Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

2.5.17

Officially mother of four

Bismillah wal hamdulillah...

Blog sendu ni macam menanti masa nak terkubur ja... huhu... tapi kadang2 bila saya tak ingat sesuatu terutamanya milestones anak2 memang selalu refer sini... jadi sayang juga nak biar terkubur... banyak juga milestones anak2 yang tak sempat saya tulis di blog... apatah lagi anak dah masuk 4org lagi la masa tuh berkurangan... tapi nak juga abadikan kat sini...

Pada tanggal 17April2017 saya selamat melahirkan seorang lagi mujahid pembela dan penolong agama ALLAH SWT, baby boy, 2.75kg di Hospital Tuanku Fauziah... lengkaplah kiranya keluarga kecil kami dengan 2orang puteri dan 2orang putera pinjaman dan anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa... Semoga amanah yg dipinjamkan ini menjadi asbab kepada ummi dan ayah menjadi hamba yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA, menjauhi laranganNYA, dan menjadikan kita setia di jalanNYA... ameen ya rabb...

Masih dalam fasa penyesuaian diri... agak lama rasanya tak handle newborn... setiap anak ada keistimewaan masing-masing, dan bagi ummi setiap dari kamu adalah umpama anak sulung ummi... terlalu istimewa... Syukur ya allah atas anugerah berharga ini...

Anak ke-4, putera ke-2 diberi nama ANAS MUKHLIS BIN MOHD ASYRAF... Bermaksud, ANAS = ceria dan kasih sayang MUKHLIS = orang yang ikhlas... 
 
Admit ward seperti biasa ada jaundis
Tag
Home sweet home...

9.2.17

Entering 3rd trimester...

Bismillah wal hamdulillah...

Syukur alhamdulillah, 4thn pregnancy sudah masuk fasa ketiga kehamilan yakni 3rd trimester...bermakna 7bulan la kan? kadang2 'lost track' dek kerana kesibukkan dengan urusan duniawi terutamanya hal2 melibatkan sesi persekolahan anak-anak... baru 2orang anak di alam persekolahan... seorang baru tadika tapi kelam kabut dia tuh fuh menguji mental dan fizikal... dalam masa beberapa bulan lagi menambah ahli baru lagi... tak tahulah kudrat ummi ni macam mana ye... orang kata kalau dah sebab anak, seorang ibu itu sanggup je redah apa pun cabaran yang bakal tiba... tak mau nak fikir bukan2 'just follow with the flow' orang kata... yang penting banyakkan doa semoga dipermudahkan segala urusan baik dari segi nak hadap fasa sarat ala2 penguin jalan, fasa melahirkan, fasa berpantamg, menyusukan dan sebagainya with 4kids... *tarik napas dalam2*

Secara peribadinya mungkin rasa kurang kesediaan menghadapi 4th pregnancy ni membuatkan saya rasa serba tak kena tapi secara jujurnya... tuhdia semua secara na... :D pregnancy kali ni takdakla beza jauh sangat dengan 3pregnancies sebelum ni pun... cuma kepenatan dari segi kudrat tuhla yang menguji sikit sebab mungkin faktor usia yang dah menjangkau ke angka 33 this year... dan sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak menjadikan sy sangat pantang dari 'me time' mesti nak tidur tak kira siang malam... haha! sangat kurang sihat habit ini... masa 3rd trimester ni kena start dah 'workout' untun pregnancy... masih menikmati tidur malam yang 'heaven' since ammar dah 'wean off breastfeed' sejak beliau berusia 2tahun 10bulan... alhamdulillah ammar tak banyak karenah sejak dah masuk usia 3tahun ni senang diuruskan... cuma susah tidur waktu siang... waktu malam ok je tidur je 'direct' dari malam sampai siang... ummi la pulak dah semakin kerap ke 'toilet' malam2... ada kot dalam 1-2kali... bergantung pada jumlah pengambilan air la jugak... so far so good... manageable lagi... sakit2 badan tuh pun tak ada lagi... ada kot sakit pinggang sikit2, dan dah terasa perut memberat ke depan... saspens jugak adakah kali ini bakal berhadapan sakit 'joint' paha seperti pregnant ammar?? so far tak ada lagi sakit joint... physically memang alhamdulillah sihat... dari segi result check up pun nurse sangat berpuas hati... tak ada sebarang masalah kesihatan... syukur alhamdulillah dipermudahkan segalanya... cuma nak hadap proses bersalin saja... saya adalah sangat takut untuk 'dilapah' lagi... T_T hanya mampu berdoa sahaja semoga dikurniakan hati yang ikhlas dan redha, sabar serta bertawakkal kepada allah swt atas apa yang bakal dilalui... semuanya sudah tertulis untuk saya... -__-

 

2kali check up dan scan, gender 4th baby dah diketahui... kalau tak salah mesin scan ni insya allah geng abang chik ammar... cukup dah kot 2pasang... haha! wallahu'alam... 

