24.11.15

Kak Shiba yang sakit...



Bismillah wal hamdulillah...

Nak dekat seminggu tak 'update blog'... hari tuh beriya sangat nak 'update' blog secara konsisten... Kak shiba tercinta ni kena 'virus' tiba-tiba... saya ingat 'line streamyx' punya pasai... 'slow' sangat nak 'loading'. Lepas tuh sesetengah 'website' saya tak dapat 'browse'. Termasuk 'Nuffnang'. Haruslah nak 'browse' Nuffnang sokmo sebab nak tengok hasil tabungan kan... hehe :D

Mula-mula guna Mozilla, lepas tuh tukar kepada Chrome...pun jadi masalah yang sama... awalnya ok selepas 1-2bulan penggunaan masalah yang sama juga. Lepas itu 'latest' saya guna Opera. Hairan la juga kenapa jadi macam tuh... Lupa rupanya 'licence' Kaspersky dah 'expired'. Nak 'install' Kaspersky dah tak lepas katanya sebab ada 'virus'... Punah! Kena 'format' balik la kot sebab kak shiba ni dah macam mayat hidup... 'slow' sampai nak klik pun ambil masa... hazabedah mak... Acane nak 'install antivirus' pun tak lepas... 'Format' je lah... USB pun tak boleh 'read'... Adoi kronik dah kak shiba ni...

Kelebet2 punya kelebet, 'try' install 'antivirus free' dulu la mana tahu boleh kan... Saya try install Avira... Nah haihhh... 'virus' dok ada dalam 10 lebih jenis 'virus'. Lepas dah 'delete' semua 'virus' saya cuba 'install' Kaspersky sebab dah terbeli 'licence' dia... kena 'install' dalam masa 1minggu. Alhamdulillah dapat juga 'install'. Dah 'scan' semua alhamdulillah kak shiba dah kembali pantas lagi cergas seperti sebelum ini... lega sangat tak ada lah dok tunggu 'loading' sampai sehari suntuk... 

Lama dah tak godek-godek pc/laptop ni...zaman kerja dulu yelah dah kerja kan walaupun tak pandai sangat... tapi akai tuh adalah macam mana nak buat 'if' berhadapan dengan masalah... malas fikir dah sekarang, yang saya tahu hanya mengadu kat en.abg... penin en.abg nak melayan padahal boleh ja fikir sendiri tapi saja mengada haha! :P

Sekian, kisah kak shiba yang banyak berjasa... semoga sihat-sihat sokmo kak shiba!


 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D