25.2.11

Shicida Methods - Cara Jepun Mendidik Anak

Bismillah wal hamdulillah...

Terjumpa term Shicida Methods kt group facebook "Malaysian Parenting Page" n ada lg 1istilah dlm dunia parenting yakni Khalifah Methods... fuh... byk btol ilmu parenting yg sy blom tau lg... malas membaca n mencari mcm ni la jadinya.... huhuhu... kan da blur... siyes sy blur baca mcm2 posting kt group facebook "Malaysian Parenting Page" sonok dok sebelah KL sana nun... byk btol education center utk anak2 kita yg sgt membantu... sbb tuh skrg budak2 makin bijak... ramai budak2 yg layak masuk SBP... pastu mula la KPM penin nak select budak yg btol2 layak masuk skolah berasrama penuh... dunia semakin maju...

Sy tros mengugel istilah Shicida Methods nehs... n sy jmpa la infos skit yg berkaitan... Apa itu Shicida Methods? = kaedah mendidik anak2 berfikir menggunakan otak kanan yg diajar oleh org Jepun. Ini krn otak sebelah kanan lbh efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dgn lbh kerap utk mengaktifkan penggunaanya... Mengikut fakta yg sy baca ni, kaedah ini berkesan kepada anak2 kita hnya dlm masa 1minggu... tuhpun bergantung kepada keupayaan n kebolehan otak anak2 kita dalam menerima kaedah ini... Mari kta tgk!

1)Sewaktu anak hendak tidur atau dia sedang tidur2 ayam... ckp kepadanya dgn sepenuh hati dan sejujurnya yg kita sayangkan anak kita tuh... ckp lg dia anak yg baik, anak yg soleh, anak yg kuat, anak yg bijak krn sewaktu anak kita sdg tidur2 ayam itulah otak kanannya mula berkerja manakala otak kirinya sudah tidur. Tp kena buat seikhlas hati sbb kalu kita buat dlm keadaan marah ia xmenjadi. Kalau dia da tdor, cuba pegang2 tgnnya, badannya supaya dia kembali dlm tidur2 ayam. Cuba praktikkan kepada anak anda terutama kepada mereka yg liat bgn pagi... Insya allah menjadi

2) Mula guna kad utk ajar anak anda. Buat atau beli kad byk2 dan tunjuk kepada mereka cepat2. Insya Allah mereka cpt tangkap sbb bila kita buat laju2 cam tuh otak kanan dia akn berkerja keras utk tangkap apa benda yg kita tunjuk. Pelbagaikan jenis kad contohnya mcm alphabet, numbers, gambar dan sebagainya :)

3) Gerak kerja tgn adalah hasil dari otak kanan jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air, melukis, gunting kertas, membuat origami... Mmg agak leceh n selerak skit la... tp apa salahnya demi anak2 :) nti ajak la anak2 kemas semula brg2 yg berselerak tuh... secara xlangsung dah leh bimbing sahsiah mereka kn? 1lg cuba lukis gambar contohnya gambar rama2 separuh badan shj, pastu minta anak anda sambungkan lukisan

4) Jgn marah2 atau tengking anak sbb mereka boleh ingat atau simpan kejadian itu menggunakan otak kiri mereka. Kalau tanpa sengaja termarah atau tengking anak kita tuh. kembali pada langkah 1, minta maaf pada anak kita dgn ikhlas....

5) Cuba bina daya imiginasi mereka dgn cara bercerita n minta anak kita sambung blk cerita kita tuh. Walaupun cerita mereka merapu tidak mengapa asalkan mereka pnya inisiatif utk berimiginasi

6) Main teka-teki dgn mereka. Cuba letak 1barang dlm kotak kemudian meminta mereka supaya meneka brg di dalam kotak tersebut. Utk permulaan berikan mereka pilihan utk menggambarkan jenis brg di dalam kotak terbabit seperti memberitahu bunyi, warna dan sebagainya. Lama-kelamaan mereka blh membangunkan deria keenam (Sixth Sense) dgn menumpukan perhatian kepada benda yg berada di dalam kotak terbabit. Ini semua adalah utk mengaktifkan otak disebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yg hendak dilakukan itu boleh dilakukan hanya setgh jam sehari. Tidak perlu lama2 kerana ia boleh menyebabkan anak kita merasa bosan.

Sebelum melakukan semua kaedah ini pastikan anda betul2 mempunyai cukup masa pada ketika itu. Pendekatan ini memerlukan pendekatan yg bersungguh2 serta ikhlas. Dalam islam pun menggalakkan ibu bapa berckp dgn anak sblm mereka tidur kerana diwaktu itulah antara waktu2 doa dimakbulkan. Lagipun minda anak berada dlm keadaan releks dan santai. Seorg kaunselor ada menasihatkan bahawa jgn menyebut perkataan JANGAN dgn anak. Apa yg kita sebut itulah yg mereka buat. Cuba gantikan perkataan JANGAN dgn perkataan lain bagi menyampaikan maksud... Contohnya gantikan dgn ayat "Along...tolong senyap..." daripada "Along jangan bising" 

Sharing is Caring....


2 sweet persons:

ssy said...

good sharing dear...! ;) nanti nk masuk page kat fb...tq!

f a i z a h 's said...

@ssy

Ok welkam...join2...jgn xjoin~! :)

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D