8.4.20

Pandemic covid-19 and restriction movement order

Bismillah wal hamdulillah...

2020 dalam sejarah... sejarah untuk Malaysia dan sejarah untuk dunia juga. Wabak penyakit macam ni memang pernah menjadi 1titik hitam dalam sejarah dunia beberapa kali dan dari situlah bermulah ciptaan vaksin bagi mencegah penyakit itu kembali menular lazimnya disebabkan oleh serangan virus. Tiada antibiotic boleh melawan serangan virus hanya sistem immune manusia sahaja boleh melawan. Bagi yg mempunyai masalah sistem immune yg lemah memang menjadi sesuatu yg membimbangkan kerana ia boleh membawa maut. 

Begitulah secara ringkasnya mengenai wabak covid19 yg mula dikesan di daerah Wuhan China sekitar nov 2019 sebab itu dinamakan covid19. Sejenis coronavirus adik beradik SARS dan MerC, tetapi lebih powerful mungkin dah termutasi jadi ia dikenali dengan nama novel coronavirus atau covid19. Tulis kat sinilah sebagai kenangan masa akan datang sementara dalam tempoh iddah ni haha... tempoh PKP. Hari ni merupakan hari ke22 Malaysia berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan atau restriction movement control. Malaysia belum lagi diisytihar total lockdown. Hari Jumaat ni penentu sama ada tempoh PKP atau RMO diteruskan atau tidak. Dah tak boleh fikir dah sebab bimbang jumlah kes positif covid19 semakin bertambah diikuti dengan jumlah kematian, yg dimasukkan ke ICU dan memerlukan sokongan mesin pernafasan juga bertambah... sedih kan?

Sama2 la berdoa agar Malaysia seterusnya dunia bebas dari wabak ini... sama2 la memuhasabah diri apa salahnya kita semua kepada TUHAN pencipta alam ini... 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D