12.10.10

Anak kedua vs family planning...

Bismillah wal hamdulillah...

Rasa terpanggil utk membuat entri berbaur future planning cenggini... eceli setelah membaca entri Dayu dan Kunaz tros terasa nk wat gak~! hihi :D sy pn sama mcm awk gak dayu! anak da 5bln lbh baru terfikir nk amik perancang... bukan DAH AMIK perancang ye! baru TERFIKIR OKE~ haha... oh jgn gelak2 faizah ini adalah perkara serius (-_-") mula tercari2 infos mengenai FAMILY PLANNING...aduhai... ada tnya seorg kakak kt tmpt gheja sy tuh dia ckp "kalau nk amik perancang dgn klinik kesihatan kena follow up dgn depa...kena Pap Smear bagai..." erkk... yeke... bab Pap Smear bagai tuh nanti la dulu (-_-") mmgla nk buat tp ye2... nanti dulu boleh x?? bahaya ke kalu hold dulu kejap Pap Smear tersebut??? sy terbayang kejadian seluk menyeluk masa hari melahirkan aisya dulu... tp xdakla ngeri sgt pn... sy ingat lg masa first time kena seluk tuh xrasa apa2 sgt pn sbb contraction da sgt kuat even bukaan servicks baru 2cm... oh! sgtlah sakit... huhu... ok2 lupakan2 :)

Our Family Planning

Fuhhh..siap method2 lg...ehhe... antara yg menjadi pilihan adalah di'listdownkan...setiap method tuh di dapati ada pros n consnya... cuma nk cari yg btol2 sesuai dgn diri ini n dipersetujui en.somi :"> ok firstly first thing, haruslah diingatkan Family Planning ni dari konteks dan pandangan islam... moh kita lihat bersama2 :D


  • Hukum Menjarakkan Anak dalam Islam
    • Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 telah menetapkan bhwa kontrasepsi untuk mengurankan bilangan anak adalah haram kecuali atas sbb2 yg mengharuskannya dan perlu dilakukan dgn cara tidak kekal atau tidak memandulkan
    • Keadaan diharuskan adalah keadaan isteri yg lemah dan sakit (ye benar... pas bersalin ingat sihat je ke sokmo???), pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung lbh kerap atau masih menyusukan bayi (ye2...masih menyusukan aisya...), dan kandungan blh menyebabkan gangguan mental pada ibu (haha..mungkin jgk kerna beranak kerap sgt... stress2...)
    • Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana faktor kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah HARUS~!
  • Siapa yg terlibat?
    • Mereka yg baru berkahwin dan masih belum bersedia menimang cahaya mata
    • Individu yg mempunyai masalah kesihatan dan tidak digalakkan mempunyai kelahiran yg byk
    • Seorg wanita yg boleh menggunakan kaedah perancang keluarga jika diperlukan seawal 18thn ke atas
  • Tempoh Jarak Kelahiran
    • Bergantung kepada kemampuan dan keadaan keluarga berkenaan. Seelok2nya tempoh yg baek menjarakkan kelahiran adalah sekurang2nya 2thn bagi memberi peluang si ibu membina kesihatan seperti sedia kala serta memberikan masa penjagaan yg sempurna bagi anak yg baru lahir. SELAIN ITU MEMBERIKAN PELUANG KEPADA ANAK MENYUSU SECARA EKSKLUSIF SELAMA 6BULAN PERTAMA SETERUSNYA SELAMA 2TAHUN
    • Pada 2tahun pertama perkembangan fizikal dan mental seorg anak itu adalah sgt penting sekaligus memberikan peluang kepada suami isteri menstabilkan ekonomi terlebih dahulu dan ini menjamin keharmonian rumahtangga :)
  • Kaedah-kaedah perangcang keluarga
    • Natural
      • Mengelakkan waktu subur seorg wanita
      • menggunakan cara rhythm bg mengelakkan waktu subur dgn mengira waktu haid terpendek tolak 20hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid terpnjg ditolak dgn 11 (aiyooo penin2...lg2 period xregular mcm i... renyahnye nk kira2 neh...)
      • jadi kena elak hbgn kelamin pd lbh krg hari ke8 hingga ke24 if kitaran haid mereka 24-35hari (erk lamanya....huhuhuhu)
      • Boleh jgk mengesan waktu subur dgn cara perbezaan cecair yg keluar dari faraj yakni waktu subur cecair yg keluar bertukar dari warna putih yg pekat kepada lendir yg jernih dan cair
      • Ini disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen dan pertukaran kpd lendir cair yg jernih
      • waktu ini jgk suhu bdn wanita akn naek 0.5 dan blh dikesan menggunakan thermometer ovulusi pada waktu bgn tdo
    • Pil Perancang Keluarga
      • Ia mengandungi hormon estrogen dan progestogen
      • Cara utama menghalang kehamilan ialah dgn menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seorg wanita
      • Menjadikan lendir dari pintu rahim wanita lebih pekat dan ini menghalang kenaikan sperma masuk ke dlm rahim
      • Jika diikuti peraturan mkn dgn btul keberkesanannya mengelakkan kelahiran adalah sbyk 99.9%
      • Harus diingatkan kkdg kita mungkin xserasi dgn jenis pil perancang tertentu. Mmg xdak side efek yg trok tp adakala wanita itu jadi GEMUK secara tiba2 atau KURUS secara tiba2.... bergantung pada penerimaan badan setiap individu. 
      • BEWARE! Jgn smpai suami rasa xseronok bila bersenggama dgn isteri
    • Suntikan
      • Menggunakan hormon progestogen disuntik setiap 2bln bergantung kpd hormon yg digunakan.
      • disebabkan dos yg tinggi ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari disamping menyebabkan lendir yg pekat
      • Boleh menyebabkan pendarahan yg tidak menentu
    • Alat dalam rahim
      • Disimpan selama 3-5thn dlm rahim wanita
      • kesannya blh menyebabkan pendarahan 
    • Kaedah barrier atau halangan
      • Kondom 
      • tidak begitu berkesan krn keberkesanannya cuma lbh krg 60 hingga 0 jika digunakan dgn betul tp ia adalah salah satu cara utk mengelak penyakit HIV atau penyakit kelamin
      • kondom wanita - diafram alat penutup pintu rahim n span 
      • takut jgk kalau kondom tuh terkoyak waktu 'bersama' jadi kes naya laks :D
    • Implan
      • mengandungi hormon progestogen yg dimasukkan dibawah kulit dibawah lengan
      • menghalang pengeluaran telur dari ovari
      • boleh dipakai sehingga 3-5thn
      • berkesannya sehingga 99%
    • Sterilisasi
      • boleh dilakukan pada kaum wanita atau lelaki
      • kekal
      • saluran fallopio wanita diikat atau dipotong bg mengelakkan pengeluaran telur n wanita itu mmg tidak akan mengandung
      • vasektomi adalah kaedah kekal bg lelaki
      • saluran vasdeferens dipotong sedikit atau diikat
    • Tradisional
      • Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama utk mengelakkan kehamilan
Byknye kan skrg mcm2 kaedah perancang keluarga n antara senarai2 ni sy n en.somi mcm da decide nk amik pil je plg mudah n berkesan compare to cara2 laen... cara2 laen mcm rumit je... hihi... tp mkn pil pn leh jadi rumit kalau xikut dgn btol... so kenala displin skit kalu tak nti leh pregnant dgn mudah... oh tidak buat masa ni ye~! harap2 tuh kaedah yg bakal kami pratikkan tuh memberi kesan yg baek la... harap2 sesuai dgn badan sy... xdecide lg nk bli pil jenis apa... sdehnya takot susu merudum... tsk tsk tsk :( sy terpaksa sbb sy kan operation... mmg kesihatan tuh sgtla dalam keadaan kena jaga btol2... xleh pregnant cpt2... luka kt dlm ni xtaula mcm mana kan... btol2 da baek ke macam mana... sbb tuh org yg pregnant operation neh doc ckp kena jarakkan kehamilan AT LEAST 18bulan... 

