13.7.09

Perihal asid folik...(more explaination)

Bismillah wal hamdulillah...

Membelek paper metro pagi tadi, terlihat satu artikel yg sy kira leh la dikongsi bersama di sini ^_^ Mari~!!!

Ruangan pakar sakit puan bersama Dr. Adilah Ahmat...

Asid folik kurang risiko kecacatan bayi

Soalan:
ADAKAH wanita hamil perlu mengambil pil asid folik sejak awal kehamilan sehingga tempoh sembilan bulan berkenaan? Saya kurang mengambil pil asid folik dan kini kandungan saya sudah memasuki lima bulan.

Jawapan:
ASID folik adalah sejenis vitamin B. Terdapat 12 jenis vitamin B. Asid folik dilaporkan dapat menurunkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang (sistem tiub neural) janin atau bayi sehingga 80 peratus.

Ini adalah penurunan risiko yang besar.

Pembentukan otak (dan organ lain) janin berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan (12 minggu ke bawah). Apabila seseorang disahkan hamil melalui ujian air kencing, usia kandungannya sudah pun lima minggu.

Doktor lazimnya menasihatkan wanita mula mengambil pil asid folik sebanyak lima miligram atau sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari seawal sebulan sebelum memulakan kehamilan.

Secara praktiknya memandangkan kita tidak pasti bila kita akan hamil, maka pengambilan pil asid folik elok dimulakan bila-bila masa sama ada sebulan sebelum perkahwinan atau sebulan sebelum menghentikan pengambilan kaedah mencegah kehamilan.

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan berkaitan seperti bayi tanpa tempurung kepala (anencephaly), asid folik, elok diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan.

Dengan usia anda, sistem otak janin sudah pun terbentuk. Malah, ia dapat dilihat menerusi imbasan ultra bunyi. Ramai yang menginginkan anak yang normal, sihat dan cerdik.

Pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen berkaitan dapat memberi sumber makanan optimum kepada janin anda, tanpa menunggu sehingga selepas kelahiran.

Selain itu, tidak salah jika anda ingin meneruskan pengambilannya kini. Kajian juga ada melaporkan kebaikan lain asid folik seperti mengurangkan risiko nyanyuk apabila berusia lewat kelak.

Vitamin B pula seperti vitamin C iaitu bersifat larut air, pengambilan dalam dos berlebihan akan bersifat membazir kerana ia akan keluar di dalam air kencing atau najis. Anda juga dinasihatkan mendapat nasihat doktor anda sebelum pengambilan suplemen lain.

p/s: Ha... so bg sapa2 plan nk kawen, plan nk dpt anak cpt so better amik awal asid folik neh... once kita da kawen, kita xtau bila kita leh pregnant...sama ada cpt atau lmbt (bg yg tidak merancang) so just be careful oke~! ^_~

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D