masa dgn pembayaran sekaligus minimum sbyk RM2000 juga pada peruntukkan premium sbyk 95%. Kemudahan2 ini disediakan supaya anda dpt memaksimumkan pelaburan anda. 

Sy copy dr blog sape ntah... haha! cam ok jgk kan pakej insurans nehs... nti nk survey2 lg... :) sapa yg da amik insurans neh atau ada pengalaman atau infos yg perlu dikongsi sila share ye... sgt2 dialu-alukan... terima kasih :)






   

2 sweet persons:

sharEna said...

Faizah, prudential pon ade jugak perlindungan utk penyakit2 wanita nih. PruLady namanya. since Faizah dah ade protection from Pru, tambah sikit jelah dr installment bulan2 tu dgn add PruLady. contact ejen Pru Faizah ok! =)

PruLady or PruMyChild ehh yg kalo kite bersalin, dia bg saguhati duit RM500 or RM1k. syok tu. nnti utk 2nd child mmg nak amek siap2 lah. hihi =)

f a i z a h 's said...

@sharEna

Serius???ena pun amik jgk ekk?? thanx for advice! :)

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D