Merancang anak kedua

Kami merancang utk ada anak ke2 yakni aisya jadi kakak insya allah dlm masa 2-3thn akn dtg... cpt sgt ke atau lambat sgt?? tp AT LEAST aisya umo 2thn la kot... abes cpt pn sy leh pregnant blk adalah ujung thn depan baru dpt tau pregnant... ok ke? keh3...ke cpt sgt... ok2... plg cpt masa besday aisya yg ke 2 kot... haha! xberani la nk janji2 sgt... takut terawai pregnant atau terlewat je dari plan... so tawakkal je la pada allah... yg yg penting kena ikhtiar JANGAN TERLALU AWAL... bkn apa bahaya~! 

Fuhhh...cuak2 bila fikir sume tuh... tp takkan la nk anak 1org ni je kot... apa2 pn berdoa mg allah swt permudahkan sgalanya... ameen


4 sweet persons:

ღnFashyaღ said...

huuuuuuuu..takutnya bila memikirkan pasal family planning ni, fashya pun xde planning ape2, since tak period lagi...so, cam rilex je..lagipun jarang jumpe husband...tak tau nak guna yang mane.yang merunsingkan bila susu kurang bila dah gune method family planning ni...

f a i z a h 's said...

tuhla fashya...tp ada kes xperiod pas bersalin leh pregnant jgk tau...sy ada dgr! tp awk releks2 je la sbb awk bersalin normal...sy operation mmg WAJIB plan btol2...silap langkah merana diri...huhu

alinalan said...

menarik. But before proceed moh baca pro & con sume bendalah tuh & keberkesanannya...

http://alinalan.blogspot.com/2010/10/tahukah-anda-kebaikan-keburukan.html

Ummi Shira (AshAnas) said...

km merancang guna kaedah yg islam ajar... insya'Allah, berkesan... shira xamik pil n suntikan sume tu... mule tu km cdg nk bg anas 2 tahun dulu... tp kesian tgk dia dok main sorg2 sbb dia sepupu pun xdak lagi... so, tukar plan, bila anas 2 tahun dpt adik, hehe...

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D