7.7.15

10 Malam Terakhir Ramadhan...

Bismillah wal hamdulillah... 

YA ALLAH, kejap sangat rasa masa berlalu... malam ni dah masuk 10malam terakhir... tak tau mcm mana tunggang terbaliknya daily life... haha! adoila...sepatutnya semakin stabil sebab tahun ni dah takdak baby kecik...ada toddlers yg semakin lasak sahaja...masing-masing dgn peel the explorer... memang penat jgk seharian melayan kelasakkan dan karenah seorang2... baru 3orang... dah2 jangan cari alasan...sepatutnya jadikan sebagai 1peluang untuk memulakan jihad kerana jihad seorang wanita itu adalah dalam rumahtangganya... jadi ayuhla wanita semua...hehe :)

Tahun ni macam nak tukar sikitla budaya yg terbawak2 setelah sekian lama... dah masuk umur fasa 30an dah rasanya kena lakukan sedikit perubahan... 10malam terakhir ramadhan tuh mula la sibuk dengan baju raya, kuih raya, juadah hari raya, semua raya... tahun ni biarlah hambar sikit takpe sambutan syawalnya tp kita utamakan dengan 10malam terakhir ni dulu...tp tidak bermakna Syawal nak dilupakan sebab Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi ummat Islam... haruslah kita meraikan dengan kesyukuran... tapi jangan berlebihan sampai membazir dan seumpamanya... Bagi saya, kita kena ingat pada yg kurang upaya, kurang berkemampuan jadi perlu banyak bersedekah... Agar mereka yg tak berkemampuan ni mampu juga nak rasa gembira menjelang syawal nanti... Terlalu teruja nak sambut lebaran kita memang akan 'terlupa' ada orang yg bersedih pada hari lebaran... 

Itu cerita syawal, cerita ramadhan pula, lumrah dalam masyarakat kita, diakhir2 ramadhan masing2 sibuk dengan persiapan syawal padahal diakhir ramadhan la kena sibukkan diri dengan ibadat sebab banyak kelebihan 10malam terakhir... last2 ni kita sibuk nk shopping raya... seminggu shopping... haha! lepas berbuka ja zassss p shopping dah siang hari letih berpuasa... ermmm... dulu pun kami sefamily begitu... rasanya kena tukar budaya sikit... shopping tuh bukan xboleh tapi ala kadar jangan sampai kita lupa apa yg lebih penting... tahun depan belum tentu berpeluang bertemu Ramadhan lagi... penghulu segala bulan, mempunyai 1001 rahmat, bulan keampunan, bulan di mana doa2 sangat mustajab... banyak sangat kelebihan ramadhan ni kalau nak senarai... jadi jomlah kita amik peluang yg datangnya setahun sekali ini... tahun ni best rasanya sebab terik disiang hari tuh kurang... banyak hujan n sejuk jek... ujian jugak tuh, malam2 sedap tidur...ekeke... nk bangun sahur pun liat... adeh...

Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka telah diampunkan baginya dosa-dosa yang lampau.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih). Malah apabila kita berada di bulan Ramadhan Allah swt telah menyediakan kepada kita malam-malam kemuncak ibadah yang disebut sebagai al-‘Asyar al-Awahir iaitu sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan.

Nabi saw akan menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir secara keseluruhannya dengan ibadah iktikaf, solat dan berzikir kepada Allah swt. Saidatina ‘Aisyah ra berkata:
“Sesungguhnya Rasulallah saw apabila tibanya sepuluh Ramadhan terakhir Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikatan kainnya.” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya).

Sesungguhnya sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah malam-malam yang paling mulia berbanding malam-malam yang lain. Manakala sepuluh hari terawal pada bulan Zulhijjah adalah sepuluh waktu siang yang termulia bagi umat Islam. Apakah sebab utama yang menjadikan sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan dianggap sebagai malam-malam yang mulia berbanding 20 malam yang terawal? Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qardhawi menerangkan bahawa sepuluh malam terakhir tersebut dianggap mula di atas dua sebab:
1)      Nabi saw akan sentiasa mengharapkan kebaikan pada setiap penghujung sesuatu perkara mahupun urusan.
Dalam hal ini Nabi saw telah bersabda: “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada pengakhirannya, sebaik-baik amalanku pada penghujungnya dan sebaik-baik hari apabila aku bertemu dengan-Mu”. (Direkodkan oleh al-Haithami dalamMajma’ al-Zawaid).
Pengajaran yang didapati daripada hadith ini ialah sesuatu amalan yang kita lakukan perlulah diakhiri dengan kesempurnaan. Begitulah juga dengan ibadah-ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan terutama apabila telah memasuki sepuluh malam yang terakhir. Adalah sedikit mendukacitakan apabila seseorang hamba memulakan ibadah-ibadah hanya pada malam-malam awal dan pertengahan Ramadhan, tetapi meninggalkan amal ibadah kemuncak pada malam sepuluh terakhir. Perlulah diketahui bahawa inilah kemuncak ibadah pada waktu malam dalam sepanjang tahun yang Allah telah sediakan kepada kita untuk merasai kelazatan beribadah kepada-Nya.

2)      Terdapat padanya malam Lailatul Qadr.
Dalam Surah al-Qadr Allah swt telah menceritakan kelebihan malam Lailatul Qadr dengan firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Adakah kamu mengetahui apakah malam Laitul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik berbanding seribu bulan. Turunnya malaikat dan juga Jibril padanya dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala urusan. Sejahteralah padanya (malam Lailatul Qadr) sehingga terbitnya fajar.” (Surah al-Qadr 1-5).

 Credited: Imam Muda Asyraf


 

1 sweet persons:

Nik said...

betul.sekejab sgt masa skarang ni.rasa mcm tak bersedia lagi nak raya..huhu

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D