10.4.09

Muhasabah Jumaat...



Bismillah wal hamdulillah...

Tiba2 terasa sgt sentimental pada pagi jumaat ini...bila mengenangkan diri akan berganjak meninggalkan zaman bujang yang telah sekian lama dilalui... about 25 tahun lamanya, syahdu jgk rasa...kenangan2 bergelar single...pahit manis bergelar single sudah pasti xakan dilupakan...mengharapkan kenangan selepas bergelar isteri dan memiliki seorg bernama suami disisi bakal mencorakkan lakaran hidup dgn ukiran pengalaman, ilmu, kenangan yg pastinya tersangat indah utk dikenang kelak...insya allah.... ^_~



Terkenang detik2 di zaman hingusan bergelar kanak2 ribena, zaman persekolah, lalu berganjak meneruskan pengajian ke universiti seterusnya ke alam perkerjaan... terlalu byk utk dicoretkan n terlalu padat utk dirakamkan... segalanya indah dihiasi dgn gelak tawa gembira juga dengan linangan air mata kekecewaan... yg pastinya tak akan dapat diulang lg... Selepas termeterai ijab dan kabul, janji dan setia, perubahan status dan fasa kehidupan yg besar dalam hidup saya bakal berlaku... seorang isteri... seorang ibu dan seterusnya berganjak ke alam dewasa... merangkak ke alam tua... memiliki cucu+cicit (if umur masih panjang...) dan berangkat ke alam barzakh meninggalkan alam dunia fana ini... begitulah kehidupan setiap yg bergelar manusia n insan dimuka bumi allah swt ini... dan jgn lupa kita bakal disoal.. dgn apakah usia muda kita dan segenab usia kita dihabiskan? dengan apakah usia yg allah swt kurniakan ini kita manfaatkan? bagaimanakah kita menghabiskan usia yg allah swt amanahkan ini? gerun mengenangkannya... krn setiap manusia itu tidak pernah akn dpt lari dari melakukan dosa dan kesilapan... slalulah bermuhasabah diri memohon keampunan daripadaNYA... Sesungguhnya dia Maha Mendengar lagi Maha Menerima taubat hamba-hambaNYA...



0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D