1.11.08

Petua Kesihatan....




Skrg ni saya tgh extreme nk try satu petua kesihatan terutamanya utk wanita... ramai gak la yg nasihatkan saya utk mencuba petua ini. So, saya sgt teruja utk mencuba... xperlukan belanja yg besar...kalau nk lg save, tanam pucuk pegaga ini dikawasan rumah anda...boleh amik bila2 masa ja...senang kan? ^_^ Besides menjadikan pegaga ini as ulaman, ia juga boleh diambil dalam bentuk jus ataupun boleh disediakan dalam bentuk kerabu yg lebih enak dan kreatif~

Antara khasiat dan kegunaan pegaga termasuklah:

* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin


Ini kerana daripada daun pegaga ke akarnya pegaga banyak khasiat yang boleh dibuat ulam dan dijadikan jus minuman.

"Apabila membuat jus,kisar daun dan akarnya sekali. Seikat daun pegaga dicampur segelas air panas dikisar dan ditapis sebelum dicampur gula batu boleh menjadi tonik untuk kecergasan khususnya wanita dalam pantang. Hampasnya pula boleh dijadikan pencuci muka dengan meyapu dan berselawat tiga kali,"

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:

1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil

2. Pokok pegaga daun lebar

3. Pokok pegaga kelantan

4. Pokok pegaga renek

5. Pokok pegaga salad

6. Pokok pegaga gajah

7. Pokok pegaga brunei

Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah Daun kaki kuda, Tikusan, Pani gowang, Pegagan.


0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D