1.2.17

Welcome february 2017 & 4th journey...

Bismillah wal hamdulillah... 

Dah februari, how time flies... keadaan kehidupan dengan rutin baru masih huru-hara hakikatnya... terfikir juga bagaimana nak hadapi rutin selepas bergelar ibu kepada 4orang cahaya mata... sungguh tidak dapat dibayangkan... bermula dari fasa sarat, melahirkan, berpantang dan bermulalah detik mengusung keempat-empat mereka... moga dikurniakan kesihatan yang baik kepada ummi, serta fizikal & mental yang mantap... ameen...

Memasuki minggu ke 27 minggu ini... keadaan fizikal yang semakin tidak selesa... kerap terkena pedih ulu hati, dan atas perut menjadi keras... last 2weeks ada membuat pemeriksaan di hospital swasta yakni di Amanjaya Specialist... pertama kali membuat pemeriksaan di sini... selama ini setia dengan Dr. Annuar Husaini INS Specialist, tapi kali ini terasa ingin tukar angin kepada Dr. Mathews di ASC Sg. Petani... Pengamal perubatan yang jauh lebih serasi dengan jiwa ini... syukur alhamdulillah walaupun sudah anak ke-4 barulah berpeluang bertemu doktor hebat ini, namun 'better late than never'. Isu ini saya tak pasti boleh berdiskusi secara terbuka atau tidak sebab saya yakin ada sesetengah pihak/orang perseorangan tidak berapa suka akan isu ini... saya pun tak pasti kenapa... mungkin terlebih 'concern'? Atau buat-buat 'concern' sekadar menggangu gugat emosi saya? wallahu'alam... mungkin saya terlalu paranoid... apa-apa pun saya yakin apa yang saya buat, dan ia disokong oleh seorang pengamal perubatan yang banyak buat 'research' hakikatnya ilmu ALLAH SWT itu Maha Luas... jadi siapalah kita untuk menidakkan segala kemungkinan yang MUNGKIN boleh berlaku... ok abaikan hal itu... nanti ada peluang saya cerita lebih lanjut mungkin perlu untuk panduan sesiapa yang memerlukan diluar sana...

Keadaan baby yg ke-4 alhamdulillah syukur baik2 sahaja... setiap pregnancy adalah pengalaman baru bagi saya walaupun dah ke-4... ada simptom2 pregnancy yg baru dan ada yang 'copy paste' dari kakak2 dan abang... kudrat dan tenaga sebagai ibu yang sudah meningkat usia kepada 33tahun, tahun ini tentulah berbeza daripada kudrat dan tenaga semasa 1st pregnancy dulu yang masih lagi dalam fasa 20an... saya memang kagum dengan ibu-ibu yang pada usia 40tahun ke atas masih lagi kuat mengendong 1lagi nyawa bersama-sama... agaknya kondisi kesihatan masing-masing memainkan peranan penting, dari segi pemakanan, berat badan dan rutin senaman yang konsisten... sebulan sebelum conceive yang ke-4 syukurlah sempat mengamalkan beberapa rutin senaman yang konsisten jadi pregnancy kali ni kurang sakit belakang, betis dan badan... ada lenguh-lenguh pinggang yang biasa sahaja walaupun tidak mengamalkan sebarang 'supplements' moden. Cuma mengamalkan pemakanan yang sihat walaupun kadang-kadang terbabas-babas dek kerna 'mengidam' kononya :D keadaan sekarang kerap terkena pediul ulu hati dan jantung berdebar-debar kalau 'consume' caffeine secara berlebihan... sebelum ni memang tak ada masalah itu... :( 'lastest' scan di ASC kepala baby masih di atas menyebabkan pedih ulu hati mungkin akan kerap berlaku... sama keadaan dengan ammar dulu 25weeks masih lagi kepala di atas... kedua kakak awal lagi kepala dah ke bawah... :D mungkin perut ummi dah luas jadi baby selesa begitu... almaklum dah masuk anak ke-4...

Apa-apa pun didoakan semoga dipermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat... banyak ingin dicoretkan sebagai rujukan di masa akan datang... tapi kepincangan idea sudah... haha! ayat pun ntah apa2... :D