14.3.17

Filem Seram "Dark Water" versi mat salleh...

Bismillah wal hamdulillah...

Masa zaman belajar dulu ada jugak layan movie "Dark Water" ni tapi versi orang Jepun... betulkan saya kalau saya silap... tapi tak ada kesan sangat bagi saya... jalan cerita lebih kurang sama... cerita budak perempuan meninggal lemas dalam tangki air apartment/flat, lepas tu menghantui salah seorang penghuni. Versi Jepun saya tak berapa ingat 'exact' jalan cerita... tapi yang versi omputih ni dah 2kali tengok boleh ingat 'exactly' jalan cerita dia dan rasa sangat banyak pengajaran yang saya dapat sebagai seorang ibu...

Tak pernah-pernah buat 'review' movie hehe :D tapi serius tak boleh nak 'move on' dengan Dark Water ni setiap kali tengok part last tuh mesti menitis air mata...kah3 emo sangat kot... tapi tetap layan jugak... Tengok "Sunk into Womb" pun tak teriak (cover jugak la) tapi Dark Water ni tak boleh nak cover :( Kisah bermula apabila sepasang suami isteri berpisah dan meninggalkan seorang anak perempuan bernama Cecilia Williams berusia 6tahun... Ibu kepada budak perempuan ni pun ada kisah silam menyayat hati iaitu dia pernah diabaikan oleh ibu bapa dia sendiri... Tetapi dia tak pernah mengabaikan anak perempuan dia tuh walaupun jodoh dengan suami beliau tak panjang... Ibu Cecilia ni namanya Dahlia William... Efek cerita ni yang asik hujan menambahkan lagi kesuraman di hati...huhu

Lepas dah 'divorce' Dahlia memang fight untuk hak penjagaan anak dia Cecilia... dia terpaksa berpindah jauh dari New Jersey sebab tak mampu nk sewa rumah area New Jersey which is bandar yang besar jadi sewa pun mahal... Dia pi kat sebuah bandar kecil nama tak pasti tapi katanya berdekatan dengan Manhattan kot kalau tak salah... sewa di bandar tuh sedikit murah sementara dia kena cari kerja baru untuk jaga Cecilia... Dari situlah bermula dia menyewa sebuah apartment yang berdekatan dengan sekolah senang dia nak ulang alik hantar Cecilia... Pada awalnya Cecilia macam tak berkenan nak berpindah kat bandar kecik macam tuh... tapi dek kerna terjumpa beg Hello Kitty dekat roof top apartment tuh Cecilia pun pujuk ibu dia untuk stay je kat situ walaupun apartment tuh nampak suram, lepas tu siling pun asik bocor...

Adala adegen gadoh2 mak ayah Cecilia ni masing-masing nak dapatkan hak penjagaan sampai depa lupa keadaan itu sangat memberi tekanan pada Cecilia yang tak faham apa... Baru berumur 6tahun kan... Kiranya kisah misteri yang terjadi di apartment tuh memang memberi pengajaran la buat Dahlia... Dahlia dan Cecilia di hantui dengan cerita-cerita dan bayangan2 pelik dari seorang budak bernama Natasha Rimsky... Natasha tuh nak berkawan dengan Cecilia sebab dia juga diabaikan oleh mak ayah sendiri sampai dia jatuh lemas dalam tangki air pun tak ada sapa tahu... Kesian sangat kan? Jadi roh Natasha ni nak bagitahu la yang dia lemas seorang2 dalam tangki air dekat roof top apartment tuh... Ayah Natasha ni balik pi Rusia n mak dia pi ke mana ntah si ayah dok fikir yang Natasha ni dok  dengan mak dia dan mak dia pulak fikir Natasha ni follow ayah dia... ha dah jadi lost di situ memang tak peduli anak sungguhla... Pastu penjaga apartment tuh melakukan kecuaian di mana di lupa kunci pintu roof top tuh jadi dia tahu ada budak lemas dalam tuh... tapi dia tak report... takut kena tangkap sebab cuai... Jadi tak ada sapa la tau mayat Natasha dok ada dalam tangki air tuh....

Akhirnya, Dahlia bermimpi pasai budak tuh yang membawa kepada penemuan mayat budak bernama Natasha Rimsky... Roh Natasha ni dok cari kawan dah dia jumpa Cecilia dia tak nak lepas la budak tuh sebab dia memang keseorangan... Bila roh Natasha ni dapat tahu yang Cecilia dan mak dia Dahlia nak pindah dia pun bercadang nak bunuh si Cecilia sebab nak jadikan kawan dia... part ni memang paling sedih, roh Natasha cuba nak lemaskan Cecilia dalam tab mandi tapi mak Cecilia (Dahlia) merayu kepada Natasha untuk lepaskan Cecilia dan ambil dia sebagai ganti... Akhirnya mak Cecilia ni meninggal kononnya sebagai ganti peneman si Natasha... Sedih sangat rasa pengorbanan seorang ibu... walaupun dah berpisah suami isteri akhir sekali depa ni plan nk duduk dekat2 supaya dapat besarkan Cecilia sama-sama jadi Cecilia tak pening kepala nak pilih mak atau ayah dia... at the end tak sempat pindah mak Cecilia meninggal... tapi roh Dahlia ni ada la dok pesan kalau dia perlukan ibu, mai saja melawat mak dia di apartment tuh... mak dia ada untuk Cecilia walaupun dah tak wujud di alam nyata.... huhuhuhu...sedih sangat rasa... :(

Ok sekian dok emo seorang2... :P

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D